๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
1. Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat mendakwa Israel sudah terima formula henti perang yang dicadang olehnya dan dilulus oleh UN Security Council.
2. Yang tidak terima, kata Biden, ialah Hamas.
3. Jika Israel terima kenapakah Israel masih menyerang Gaza? Israel bukan sahaja terus menyerang tetapi sudah tingkatkan serangan sehingga lebih ramai rakyat Gaza dibunuh. Tidak ternampak sedikitpun Israel menunaikan penerimaan gencatan perang seperti yang didakwa oleh Biden.
4. Sebaliknya Hamas yang didakwa Biden tidak menerima keputusan Security Council tidak ternampak melaku ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ฐ๐ค๐ช๐ฅ๐ฆ seperti Israel. Jika ada serangan oleh Hamas sebabnya tentulah kerana menangkis serangan Israel. Selagi Israel menyerang Gaza, Hamas terpaksa bertindak balas supaya tertangkis serangan Israel.
5. Apakah Biden juga kaki pembohong seperti seorang pemimpin Asia yang suka membohong.
6. Hakikatnya ialah usaha untuk tamatkan ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ฐ๐ค๐ช๐ฅ๐ฆ tidak dibuat secara serius. Sepatutnya Biden sebagai pemimpin kuasa besar mengundang pemimpin-pemimpin Israel dan Hamas untuk membuat pengakuan menghenti perang secara rasmi. Tetapi ini tidak dilakukan. Yang kita dengar ialah kenyataan oleh Biden bahawa Hamas tidak terima keputusan yang disahkan oleh UN Security Council.
7. Sebenarnya Hamas sudah nyatakan penerimaan Biden dan UN Security Council.
8. ๐๐ฆ๐ฏ๐ฐ๐ค๐ช๐ฅ๐ฆ oleh Israel masih diteruskan. Kematian penduduk Gaza meningkat.
9. Ini adalah kenyataan yang benar. Dan yang nyata juga ialah Amerika Syarikat masih membekal Israel dengan senjata dan dana untuk Israel meneruskan perang ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ฐ๐ค๐ช๐ฅ๐ฆ mereka.
10. Jika Israel berani melakukan ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ฐ๐ค๐ช๐ฅ๐ฆ, sebabnya ialah kerana diizin oleh Amerika Syarikat.
11. ๐๐ฉ๐ฆ ๐๐ ๐ช๐ด ๐ข๐ด ๐ค๐ถ๐ญ๐ฑ๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐ข๐ด ๐๐ด๐ณ๐ข๐ฆ๐ญ ๐ช๐ฏ ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ฐ๐ค๐ช๐ฅ๐ฆ.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
24 Jun 2024
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
1. Setiap kali saya mengkritik atau mendedah kesalahan Perdana Menteri, reaksi mereka dan penyokong mereka bukanlah untuk memperbetul atau menerangkan apa yang sedang berlaku.
2. Sebaliknya, mereka menyerang saya dan kononnya akan mendedahkan segala kesalahan yang saya lakukan semasa menjadi PM.
3. Inilah yang berlaku sejak dari zaman Pak Lah dengan Tingkat 4nya, Najib dengan 1MDBnya dan sekarang Anwar Ibrahim dengan pembohongannya berkenaan reformasi dan perjuangan menentang rasuah.
4. Tidak salah untuk mendedahkan kesalahan saya jika ada. Malahan saya berusaha untuk menerang dan bersedia disiasat. Sejak beberapa PM sebelum ini, saya telah hadapi RCI, siasatan polis malahan ahli keluarga saya turut disiasat oleh LHDN dan sekarang oleh SPRM.
5. Isu seperti Operasi Lalang telah saya jawab sebelum ini dan telah saya sertakan video klip di mana Tun Hanif Omar terangkan bahawa ianya tindakan polis tanpa campur tangan dari saya. Perkara yang sama ditulis oleh J.J. Raj, bekas Pesuruhjaya Polis di dalam bukunya โThe Struggle for Malaysian Independenceโ.
6. Kedua-dua mereka diiktiraf sebagai pegawai polis yang tinggi integriti dan dianggap sebagai โrole modelโ di dalam perkhidmatan awam dan bidang kepolisan.
7. Sebaliknya, kesalahan yang dilakukan oleh PM itu tidak dijawab, tidak ada usaha untuk menerangkan sama ada kritikan itu tidak betul atau tersasar.
