“Engkau tidak akan dapat memuaskan hati semua orang, maka perbaikilah hubunganmu dengan Allah, dan jangan pedulikan pandangan manusia”
[Imam al-Syafie’]
Bercakaplah dengan الله, Dia sedang menunggu untuk mendengar luahanmu.
Menangislah kepada الله, Dia sedang menunggu untuk menghapuskan air matamu.
Berdoa kepada الله, Dia sedang menunggu untuk menjawab setiap doa-doamu.
1. Nama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya tidak asing lagi bukan sahaja di negara ini, bahkan turut menjadi buah mulut dan juga perhatian di peringkat Asia serta juga dunia.
2. Namun, ibarat kata pepatah “Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari” amat bertepatan sekali dengan perjalanan bola sepak Johor yang telah melalui beberapa era jatuh bangun yang amat pahit.
3. Sehinggalah pada 16 Februari 2012 apabila DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dilantik sebagai Presiden Johor FA (PBNJ) yang baharu dan menyaksikan pelbagai rombakan strategik yang berani telah dimulakan.
4. Tahun 2013 adalah tahun pertama JDT atau Harimau Selatan membuat penampilan sulungnya di bawah inisiatif transformasi baharu dan pada tahun berikutnya, kejayaan demi kejayaan mula ditempa bermula dengan menjuarai Liga Super dan mengekalkan rekod kejuaraan selama satu dekad (10 tahun berturut-turut) pada tahun lalu.
5. JDT tidak menunggu lama apabila pada tahun 2015 menyaksikan Harimau Selatan mencatat sejarah dengan menjadi satu-satunya pasukan Asia Timur yang menjuarai Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan sehingga hari ini, JDT menunjukkan peningkatan dengan penampilan konsisten di Liga Juara-Juara AFC apabila JDT mencatat satu lagi sejarah selepas mampu layak ke pusingan kalah mati (16 pasukan terbaik).
6. Rekod ini amat membanggakan apabila JDT, sebuah kelab dari negeri ini mampu bersaing dengan kelab-kelab terbaik di Asia. Baru-baru ini, JDT juga telah berada di ranking No.9 di Asia berdasarkan statistik. JDT bukan sahaja meletakkan nama Harimau Selatan di pentas tertinggi, malah turut mempromosikan Johor kepada dunia melalui kolaborasi-kolaborasi dengan kelab-kelab dan jenama-jenama terkemuka.
7. Dengan prestasi membanggakan dan kesungguhan yang ditunjukkan pasukan JDT, saya menyeru seluruh Bangsa Johor untuk datang beramai-ramai pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi sama-sama memberi sorakan dan semangat sebagai ‘Pemain ke-12” JDT. Kita penuhkan lautan Merah Biru di Stadium Nasional Bukit Jalil.
8. JDT telah memenangi Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2016 dan dua kali berturut-turut pada tahun 2022 dan 2023. Insya-Allah Bangsa Johor, ayuh kita pastikan tahun ini JDT mempertahankan kejuaraan untuk mencipta rekod hatrik kemenangan Piala FA!
9. Dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 25 Ogos 2024, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sebagai tanda penghargaan buat ‘Pemain ke-12’ pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Piala FA 2024.
10. Marilah kita ramai-ramai turun bersama membanjiri stadium Bukit Jalil hari Sabtu ini dan memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT yang kita sayangi dalam mempertahankan kemenangan Piala FA 2024 ini. Sama-samalah kita doakan!
Ayuh Johor! Luaskan Kuasamu Johor!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #JDT
Semoga mewah rezeki di bulan Ogos
Semoga mewah rezeki di bulan Ogos
Semoga mewah rezeki di bulan Ogos
Semoga mewah rezeki di bulan Ogos
Semoga mewah rezeki di bulan Ogos
Semoga mewah rezeki di bulan Ogos
Aamiin ya الله ✨
Doa ibu tidak sama dengan doa orang lain. Seramai mana pun orang yg mendoakan kita, doa ibu tetap nombor satu. Doa ibu tiada hijab.
Kejayaan yang kita capai sekarang, ibu kitalah yang mendoakan kita.
Jadi, selagi ada ibu, jagalah, jangan pernah sakitkan hati ibu.
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang mengiringi Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.
