Semakin berat masalah dalam kepalamu, semakin kau perlu letakkan kepalamu di atas sejadah itu.
Maka, sujudlah lebih lama dalam solat kerana ketika solat, kita berdialog dengan Allah dan semasa sujud, kita berada paling hampir dengan Allah.
Sedang berusaha berdamai dengan diri sendiri, berdamai dengan sesuatu yang tak boleh diubah, belajar mengikhlaskan sesuatu yang sudah berlaku, belajar untuk menerima keadaan dan belajar untuk tidak memaksakan sesuatu perkara.
Tak mudah sebenarnya untuk jadi seorang yang kuat. Tapi kau tetap kena kuat. Walaupun kau sekarang rasa sedih, kecewa, dan putus asa. Tapi percayalah, Allah akan permudahkan urusan kau.
Bila kau sentiasa buat baik pada orang, tak ada perasaan dengki, tak sombong, merendah diri, happy untuk orang lain, hidup kau akan sentiasa tenang. Even ada masalah pun kau boleh hadap, masih boleh senyum & ketawa.
Semoga kita semua terus kuat dan jangan pernah give up untuk berjuang demi diri sendiri. Tak perlu tunggu orang lain nak appreciate diri kita baru nak sayang diri sendiri.
Jangan risau pasal jodoh. Bila tepat pada masanya, ia akan datang dan beri kau bahagia. Buat masa sekarang fokus pada diri kau, pendidikan, kerjaya, keluarga dan kewangan. Paling utama adalah diri kau. Jaga emosi, kawal egois dalam diri. Belajar improve diri jadi lebih baik.
Orang yang tidak solat walaupun senang hidupnya di dunia akan menjadi susah sebaik saja melangkah ke alam barzakh. Kehidupan seterusnya akan lebih sukar.
- Ustaz Azhar Idrus
Ya Allah, murahkanlah rezeki kami semua sentiasa seperti air zamzam yang mengalir tak putus-putus, boleh mewahkan bahagiakan orang-orang yang kami sayang 🫶🏻
Jangan beritahu ibu kita apa yang membuat kita sedih. Kerana dia akan sedih berkali-kali ganda daripada kita, tetapi beritahu dia semua yang menggembirakan kita. Kerana dia akan lebih gembira daripada kita.
Amalkan doa ini mulai sekarang :
Semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik, penyayang, bertanggungjawab, diberikan ibu bapa mertua yang suka kita dan layan seperti anaknya sendiri, adik beradik ipar yang terima kehadiran kita sebagai ahli keluarga baru. Aamiin.. 🤲🏻
Sebelum bermaksiat, syaitan akan bisik: Takpe, sikit je. Nanti boleh taubat.
Lepas bermaksiat, syaitan bisik: Allah takkan ampunkan. Menyesal pun tak guna.
entah kenapa orang yg hatinya baik dan tulus, selalu kurang beruntung dalam hal percintaan, padahal mereka selalu ngasih yg terbaik dari apa yg mereka punya untuk pasangannya tanpa berharap feedback sedikitpun. tapi ya gitu, ujung-ujungnya disakitin, dikhianatin dan disia-siain.