8. Jabatan-jabatan Kerajaan yang menyiasat saya juga turut tidak mempeduli pendedahan terhadap PM dan amat sibuk menyiasat saya.
9. Inilah yang berlaku semasa era Najib dan skandal 1MDBnya. Peguam Negara yang dilantik olehnya menyucikan Najib. Begitu juga dengan pihak polis, SPRM (yang ketuanya diganti dengan penyokong PM) serta lain-lain agensi yang seharusnya menyiasat skandal tersebut.
10. Hari ini keadaan yang sama berlaku.
11. Setelah saya saman Anwar kerana tidak henti tuduh saya rasuah dan salah guna kuasa, saya memberi peluang untuk dia dedah kesalahan-kesalahan yang dia tuduh saya lakukan selama lebih 30 tahun.
12. Tuduhan-tuduhan ini tidak henti-henti diulang kecuali selama 2-3 tahun ketika saya bersama Pakatan Harapan.
13. Sepatutnya, berdasar kepada kenyataan-kenyataannya yang lampau, Anwar sudah ada berkotak-kotak dokumen yang membukti kesalahan yang saya lakukan. Saya juga bersedia untuk menjawab tuduhan itu di mahkamah.
14. Bukankah mahkamah tempat paling baik untuk Anwar buktikan tuduhan-tuduhan tersebut disertakan dengan kotak-kotak bukti yang ada padanya?
15. Malangnya, sehingga kini tiada bukti yang berkotak-kotak itu. Sebaliknya, Anwar terus mengguna landasan-landasan politik untuk mendabik dada bahawa dia pejuang anti-rasuah terunggul dan akan menangkap tak kira Tun ka, ikan bilis atau ikan jerung.
16. Tetapi, bila disuruh bukti di mahkamah, dia senyap. Sebaliknya, agensi seperti SPRM diarahkan untuk siasat anak-anak saya kononnya mereka memiliki bukti untuk digunakan terhadap saya.
17. Ini maknanya, selama 30 tahun dia tuduh tanpa bukti dan sekarang bila saya saman minta kemuka bukti, terus guna SPRM untuk bantu cari bukti.
18. Di masa yang sama dia bebaskan Zahid Hamidi dan yang sedang dibicara 47 tuduhan hukuman Najib dikurangkan setengah, ada pula ura-ura untuk longgarkan lagi hukuman dengan tahanan di rumah sendiri.
19. Anwar lepas tangan. Kita nak tahu apa pendirian kerajaan jika benar Najib akan dikena tahanan rumah. Begitu juga dengan isu kronisme terbabit bekas setiausaha politiknya.
20. Laporan polis telah dibuat tetapi Anwar buat senyap dan terus buat tuduhan terhadap musuh-musuh politiknya.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
24 Jun 2024
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
1. Satu dari kejayaan Najib sebagai Perdana Menteri(PM) ialah menghapuskan perasaan malu.
2. Slogan yang kita dengar apabila dia tidak lagi menjadi PM selepas kalah PRU 14 ialah: โApa nak malu, dia bosskuโ.
3. Jadi โbossโ tak boleh salah punya.
4. Dunia kata salah pun tak apa. Kita nak kata Najib tak salah juga.
5. Dulu kes boleh tarik balik. Tarik balik lepaslah.
6. Siapa suruh tarik balik? Orang yang diberi kuasalah.
7. Tetapi orang yang diberi kuasa / dia yang dulu kata Zahid salah.
8. Itu dulu. Sekarang orang yang berkuasa kata dia tak salah.
9. Kira sekaranglah.
10. Malulah. Dunia tahu dia salah.
11. Nak malu apa. Apa nak malu. Pedulikan.
12. Dulu pakai baju koyak โ malu
13. Sekarang pakai baju koyak setail baru. Tak malu.
14. Kenapa buat salah nak malu.
15. Dulu malulah.
16. Sekarang tak payah malu.
17. Maka lepas semualah pesalah.
18. Tangkap yang tak salah, isi mereka dalam jail.
19. Jail penuh juga.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
21 Jun 2024
๐๐๐๐
1. Apabila saya dengar syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, sangkaan saya ialah MAHB rugi.
2. Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023.
3. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini.
4. Kenapa nak jual 30% kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?
5. Saya tak faham.
6. Mungkin ada udang di sebalik batu?
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
20 Jun 2024
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
1. The Malaysian Constitution can be amended or changed if two thirds of the members of Parliament agree to the proposal.
