Kami kembali. Nama baru admin sama. Follow BermamaTV dan RT!
Kami hidangkan lawak menteri, agar hari-hari anda terus ceria walaupun sakit hati ditindas autoriti.
Pemimpin PAS Kelantan hari ini mempertahankan tindakan seorang Exco Terengganu yang menuang air oren ke dalam makanan.
"Kalau guna air sungai belakang Tesco tentu lebih sedap", ulas Nik Amar yakin.
Ahli Parlimen Permatang Pauh sambut baik peletakan jawatan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kewangan PM.
“Bolehlah dia bantu saya jaga kawasan” ulas Fawwaz lega
Idris Ahmad seru Syamsul Yusof adakan majlis resepsi pernikahan beliau dengan Ira Kazar di dalam kawasan parlimen Bagan Serai.
“KPI ziarah majlis kahwin bulan Januari saya masih belum achieve” ulas beliau resah
Tengku Zafrul dilaporkan baru dapat pulang ke rumah selepas terperangkap semalaman di pejabat.
“Pengawal terlupa saya masuk kerja petang Sabtu”, ujar beliau kesal
Azmin Ali hampir menitiskan air mata kegembiraan apabila terdengar namanya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Lepas semak balik, rupanya Armizan Ali” ujar beliau sebak
Sanusi nafi pimpinan PN resah dan sibuk buat panggilan untuk dapatkan sokongan bagi bentuk kerajaan.
“Semua tunggu rider hantar makanan, dulu Rina Haron ada, sekejap je dah sampai” ujar beliau sebak