Sebabnya:
1. Jemaah selesa di sejadah besar masing-masing.
2. Tak mahu lipat atau tindih sejadah untuk rapat saf.
3. Tak berani menyelit solat di sejadah orang lain atau tinggalkan sejadah sendiri untuk penuhkan saf.
Rasa terganggu solat bila nampak.
Allāh al-musta'ān.
Peraturan mewajibkan jemaah membawa sejadah ke masjid di beberapa buah negeri seharusnya dimansuhkan. Sedih tengok lepas dua bulan peralihan fasa endemik, saf solat masih renggang-renggang.
Mungkin berkat doa dan perkataannya itu, Allah berkati pengajian hadis saya dengan macam-macam kurniaan yang saya sangat syukuri.
Semoga Allah berkati, pelihara dan ganjari guru kita semua ❤
Buat para guru semua, sentiasalah menjadi guru yang membimbing lagi memberikan inspirasi. Satu kalimah darimu mampu membantu anak didikmu menggapai impiannya atau menguburkan cita-citanya.
Guru saya Prof Dr. 'Ali al-Sayyah dulu selalu panggil saya "ya Muhaddith!". Bukan sebab saya pandai hadis, tapi sebab nak saya semangat dan usaha belajar hadis macam para Muhaddithin dahulukala.
Para salaf dulu sangat bimbang amalan sunat mereka diketahui, sehinggakan ada yang berpuasa sunat berpuluh tahun lamanya, namun keluarga sendiri pun tidak mengetahui. Ada pula yang tidak pernah dilihat bersahur atau berbuka kerana terlalu berhati-hati.
Ibadah yang wajib mungkin sukar untuk disembunyikan kerana ia syiar yang dikongsi bersama. Namun ibadah yang sunat merupakan pilihan yang sebolehnya kita usaha untuk sembunyikan daripada pengetahuan manusia.
Misalnya puasa enam Syawal. Tak perlu untuk didendangkan kita rajin nak berpuasa, dikhuatiri boleh mencalarkan keikhlasan dan menimbulkan riyak yang menghapuskan pahala amalan.
Selalu juga dengar orang cakap: "Kau dah habis puasa enam? Aku tinggal sehari je lagi".
Macam tulah kita dengan ketaatan dan maksiat. Nak buat amal soleh yang mudah pun terasa liat dan susah je, macam tak bertambah pun amalan. Tapi benda dosa ni senang je rasa nak menambah walaupun dah cuba elak.