2. The Constitution was drafted with guarantees for the rights of the indigenous Malays (and later Bumiputera of Sabah and Sarawak) as well as the rights of the other races.
3. The founding fathers were at pains to stress that the country was founded and belong to the Malays. The acceptance of non-Malay migrants as citizens was conditional upon their acceptance of the provision of the Constitution.
4. Although amendments can be made to the Constitution there are certain entrenched provisions which cannot be changed.
5. It is important that all Malaysian citizens remember this.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
June 13, 2024
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
1. Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael menyerah Johor kepada British dan hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.
2. Perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
3. Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.
4. Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.
5. Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berparlimen.
6. Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives)
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
12 Jun 2024
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
1. Human civilisation has come to its end. All that we believe in, such as human rights, the sanctity of life, freedom, brotherhood, equality, free speech, free press - have now been rejected.
ย
2. In their place the great advocates such as the United States of America and European countries, have openly supported wars, the mass killing of people, genocide, infanticide, injustice, etc. They now approve mass murder, provide arms and funds, vetoed any attempt to end war and genocide.
ย
3. The only people protesting against the breakdown of moral and civilisational values are the young people.
ย
4. They have risen in protest. They defied their own governments. They demand an end to the genocide against the people of Gaza.
ย
5. They are not anti-semitic. Many of the demonstrators are Jews. They are simply against the genocide.
ย
6. Netanyahu vows to continue the genocide. His objective is to conquer Gaza and make it a part of Israel.
ย
7. But he will not stop there. The next target is the West Bank. Then Lebanon. Then Syria. To achieve this all Palestinians must be killed.
ย
8. And the great power will support him with arms and money. Their veto power will ensure Netanyahu will achieve his objective.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
June 12, 2024
๐๐๐
1. Great things are happening in the south. Concrete pylons are rising across the Selat Tebrau.
2. Soon 40,000 passengers will ride on the Rapid Transit System (RTS) every day from Woodlands in Singapore to Bukit Chagar in Johor.
3. We donโt hear much report on this project locally. But of course it cannot be built without the Malaysian Government approval.
4. Of course we should approve. We always approve projects by Singapore.
5. But Singapore does not approve our proposal for the replacement of the causeway with a bridge.
6. If a bridge is built it would be possible for barges and boats to ply between Pasir Gudang port and Tanjung Pelepas.
7. Currently sailing from Pasir Gudang to Tanjung Pelepas is four times longer than direct sailing along Selat Tebrau.
8. This is of course not the reason why Singapore is against replacing the causeway with a bridge. But the fact remains that as long as the causeway is there it will not be possible to sail along Tebrau from Pasir Gudang and Tanjung Pelepas.
9. And now the RTS link will cross Selat Tebrau on elevated tracks. It does not seem to be designed for ships to sail between the pylons as with Penang bridge.
10. So even if the causeway is dismantled, movement along the straits between Pasir Gudang and Tanjung Pelepas will not be possible.
11. Maybe now Singapore might look kindly at Malaysian proposal for the dismantling of the causeway and replacement by the bridge.
12. In the meantime we can all enjoy Singapore hospitality on the four kilometre ride on the RTS.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
June 10, 2024
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
1. Thousands of its soldiers and civilians have been killed.
2. Four million of its people have fled to other countries.
3. Ukrainian cities and towns have been razed to the ground.
4. All because of wanting to join NATO.
5. Russia warned Ukraine not to join.
6. It may be invaded by Russia.
7. Not to worry.
8. NATO will defend Ukraine.
9. But only if Ukraine is a member of NATO.
10. So when Russia pre-emptively attacks Ukraine, the poor country not being a member of NATO had to fight the war by itself.
11. The likelihood is Ukraine will lose the war. But the whole country and the people would be devastated for nothing.
12. Russia is a big power. It is not going to accept defeat.
13. Poor Ukraine will become poorer.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
June 7, 2024
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
ย
1.ย ย Hari ini saya berasa sangat sedih. Saya kehilangan seorang kawan baik, pembantu dan penyokong kuat saya yang meninggal dunia pagi tadi. Haji Ismail Manaf telah setia bekerja dengan saya sejak saya jadi Timbalan Perdana Menteri lagi pada tahun 70โan.
