[GEMPAR] Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor menafikan ada memarahi Pengerusi-Pengerusi JKKP di seluruh Sabah.
"Mereka belum lagi dilantik, macam mana mau marah. Ini semua salah diurang" kata Hajiji comel menyeringai melihat Pegawai-Pegawai Daerah semasa mesyuarat bulanan bersama.
Menteri MA63 merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili setuju Pendatang Tanpa Izin (PTI) diberi pass permit kerja.
"Sebagai Menteri yang menjaga isu MA63, ini merupakan kerja pertama yang perlu saya sokong selain dari menjilat." Katanya gembira tinggal di KL.
KENINGAU: Usaha mencari dua beradik yang hilang selepas pacuan empat roda dinaiki bersama bapa mereka dihanyutkan arus deras di Sungai Liawan, Kampung Dangulad, di sini, masih diteruskan.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai Jason Lim, 6 dan Amber Lim, 4.
Mohon doa.
[FOKUS] Pengerusi Backbencher, Najib Razak memberi amaran sambil menunjukkan gaya Thanos memetik jarinya.
"Kerajaan kena segera salurkan bayaran tunai tambahan RM1,000 buat rakyat Sabah, khususnya penerima BPN berikutan keadaan pandemik COVID-19 yang teruk di negeri itu" katanya
[GEGAR] PRK Batu Sapi bakal ditandingi oleh calon PPBM, Parti yang tidak mengenal SOP.
Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Khan (bukan kakak Salman Khan) antara yang disebut bakal dicalonkan dalam PRK Batu Sapi pada 5 Disember ini.
"Saya gembira" katanya lucu.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu lanjutan moratorium dan isu pengeluaran wang KWSP diberi perhatian, jika mahu Belanjawan 2021 diluluskan.
"Pengeluaran wang KWSP dan moratorium ini soal yang serius. YB dan menteri tak akan mati kalau luluskan perkara ini" ujar beliau.
[GEMPAR] Jurucakap Covid Sabah, Masidi Manjun hampir boleh menunjukkan ekspresi 'goyang dua jari' sebelum memulakan sidang medianya.
"Ini namanya cubit-cubit sayang" jelas Masidi sambil mengayakan pandangan jauh ala-ala korea.
Menteri "Office Boy" Maximus Ongkili menekankan bahawa pengurangan peruntukkan untuk Sabah dalam belanjawan 2021 adalah wajar.
"Kita mahu ajar apa itu MA63, kalau tidak faham; saya pun tidak faham. Tapi kita kena saling memahami di saat pandemik ini" katanya yakin selepas bersin
[TERKINI] Jefrey Kitingan tidak kecewa dengan pengurangan peruntukkan Sabah dalam pembentangan belanjawan 2021 malah berterima kasih kerana ianya membazir.
"Sekarang ini pandemik, minum saja tumpung di rumah" ujarnya menyeringai gembira.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar senyum kambing bila mengetahui pengurangan peruntukan pembangunan kepada negeri itu dalam Belanjawan 2021 kepada Sabah.
"Nanti kita jual kayu balak, selepas tolak 50 persen, jadilah 50 bilion" ungkapnya ramah.
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor memberi amaran keras kepada petugas di semua daerah seluruh negeri supaya segera menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan akibat wabak koronavirus Covid19.
“Saya akan dapatkan rotan dari Muhyiddin kalau perlu,” katanya marah.
Ahli Parlimen PAS, Nik Zawawi memohon maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dianggap menghina.
“Saya mohon maaf dan saya akan ulang lagi" tingkahnya senang.
Jurucakap Covid Sabah, Masidi Manjun mengesahkan ada 11,000 lagi sampel ujian yang belum diselesaikan.
"Ini merupakan domino effect, bila barisan mesin ATM panjang, maka sampel ujian pun panjang untuk diproses." katanya bila ditanya wartawan, kenapa tidak guna makmal di KL
Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha, mengecam mereka yang mengeluarkan caruman Akaun 1 KWSP boleh menjadi golongan miskin apabila bersara kelak.
" 71 peratus daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM50K, Abah kena rotan mereka ni" katanya ringkas.
Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar merayu agar pembangkang jangan mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan berikutan penolakan darurat itu.
"Memang sudah banyak kelemahan Muhyiddin namun belum lagi cukup tempoh 22 bulan berbanding dengan kerajaan PH" bidasnya dengan kerutan dahi.
Ahli MT Umno, Zahidi Abidin menuduh punca pergolakan politik negara sekarang ini adalah salah rakyat dalam PRU yang lalu.
“Situasi sekarang 50-50, pelabur tidak datang, ekonomi teruk, Veveonah panjat pokok klapa; yang buat jadi macam ini adalah rakyat.” ujarnya dengan eksyen.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin lah penyebab COVID-19 meningkat.
“Dua manusia gila inilah yang melakukan gerakan merampas kerajaan negeri Sabah daripada Warisan akibatnya berlakulah kluster Sabah,” katanya riang.
Najib Razak menggesa semua parti politik membenarkan Warisan memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi tanpa bertanding bagi mengelakkan satu lagi gelombang Covid-19 berpunca daripada kempen pilihan raya kecil.
"Menangkanlah mereka, nanti rakyat panggil kita PALOI!" ujarnya berseloroh
YB Usukan, Salleh Said Keruak khuatir ahli-ahli politik masih lagi bermain kayu tiga.
“Panggillah apa pun, kayu empat, kayu lima atau apa pun, paling penting kita jaga jawatan dan duit kita." ujarnya sangsi.