Benda mcm ni kalau kita diam, makin menjadi.
@anthonyloke@JPJ_Malaysia@PDRMsia kita dah kena start garang untuk tangani gejala media sosial.
Kalau oversi, YouTuber terkenal pun kena saman. Sini, dia hidang bukti lagi.
Highway kita dah terlalu banyak kenderaan dan budak ni menambahkan risiko kita semua.
Tolong la garang sikit.
Kadang² tak percaya dgn fakta madani ni.
Laporan menunjukkan hutang negara makin bertambah. Dgn tindakan menyasarkan subsidi, tambah cukai, bil byk naik, mansuh pencen dll, kononnya utk mengurangkan kos tapi hutang masih juga bertambah.
Apa madani buat utk rakyat sebenarnya?
𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗞𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗣
1. Ramai yang tidak faham kenapa UMNO tarik diri dari solidariti terhadap appeal Najib berkenaan addendum.
2. Kenyataan YDP Agong tidak melarang rally yang dirancang. Kenyataan Duli Yang Maha Mulia cuma menjelas cara pengampunan boleh diberi. Perhimpunan berkenaan addendum boleh diteruskan oleh UMNO.
3. Tetapi yang jelas ialah tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO dengan PAS. Jika diteruskan UMNO mungkin tersingkir dari Kerajaan PH, Lim Guan Eng masih berbisa.
4. Kerajaan tidak akan jatuh jika UMNO disingkir. Tetapi nasib pemimpin UMNO boleh terjejas apabila UMNO bukan lagi dalam Kerajaan.
5. Inilah nasib UMNO. Keselamatan pemimpin UMNO bergantung kepada sertaan dalam Kerajaan. Sokongan DAP diperlukan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
6 Januari 2025
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilihat sebagai menteri ‘low class’ dan perlu digugurkan kerana sanggup mengajak seorang Ahli Parlimen wanita untuk keluar bergaduh di luar, sewaktu persidangan Dewan Rakyat kata seorang penganalisis politik tempatan.
Penganalisis, Mahzuz Ahmad berkata, tindakan King Sing itu bukan sahaja tidak mencerminkan keperibadian seorang menteri, malahan seorang lelaki yang berbudi pekerti.
Selain itu, katanya, King Sing juga tidak mempunyai kemahiran berbahasa Malaysia yang bagus dan ini memberi kesan kepada imej pendtadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sepatutnya beliau (King Sing) menjawab dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
“Bukan saja ‘low class’ kerana melayan wanita begitu, tetapi penguasaan bahasa Melayunya juga tidak baik sehingga memalukan PM dan Kerajaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, King Sing bertegang leher dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan di peringkat kementerian.
Ini ekoran Mas Ermieyati beberapa kali meminta King Sing memperincikan mengenai peruntukan RM130 juta dalam Belanjawan 2025 bagi Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) kementerian berkenaan.
Setelah beberapa kali didesak, King Sing memberitahu beliau akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Mas namun nada perbalahan antara mereka terus tegang.
“Kena kacau sedikit pun dah macam ini, apalah” kata Mas Ermieyati.
Mendengar itu, King Sing menempelak, “nak gaduh?”
Mas kemudiannya menjawab, “boleh.”
“Kalau nak gaduh, keluar sana lah nanti,” kata King Sing.
Sumber media: MalaysiaGazette
#BeritaKS
Gaji kamu ~RM7000 sebulan?
Mengikut #Belanjawan2025 , kamu tidak layak dapat,
Subsidi Petrol ( Naik lebih ~60%)
Subsidi Pendidikan (Sekolah & Universiti)
Subsidi Kesihatan (Hospital & klinik & perubatan)
Adil atau tidak?