ย
2.ย ย Ismail seorang yang luar biasa kesetiaannya, tidak pernah tidak datang kerja, tidak pernah cuai. Sehingga semalam pun Ismail masih lagi datang bekerja.
ย
3.ย ย Apabila saya datang pejabat, tak pernah Ismail tiada di pejabat, beliau setia tunggu untuk buat kerja-kerja yang diperlukan. Beliau seorang yang berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah tetapi kerana percaya apa yang dia sedang lakukan adalah sesuatu yang baik.
ย
4.ย ย Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini. Sebelum pulang kami sempat bersalaman. Saya tidak sangka itulah kali terakhir kami berjumpa. Itulah ketentuan Allah SWT, setiap yang hidup pasti akan mati.
ย
5.ย ย Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail.ย
ููุงูููุง ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนููู
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
1. Kita hairan.
2. Tiap hari kita lihat ratusan orang Palestin di Gaza dibunuh oleh tentera Israel. Tiap seorang orang Palestin tentu sedar esok mungkin mereka yang akan dibunuh oleh letupan bom dan roket Israel.
3. Bandar Gaza dan bandar-bandar lain juga sudah diserang sehingga tidak ada satu bangunan pun yang masih terdiri. Kerapkali pula bangunan-bangunan dibom dan diruntuh bersama dengan penduduk yang ada di dalamnya. Ramai dari mereka ini tidak dapat dikeluarkan setelah mereka tertindih di dalam rumah runtuh. Mereka tentu mati apabila tidak dapat dikeluar.
4. Bangunan yang diserang dan runtuh hancur termasuk hospital dan sekolah. Serangan ke atas bangunan-bangunan ini diharamkan oleh undang-undang perang. Tetapi tentera Israel tidak hirau undang-undang perang. Dengan sengaja mereka serang hospital di mana pesakit masih ada dalamnya.
5. Yang sengaja dibunuh melalui serangan tentera termasuk orang awam, perempuan, budak-budak dan kanak-kanak yang baru lahir. 70% dari yang sudah dibunuh terdiri dari wanita dan kanak-kanak.
6. Tetapi penduduk Gaza tidak cuba lari tinggal wilayah mereka. Biarlah Israel serang sehingga ribuan akan mati dan ribuan lagi cedera parah, penduduk Gaza tidak lari untuk selamat diri.
7. Rancangan Israel untuk tawan Gaza tidak akan berjaya. Tetapi tiap seorang dari penduduk Gaza yang masih hidup sudah kehilangan ahli keluarga kesayangan mereka.
8. Mereka tidak akan lupa akan apa yang dilakukan oleh Israel. Selagi ada nyawa dibadan mereka akan musuhi orang Yahudi. Perasaan ini akan diteruskan melalui generasi-generasi yang menyusul.
9. Kata Israel mereka bertindak membunuh orang Palestin untuk menyelamatkan Israel. Oleh itu mereka akan bunuh semua orang Palestin.
10. Mereka tidak akan berjaya. Sampai bila pun orang Palestin akan ada. Dan mereka akan serang Israel dan orang Israel.
11. Niat jahat Israel tidak akan berjaya sepanjang zaman. Yang akan berjaya ialah nama buruk orang Yahudi dan Israel di seluruh dunia akan berkekalan. Dunia akan pandang orang Yahudi dan Israel sebagai manusia yang bersifat binatang, yang tidak bertamadun, yang perlu dimusuhi sepanjang zaman.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
4 Jun 2024
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
1. Hari ini saya telah menerima satu sapina (subpoena) untuk menghadirkan diri untuk memberi keterangan ke Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
2. Saya perlu hadir pada 12 Jun 2024. Saya akan hadir kerana diarahkan untuk berbuat demikian.
3. Sebelum ini saya sendiri telah meminta untuk hadir di sepanjang prosiding ini apabila ia bermula pada 21 Mei 2024.
4. Saya dan peguam saya menjangkakan kami akan dipanggil untuk menghadiri prosiding tersebut sepanjang ia dijalankan kerana saya merupakan pihak yang berkait dengan perkara yang dibincangkan oleh RCI tersebut.
5. Seperti dimaklumkan oleh peguam saya, ini berasaskan dengan peruntukan undang-undang di dalam Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang mewajibkan saya atau peguam saya hadir sepanjang prosiding itu berjalan sehingga selesai.
6. Selain itu, saya sangat berharap supaya RCI ini diadakan secara terbuka dan orang awam dapat mengikuti prosiding sepenuhnya.
