Mengenang diri sahaja. Amal tak seberapa. Lalai tak terkira. Zikir entah ke mana. Masa terbazir leka. Andai ditambah sangka buruk, hambur kutuk, cela nista, fitnah, mencalar maruah.. tak terbayang penyesalan di akhirat nanti, muflis dosa sendiri ditambah sumbangan dosa yang lain.
Pesan Sy. Dr al-Mahlaawi, 'Pencinta Quran tidak kenal laluan untuk waktu kosong. Quran mengatur hayat mereka, membuat mereka rasa pentingnya masa. Andai selesai melakukan tugasan sebelum waktunya, mereka terus mencari Quran, lalu ia menambah cahaya keberkatan untuknya.' #BSS
أهل القرآن لا يعرفون للفراغ طريقًا، فالقرآن رتب حياتهم وأشعرهم بأهمية الساعة..
وإن انتهت أعمالهم قبل وقتها؛ أقبلوا على القرآن فزادهم نورًا وبركةً وأُنسًا.
Pesan al-Hasan, 'Sesiapa yang bicaranya bukan hikmah, maka ianya lagha. Sesiapa yang diamnya bukan berfikir, maka itu sekadar leka. Sesiapa yang perhati tanpa mengambil iktibar, itu hanya hiburan sia-sia.' [al-Ihya'] #NotaTerjemahanBSS
Pesan Sy. Dr Husayn al-Fifi: Semakin hebat seseorang itu mengikut Rasul saw, semakin sempurnalah akal & fahamnya. Wahb bin Munabbih menyebutkan: Andai ditakar akal Muhammad saw berbanding akal seluruh penghuni bumi, nescaya akal baginda lebih cerdas. [Dar' Ta'arud al'Aql wanNaql]
كلما كان الشخص أعظم اتباعا للرسول كان أتم عقلاً وأكمل فهماً.
ولذلك يقول وهب بن منبه (رحمه الله) :
"لو وزن عقل محمد عليه الصلاة والسلام بعقل أهل الأرض لرجح" .
درء تعارض العقل والنقل؛ لابن تيمية (٧/٨٥)
#RenunganBSS Hipokrit bukan lawan rasa hati, lalu mendabik jujur pada diri. Jujur itu menyedari tujuan dicipta, untuk mengabdi pada ilahi; bukan ingkar kepada-Nya. Abai solat, mencarut, tak tutup aurat.. itu bukan jujur, tak hipokrit.. itu menipu diri sendiri. #BroSyariefShares
Tiada apa yang lebih utama bagi mukmin selain kesejahteraan agamanya & dia dapat berpegang dengan Islam sehingga dia mati dalam keadaan dia muslim.
Apalah nilai kehidupan jika dicabut nikmat terhebat ini (iaitu nikmat islam itu sendiri)?
Pesan Sy. Ahmad bin Abd al-'Aziz al-Nufays, 'Antara doa Nabi saw: (Wahai Tuhan!) Jika Engkau ingin menimpakan fitnah kepada semua orang, maka ambillah diriku kembali kepada-Mu tanpa ditimpa fitnah.'
كان من دعاء النبي ﷺ:
"وإذا أردت في الناس فتنة؛ فاقبضني إليك غير مفتون".
لا شيء عند المؤمن يقوم مقام سلامة دينه، وأن يمسك الإسلام حتى يُقبض عليه
فما قيمة العيش إن سلبت منه أعظم نعمة ؟
Pesan Dr Husayn al-Fifi, 'Apabila merebaknya kemungkaran di dalam sebuah komuniti, maka: (1) hilang keberkatan dalam setiap urusan, (2) kefakiran menimpa mereka, (3) tersebar pelbagai penyakit & kerosakan yang tidak pernah dihadapi oleh generasi sebelum mereka.'
Pesan Syaikh Abdul Aziz ash-Shathriy, 'Apabila seseorang hamba itu selalu bersyukur & beristighfar, maka kebaikan akan selalu berlipat ganda dikurniakan kepadanya dan keburukan akan menjauhinya.' [Ibn Taimiyyah]
6 waktu doa mustajab yang dikumpul oleh Imam Ibn Qayyim:
1) Sepertiga akhir malam
2) Sejurus selepas azab
3) Antara azan & iqamat
4) Di hujung solat (sebelum salam)
5) Khatib naik mimbar
6) Hujung asar hari jumaat
Siapa yang memohon kepada Allah, banyaklah berdoa pada waktu2 ni.
أوقات إجابة الدعاء الستة التي جمعها الإمام ابن القيم:
"ثلث الليل الأخير
وعند الأذان
وبين الأذان والإقامة
وأدبار الصلوات (قبل السلام)
وعند صعود الإمام لخطبة الجمعة
وآخر ساعة من يوم الجمعة".
من كانت له إلى الله حاجة، وأكثر تعاهدها في هذه الأوقات؛ فليبشر بالظفر، طال الزمان أو قصُر!
Pesan Sy. Abdul Aziz ash-Shathriy: Bagaimana kita mengharapkan keteguhan (jiwa beragama), tanpa dalaman (hati & amal) yang sejahtera, tanpa mujahadah di kala sendiri, tanpa rutin bacaan al-Quran, tanpa qiyam di tengah malam, tanpa doa rintihan dan tanpa ilmu yang kita manfaatkan?
Pernah ada orang tanya BroSyarief,
‘Betul ke khalifah Usman yang susun al-Quran kita sekarang ni?’
BroSyarief cakap la tidak, pengumpulan dan penyusunan al-Quran bermula di zaman Nabi saw.
Kita akan masuk tajuk ni dalam kelas online bacaan kitab Mabahith Ulum Quran.
Buat rakan-rakan yang baru mengenali Nirnama, boleh jemput cuba Novel Nirnama.
Klik: https://t.co/ICrK4yVcsu
Kalau tak minat novel, nak cuba komik, pun boleh.
Klik sini untuk komik:
https://t.co/4UsMuN4Ymn
Cuba dulu. 😁
Kepada rakan-rakan yang suka nak menyertai sayembara ini, bolehlah baca dulu terma & syarat di:
https://t.co/5TnM2ylOpb
Jemput sertai Sayembara Ilustrasi Nirnama 2026: Kelana Sang Nirnama!
Ada student BroSyarief pergi gabung nama Abu Talib dengan Abdul Mutalib, jadi Abu Mutatalib 🤣🤦🏻♂️! Abu itu.. abu ini.. siapa diorang ni? Banyak nau abu nya.. #BroSyariefShares