Insya-Allah satu Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura akan ditandatangani kedua-dua negara pada Januari 2024.
SEZ Johor-Singapura bakal membuka lembaran baru kepada hubungan 59 tahun Malaysia-Singapura, yang tentunya bakal melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, selain memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.
Isu-isu lain turut dibincangkan seperti:-
1. Memastikan Projek Rapid Transit System (RTS) menjadi ‘game changer’ kepada usaha meningkatkan kesalinghubungan kedua-dua negara.
2. Memastikan kelancaran trafik di pintu sempadan kedua-dua buah negara.
3. Memperkukuh usaha kepada peralihan tenaga boleh baru (renewable energy).
Kerajaan Negeri sentiasa yakin kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan, akan mewujudkan situasi ‘menang-menang’ dan mampu mengukuhkan hubungan Johor-Singapura ke tahap yang lebih baik, serta merancakkan lagi ekonomi setempat dan perkongsian tenaga pakar.
Semoga segala rencana akan dapat dilaksanakan, seterusnya merealisasikan hasrat negeri Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
SULTAN JOHOR MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-262
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-262 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini (25 Oktober).
Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan Ibrahim tiba di Istana Negara pada jam 10.25 pagi.
Ketibaan DYMM Sultan Johor disambut YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar yang mengiringi Baginda ke mesyuarat berkenaan.
Baginda Tuanku Sultan turut berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama, Istana Negara.
DYMM Sultan Ibrahim kemudian menanam pokok Mentega di pekarangan Istana Negara bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, bersempena Baginda Tuanku Sultan Johor mempengerusikan Mesyuarat MRR pada kali ini.
Semalam (24 Oktober), DYMM Sultan Ibrahim turut berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262, juga bertempat di Istana Negara.
https://t.co/itt6E2biKc
Rasa hidup dalam kesempitan? Rezeki seakan-akan tersekat? Ujian datang bertimpa-timpa? Selalu dikecewakan?
Cuba check semula hubungan kita dengan Allah. Adakah kita cukup solat 5 waktu? Adakah solat kita tepat pada waktunya? Atau sudahkah kita jaga hubungan dengan ibu bapa?
Semalam, saya telah turun sendiri untuk meninjau keadaan kesesakan luar biasa ekoran musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Saya berharap agar penambahan kakitangan imigresen pada bulan September ini nanti dapat mengurangkan sedikit masalah kesesakan sementara menunggu pembinaan laluan kontra untuk siap dan beroperasi.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas dan semoga semua anggota dan pegawai yang bertugas kekal cekal dan tabah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Merdeka itu bukanlah suatu benda
yang mudah boleh didapati,
melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
PERDANA MENTERI PERTAMA MALAYSIA
JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 MEMBUKA TIRAI
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor julung kali memimpin jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 diiringi oleh YAM Che Puan Besar Khaleeda.
Turut hadir bersama, YAM Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Turut mengiringi bersama adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato' Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Acara pelepasan konvoi Diraja Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dan disempurnakan oleh Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.
KMJ merupakan ilham DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 2001 sewaktu Baginda bergelar Tunku Mahkota Johor.
Sejak itu, KMJ telah menjadi salah satu acara utama tahunan negeri Johor dan merapatkan perhubungan Istana Johor dengan Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan.
JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 — HARI KEDUA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari kedua program jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 6 Ogos 2023.
Program hari kedua ini bermula dari Sungai Temiggol, Kg Sri Lukut di daerah Kluang. Rombongan Baginda bersama ahli Keluarga DiRaja telah disambut oleh Tuan Haji Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang. Program seterusnya bertempat di Laman Kembara Paloh, juga di daerah Kluang.
Hentian terakhir Baginda adalah di Taman Eko Rimba, Sungai Bantang, Labis di daerah Segamat. Encik Mohd Masni Wakiman selaku Pegawai Daerah Segamat telah hadir bagi menyambut rombongan Baginda bersama ahli Keluarga DiRaja. Allah Peliharakan Sultan.
Pengalaman itu mendewasakan kita untuk lembutkan hati supaya dapat berbakti dengan penuh beradab dan berbudi pekerti ♥️💙
“bio santai, asal bagi sampai‼️”
#CikBedMuo