Jalan Mudah Menuju Syurga
Beruntunglah mereka yang menjadikan sunnah sebagai gaya hidup. Setiap langkah yang dilakukan kerana Allah tidak akan disia-siakan, bahkan menjadi sebab datangnya keberkatan di dunia dan keselamatan di akhirat.
#ustazwadiannuar#uwakongsi
Sedar atau tidak, sekarang kita sedang melalui 1–10 Zulhijah iaitu hari-hari terbaik dalam Islam. Hari ini sudah masuk hari ke-6 Zulhijah.
Info tambahan:
• 9 Zulhijah (Arafah) = Hari terbaik
• Malam 21–30 Ramadan = Malam-malam terbaik
• Lailatul Qadar = Malam terbaik
• Ramadan = Bulan terbaik
• Jumaat = Penghulu segala hari
Jangan lepaskan peluang gandakan amal.
Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Puasa Qada
Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan bagi mereka yang berpuasa enam hari di bulan Syawal, sebagai kesinambungan ibadah selepas Ramadan.
Semoga perkongsian ini membantu dan memudahkan urusan ibadah kita semua.
#ustazwadiannuar #uwakongsi
Khusyuk bukan datang dengan sendiri. Ia perlu dilatih dan dimohon daripada Allah.
Berikut beberapa langkah mudah untuk membantu menghadirkan hati ketika solat.
Semoga Allah kurniakan kita solat yang khusyuk dan diterima.
#ustazwadiannuar#uwakongsi
10 malam terakhir Ramadan sudah bermula. Di dalamnya tersembunyi Lailatulqadar.
Jangan sia-siakan. Mungkin ini Ramadan terakhir kita. Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam istimewa itu.
Malam ini berlaku gerhana bulan.
Jangan lupa tunaikan solat sunat gerhana. Ia fenomena yang jarang berlaku dalam bulan Ramadan.
Berikut panduan ringkas solat gerhana bulan.
Allah SWT telah menjanjikan pelbagai keistimewaan dalam Ramadan. Mari kita meningkatkan ketakwaan kita untuk meraih keampunan dan keredaan-Nya.
#ustazwadiannuar
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi ia adalah 'madrasah' untuk kita gilap semula rohani.
Kadang-kadang kita terlepas pandang amalan-amalan kecil yang sebenarnya besar pahalanya.
Inspirasi daripada perkongsian Ustaz Wadi Annuar, ini adalah 10 amalan sunat yang boleh kita fokuskan sepanjang bulan mulia ini.
Dari sekecil-kecil sedekah hinggalah menjaga lisan di media sosial, setiap satunya ada nilai di sisi Allah.
Jom kita semak senarai ini. Mana satu yang kita nak "istiqamah" kan bermula hari ini?