Macam yg korang tahu, sokongan sy bkn kearah mana2 parti politik
Saya akan puji & approve apa2 polisi yg bagus utk rakyat & negara
Saya akan kritik habis-habisan perkara yang tak patut pada hemat saya
Pada masa yang sama, saya akan menganjing penyokong parti politik yg taksub
Ada orang pergi sembang soal dignity bila race di Sepang dipanggil sebagai Bahrain GP.
Kena faham yang tanggung kos Bahrain. Bahrain tumpang buat race kat Sepang.
Apa faedah untuk Malaysia?
Pertama, Sepang dapat digunakan kembali untuk race F1, tujuan wahid litar itu dibina.
Kedua, spill over economic benefits kepada negara.
Macam mana?
Macam contoh dibawah ini, hotel habis sold out.
Di Tehran; ketika Saudi disambut dengan ayat 13 dari surah Ali Imran dan Yemen dengan bacaan Ali Imran ayat 146
Rombongan Malaysia disambut dengan ayat 104 surah Ali Imran. Ntah kebetulan atau disusun, tapi sangat sesuai. Ketegasan pendirian Malaysia diiktiraf dunia.
Dia cuba buktikan nilai politik yang baik masih ada..
Mane2 bendera parti lawan yang terjatuh, dikutip semula.. dia letakkan balik ke tempat asal..
Ini beza hati sukarelawan dengan berbayar..
Yang berbayar semua buat asal boleh.
Tumbang ke senget ke dorang xpeduli pun.
Aku harap kesungguhan brother ni membentuk Gelombang @partibersamamy di DUN MAHKOTA.
Hari ni crush aku yang paling lama pun dah kahwin jugak. Dulu crush. Sekarang sudah tak sebab sudah move on. Ada benda lain yang ingin dikejar
Selamat pengantin baru diucapkan
Banyak para suami share kes yang serupa, even ada yang masih tanggung semua walaupun tak bekerja.
Saya teringat kisah ibu kita ‘A’isha R.A dia cerita kepada anak buahnya ‘Urwah Ibn Zubair, kata ‘A’isha R.A bahawa kesemua rumah-rumah isteri Nabi ﷺ pernah tidak berasap (tidak memasak) selama 2 bulan !
Kemudian ‘Urwah tanya kepada ‘A’isha R.A apa yang beliau dan isteri-isteri Nabi ﷺ yang lain makan? Jawabnya tamar dan air selama 2 bulan.
Jika kita tanya balik para-para isteri adakah mereka ingin bernikah dengan Nabi ﷺ, mereka akan kata mahu, tapi adakah mereka mampu sabar?
Kena ingat, tourists selalu anggap negara southeast asia ni tempat puaskan nafsu terkutuk mereka dan Malaysia is not in their minds when it comes to this.
Tetapi Malaysia dikira no 1 when it comes to family friendly tourism among them. We attract families, not horny people.
*Maklumat awal kes kemalangan Maut Jalanraya Daerah Batu Pahat*
*Butiran seperti berikut :*
🔹Tarikh: 05/05/2026
🔹Masa: 0115 hrs
🔹Tempat: Hadapan Sekolah Sk Sri Maimon, Parit Sulong.
🔹Melibatkan:1 buah m/van dan 1 pejalan kaki.
Pada 05/05/2026 jam l/kurang 0115 hrs ,terima makluman terdapat 1 kemalangan melibatkan 1 buah kenderaan dan 1 pejalan kaki . 1 mangsa pejalan kaki dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
@Negori09@X_XMulia Ya Allah, aku mohon kepadaMu sekiranya tiada lagi pemimpin negara ini mahu improve undang-undang yang lebih tegas terhadap pemandu mabuk, Kau buatkanlah mangsa pemandu mabuk seterusnya daripada anak-anak menteri atau anak-anak raja di Negara ini
22 𝘈𝘱𝘳𝘪𝘭 2026
𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡:
𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗙𝗪𝗖𝗠𝗦
Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal.
Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet.
Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus.
Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan.
Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu.
Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri.
Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini.
Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini.
Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu.
Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi.
Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi.
KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi.
Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu.
Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN.
Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan.
2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing.
3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.
4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM.
5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM.
Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri.
Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai.
Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa.
Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri.
Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR.
Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju.
Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat.
Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan.
Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯
Nah. Dengar sendiri ucapan Ramanan sebelum Pak Hassan mengamuk. Sekarang kalian faham kenapa Pak Hassan mengamuk. Dah kenapa konvensyen Keadilan Johor kau pergi borak pasal James Chai dengan vending machine nasi lemak?
President Macron scolds the US and Israel for attacking Iran,
"The day you say I don't like your regime, I consider you threatening your neighbour so I will intervene and bomb you, you open a Pandora's box"
"Iran is a very bad regime, no discussion about that. I disagree with on a lot of topics"
"But I don't agree we will fix the situation just by bombings or military operations"
"Look at what happened in Iraq, Afghanistan, Libya - we never delivered. Never"
"You have to respect the sovereignty of people, if people want to change a regime, they can do so"
"Having an agenda shared by Korea, France, the other Europeans, Canada, Japan, India, Brazil, Australia, you start having a third way"
"Those who don't want to be dependent on China, or aligned by definition, on the US"
Hi si Lembam @anthonyloke ,
Bila nak ambik serious usul undang² berat kepada pemandu mabuk?
Sudah tiba masanya kerajaan usulkan satu undang² baru untuk pemandu mabuk yg menyebabkan kematian.
Undang² NYAWA DIBALAS NYAWA.
Rakaman CCTV di mana AJK PKR cuba dapatkan "Wang perlindungan" bagi tutup jenayah dari pusat urut ternyata benar dan dua watak itu dikenali (dinamakan) dalam kenyataan itu.
### *Transkripsi Perbualan*
*Individu 1 (Pegawai/Pengerusi):* Kasi... u suruh u punya PR ataupun bos…