2 anggota tentera didakwa seludup masuk 3 migran Myanmar
#BHkes Pertuduhan seludup masuk migran Myanmar berusia 61, 29 dan 19 tahun melalui sempadan Malaysia-Thailand pada Mei lalu
https://t.co/Q1eNr2hog1
Media China Lapor Berita Pelancong Malaysia Kata 'Busuk', 'Tak Mandi'
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan pelancong dari Malaysia didakwa mempersendakan penduduk tempatan ketika bercuti di China mendapat perhatian media negara tersebut.
Menurut laporan South China Morning Post, kumpulan pelancong itu menerima kecaman selepas merakam video orang awam dan mengejek mereka sebagai 'busuk'
Laporan itu menyebut beberapa klip video yang tular di media sosial turut memaparkan individu terbabit menjerit perkataan 'tak mandi' dalam bahasa Melayu ketika di negara tersebut.
Video berkenaan dipercayai dimuat naik menerusi akaun TikTok sebelum dipadamkan, namun sempat tersebar luas di media sosial dan mengundang reaksi negatif orang ramai.
Sebelum ini rakaman video tular menunjukkan sekumpulan pelancong dari Malaysia menutup hidung sambil menjerit perkataan "busuk" dan "tak mandi" ketika berada berhampiran penduduk tempatan di China.
Media tempatan melaporkan, perbuatan itu disifatkan sebagai tidak beradab serta mencemarkan imej rakyat Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
Rata-rata netizen turut mengecam tindakan berkenaan dan menyifatkannya sebagai memalukan, selain menyeru agar pelancong Malaysia sentiasa menjaga tingkah laku. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial South China Morning Post