7. Ini kerana sebelum ini pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dituju kepada saya secara terbuka dan mendapat laporan media secara meluas.
8. Dan tuduhan-tuduhan tersebut dibuat termasuk oleh ahli jemaah Menteri sekarang antara lain bahawa saya membuat keputusan secara sembunyi-sembunyi dan secara sendirian.
9. Jika semua tohmahan ini dibuat secara terbuka kenapakah jawapan dan penerangan saya perlu dibuat secara tertutup.
10. Kerana itu perlu saya tekankan sekali lagi bahawa kesemua keputusan yang saya buat adalah setelah mendapat nasihat dan pandangan dari peguam-peguam dan pakar-pakar perundangan dalam dan luar negara termasuk yang dilantik oleh Kerajaan terdahulu yang mahu isu Pulau Batu Puteh di rayu semula.
11. Selain itu, sebelum keputusan dibuat, isu telah saya bawa ke Kabinet.
12. Terdapat di kalangan ahli-ahli Kabinet ketika itu telah dilantik semula ke dalam Kabinet kerajaan pada hari ini.
13. Kerana itu adalah perlu untuk saya atau peguam saya hadir untuk mengikuti prosiding ini dari awal hingga akhir untuk mengetahui adakah kesemua yang terlibat di dalam membuat keputusan dipanggil, jika tidak mengapa, dan jika ada, apakah yang mereka perkatakan.
14. Jika tidak objektif RCI sebagai satu usaha โfact findingโ agak pincang dan tersasar dari keadilan.
๐๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
31 Mei 2024
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐-๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
1. Rakyat Malaysia tidak dibenar bercakap/berbincang berkenaan isu-isu yang sensitif tidak berkenaan dengan 3R iaitu bangsa, agama dan Raja, tidak boleh bercakap berkenaan tuduhan PM Anwar menjadi ahli dalam organisasi Yahudi, berkenaan dengan tuduhan ada rancangan menubuh kasino.
2. Jadi apa yang boleh kita bercakap.
3. Dahulu Anwar menjanji kalau jadi PM ia akan lakukan reformasi.
4. Apakah menutup mulut rakyat adalah REFORMASI yang dijanji??
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
31 Mei 2024
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
1. Anwar mendakwa saya telah curi berbillion duit Kerajaan semasa saya jadi Perdana Menteri.
2. Saya hairan kerana saya tidak pernah tengok duit ini dan tidak tahu dimana duit ini ada. Yang tahu ialah Anwar kerana dia yang mendakwa saya miliki duit berbillion ini.
3. Kata Anwar orang yang mencuri duit berbillion hendaklah bawa balik duit ini dan bantu orang Melayu yang miskin. Saya sanggup bawa balik 100% duit yang dikatakan ada pada saya dan derma semuanya kepada orang miskin. Tetapi Anwar kenalah beritahu kepada saya dimana duit ini berada.
4. Mungkin ada di bank Switzerland. Saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya seperti Najib ada akaun dalam Ambank. Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. 100% dari duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu.
5. Tetapi jika tidak ada akaun saya di bank atau di mana-mana sanggupkah Anwar menjawab dalam mahkamah akan asas dakwaan bahawa saya memiliki berbillion Ringgit wang Kerajaan yang saya curi.
6. Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas.
7. Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar 150juta Ringgit kepada saya.
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
30 Mei 2024
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
1. Saya kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
2. Mereka sudah sampai ke tahap tidak hadir kuliah oleh profesor mereka. Ada yang tolak sijil semasa majlis konvo dan keluar dari acara.
3. Sesungguhnya siswa-siswi Amerika dan Eropah membantah dengan sekuat-kuatnya pembunuhan beramai-ramai orang Palestin oleh Israel.
4. Dan Afrika Selatan membawa kes genosid oleh Israel ke Mahkamah Antarabangsa.
5. Tetapi di negara-negara Islam tidak ada banyak reaksi. Tidak ada penuntut universiti yang mengecam Israel dengan sifat kebinatangan mereka.
6. Dan di Malaysia penuntut universiti tidak pun menyuara bantahan terhadap Israel.
7. Kenapa?
8. Apakah Malaysia tidak berperasaan apa-apa apabila 40,000 orang Gaza, perempuan, kanak-kanak dan bayi dibunuh oleh Israel.
9. ?
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
29 Mei 2024