Import terbaik semestinya Bergson Da Silva, meskipun ada perlawanan tidak diturunkan tapi masih mampu menjaringkan sebanyak 27 gol untuk musim 2025/26, sekali gus membuktikan ketajaman penyudahnya yang luar biasa, takkan lah Chrigor pulak. βοΈπ
JDT IV terus mendominasi Piala Belia dengan rekod 100%. Selangor FC masih di tangga kedua, tetapi jurang sudah cukup untuk mengingatkan bahawa untuk mengejar JDT IV bukan mudah kali ini. βοΈπ
Ultras Rohingya ni memang konsisten... bila kena batang hidung sendiri, sama juga diam tanpa alasan. 2x5.
Nak boikot? Teruskan. Tak ada siapa halang. Cuma jangan perasan suara Ultras tu mewakili seluruh bola sepak Malaysia. π€
Ini antara tiga kelab terbesar yang bakal dihadapi JDT dalam siri pra musim di Sepanyol.
Rangers FC β 55 kali juara Liga Scotland & juara Piala Winners Eropah 1972.
Al-Ettifaq β 2 kali juara Liga Pro Saudi & 3 kali juara Piala Raja Saudi.
Elche CF β Lebih 20 musim di La Liga
Pra musim JDT kali ini cukup bermakna apabila berdepan kelab dari Scotland, Arab Saudi, Sepanyol dan Qatar. Pendedahan kepada pelbagai corak permainan ini menjadi persiapan terbaik menjelang kempen AFC Champions League Elite (ACLE).
Standard ganda media sukan jelas bila tiada pemain Selangor di kem kebangsaan, tapi media didakwa diam. Bayangkan kalau JDT tiada pemain, pasti jadi topik utama berhari-hari. Ramai mempersoalkan bias media (seperti Astro) dalam melayani setiap kelab. Fans sendiri boleh menilai.
Kalau JDT tiada pemain dalam kem kebangsaan, confirm Astro & Fina Nasrom buat laporan panjang.
Tapi bila Selangor tiada seorang pun pemain? Diam seribu bahasa.
Bila JDT, semuanya isu. Bila Selangor, semuanya biasa. Kata media tak bias? Penyokong sendiri boleh nilai.
Di laman Adidas Malaysia, kebanyakan jersi replika kelab bermula dengan harga RM329.
Ada yang kata mahal, ada pula mendakwa kalau Selangor hanya ditaja Adidas Malaysia seperti Sabah FC, harganya mungkin sekitar RM169. Jika benar ditaja Adidas Malaysia, sudah tentu bukan RM329.
Calon rasmi Penyerang Terbaik Liga M Awards 2025/26.
Musim Arif Aiman banyak terlepas aksi kerana kecederaan, inilah peluang terbaik Faisal Halim. Kalau kali ini pun tak menang, tak tahulah bila lagi. π€
Mungkin inilah satuΒ²nya peluang Selangornak bawa pulang sesuatu musim ini.
Maestro JDT, Afiq Fazail dijangka menjadi pilihan utama untuk memenangi anugerah Pemain Tengah Terbaik di Liga M Awards 2025/26.
Afiq cemerlang bersama JDT bukan sahaja terserlah di pentas domestik, malah beliau turut mempamerkan aksi berkualiti di saingan ASEAN dan Asia.
Terdapat khabar angin yg mendakwa Selangor memboikot skuad kebangsaan sehingga tiada seorang pun pemain kelab itu menyertai kem kebangsaan. Lebih mengejutkan, timbul juga dakwaan bahawa tindakan itu dikaitkan dengan hasrat mereka mahu Shahril Mokhtar dilantik sebagai Presiden FAM
Walaupun JDT III tidak beraksi pada minggu lalu, Daniesh Amirruddin masih kekal di puncak carta penjaring terbanyak Piala Presiden 2026 dengan 7 gol. Kehebatan barisan muda JDT turut terserlah apabila Abid Safaraz berada di kelompok tiga teratas dengan 5 gol.
JDT terus menjadi perhatian media antarabangsa.Kali ini, rekod 85 perlawanan liga di tempat lawan tanpa kalah menjadi sorotan apabila dibandingkan dengan gergasi Perancis, PSG. Ia membuktikan dominasi JDT bukan hanya mendapat perhatian di Malaysia, malah mendapat perhatian dunia
Piala PresidenβΌοΈ
Meskipun tidak turun beraksi pada Hari Perlawanan 8, JDT III kekal gah di puncak carta Piala Presiden 2026 dengan rekod sempurna 7 kemenangan daripada 7 perlawanan, mengumpul 21 mata.
Family Bonding Keluarga JDT.
Menjelang musim baharu, JDT sentiasa mengadakan majlis makan malam bersama pemain, jurulatih dan pengurusan. Walaupun ringkas, ia menjadi platform mengeratkan hubungan serta membina chemistry sebagai satu keluarga.
βοΈπ
Penang FC dah jadi markas buangan pemain Selangor FC? π€
Lepas seorang, datang pula lagi seorang. Bekas pemain Merah Kuning makin ramai berlabuh di Pulau Pinang. Kebetulan, atau memang Penang FC jadi destinasi pilihan pemain yang tak lagi mendapat tempat di Selangor? βοΈπ
Recap. Pada pelancaran jersi Joma musim 2022, salah seorang model Selangor FC dilihat memakai seluar Adidas. Tidak lama kemudian, hantaran tersebut dipadam sebelum dimuat naik semula dengan imej yang telah disunting bagi menghilangkan seluar berjenama Adidas.