Sesungguhnya, kekuatan sesebuah organisasi bukan hanya terletak pada kecemerlangan tugas, tetapi juga pada eratnya hubungan, keikhlasan hati dan keberkatan dalam setiap usaha.
Semoga setiap doa yang dititipkan menjadi asbab kebaikan dan kejayaan bersama.
Jumaat, 20 Nov 2026
Majlis Bacaan Yasin DOSM Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Salatin, Tingkat 5, Era Square di hadiri hampir 80 orang anggota tetap dan Personel MyStep. Turut hadir bersama adalah Puan Pengarah DOSM Negeri Sembilan, Puan Norhashimah binti Haron.
Majlis turut diserikan dengan semangat kebersamaan melalui sumbangan juadah secara potluck yang mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama warga kerja.
Pelaksanaan mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara Bahagian Butiran Perkara melalui Jawatankuasa Analitik (JK Analitik) dengan DOSM Negeri Sembilan, khususnya dalam aspek pemantauan,penyelarasan dan penambahbaikan kualiti data BE2026
MESYUARAT DATA BANCI EKONOMI (BE) 2026 BERSAMA JAWATANKUASA ANALITIK
Khamis, 19 November 2026
Satu Mesyuarat Data Banci Ekonomi (BE) 2026 bersama Jawatankuasa Analitik telah diadakan di Bilik Salatin, Era Square.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama, antaranya:
🔹Status Operasi BE 2026 bagi Negeri Sembilan
🔹Status prosesan data
🔹Pembentangan dapatan BE oleh SMD
🔹Semakan borang
🔹Perkara-perkara lain berkaitan pelaksanaan banci.
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.
Bersama Meraikan Kepelbagaian, Memperkukuh Perpaduan..
Selamat Hari Deepavali…
Ikhlas Daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan
PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA WARGA DOSM NEGERI SEMBILAN
Perjumpaan Pengarah bersama warga DOSM Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Salatin yang menjadi platform pertemuan, perkongsian maklumat dan penyampaian amanat oleh Pengarah@DOSMN9, Puan Norhashimah binti Haron
🔸Membincangkan mengenai Pelaksanaan Survei Tenaga Buruh (STB), Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) serta pengemaskinian Rangka Isi Rumah sebagai sebahagian daripada persediaan awal menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2030 (BPPM 2030).
Khamis, 22 Oktober 2026
Satu kunjungan hormat oleh Pengarah DOSM Negeri Sembilan, Puan Norhashimah binti Haron kepada Pemerintah Kem Rasah (Markas Briged Pertama Infantri Malaysia/Markas 1 Bgd) Seremban, Brigedier Jeneral Dato' Zamri bin Othman.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi:
🔸Membincangkan pelaksanaan aktiviti rasmi Jabatan yang melibatkan kawasan kediaman di bawah bidang kuasa pihak berkaitan.
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan budaya statistik serta memperkukuh komitmen warga DOSM dalam menghasilkan statistik yang berkualiti, berintegriti dan relevan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
#StatsMalaysia#DOSMNegeriSembilan#HariStatistikNegara2026
SAMBUTAN HARI STATISTIK NEGARA 2026 PERINGKAT DOSM NEGERI SEMBILAN
DOSM Negeri Sembilan telah mengadakan Sambutan Hari Statistik Negara 2026 pada 14 Oktober 2026 bertempat di Bilik Salatin, Aras 5.
Selain meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang statistik, sambutan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat berpasukan dan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga DOSM Negeri Sembilan.
Komitmen serta kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pelaksanaan BE 2026 berjalan lancar dan menghasilkan data yang berkualiti sebagai asas kepada perancangan serta penggubalan dasar pembangunan negara.
#StatsMalaysia#DOSMNegeriSembilan#teamstats9#BE2026
SEMAKAN KUALITI BANCI EKONOMI 2026 (BE 2026) DOSM NEGERI SEMBILAN
Selasa, 13 Oktober 2026
@DOSMN9 telah menerima lawatan daripada para pegawai Department of Statistics, Malaysia Ibu Pejabat, Putrajaya bagi pelaksanaan Lawatan Semakan Kualiti Banci Ekonomi 2026 (BE 2026).
Lawatan ini bertujuan untuk meneliti dan memastikan kualiti maklumat yang dikumpulkan melalui pelaksanaan BE 2026 sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan. Usaha ini juga penting dalam memperkukuh ketepatan, dan keseragaman data.