Seramai 256 daripada 266 warga asing membabitkan 40 negara yang diperiksa di Forest City, Johor, susulan isu operasi Network School menggunakan Pas Lawatan Sosial manakala 10 lagi memegang Pas PLIK (Nomad).
Berita penuh: https://t.co/gwPFR9zrIA
KENYATAAN MEDIA
PERKEMBANGAN TERKINI ISU NETWORK SCHOOL DI FOREST CITY
1. Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
2. Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan keputusan yang segera, jelas dan muktamad berhubung status individu terlibat serta operasi Network School.
3. Dalam bidang kuasa negeri, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. MBIP telah melaksanakan semakan terhadap pematuhan lesen perniagaan, penggunaan premis perniagaan serta pematuhan terhadap syarat-syarat papan iklan.
4. Hasil pemeriksaan mendapati syarikat beroperasi di dua premis, di mana satu premis mempunyai lesen pejabat urusan yang sah, manakala satu lagi premis didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan MBIP walaupun dimiliki oleh seorang warganegara tempatan.
5. Selain daripada itu, pihak syarikat juga didapati telah melanggar jenis perniagaan yang dibenarkan iaitu pejabat urusan dan menggunakannya sebagai ruang kelas serta promosi perniagaan yang tidak dikemukan permohonan secara terperinci
6. Sehubungan itu, MBIP telah mengambil tindakan penguatkuasaan seperti berikut:
a) Notis Henti Niaga IP012N260714001 dikeluarkan ke atas premis yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.
b) Notis Lesen Iklan (6103) dikeluarkan di bawah Seksyen 107(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana mempamerkan papan iklan yang tidak mematuhi syarat dan tidak selaras dengan kelulusan yang telah diberikan.
7. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa MBIP akan meneruskan siasatan terhadap semua aspek di bawah bidang kuasanya. Sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan yang berkuat kuasa, tindakan penguatkuasaan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.
DATO’ ONN HAFIZ GHAZI
Menteri Besar Johor
Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan siasatan terperinci.
Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor.
Kadang kala seakan tertawa kecil bila kami diajukan permintaan untuk mendesak perubahan kepimpinan bolasepak untuk kelab ataupun bagi pengurusan bolasepak negeri kami ini sendiri..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H
Kami, komrad BOS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kpd seluruh umat Islam yg meraikan perayaan ini yg jatuh pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447 Hijrah. Semoga segala amal ibadah & pengorbanan kita diterima dan diberkati Allah SWT.
Maka dgn ini,tiada lagi perlawanan di SSI utk musim 2025/26.
Menang tapi kalah..well done JDT berjaya tamatkn badi dgn Buriram.
Chin-up & focus utk final Piala Malaysia..let's go 💪❤️💙🔥
#ShopeeCup#JDTPower#BoysOfStraitsSampaiMati
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kejayaan negeri Johor.
Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan anda. Selamat Hari Pekerja!
Bruno Fernandes’ huddle speech: “This is our time. We don’t f*ck about! We go again, again, again. This is our mentality from now on! We want to win every game, we do what is needed to win!”
Captain Bruno 🫡 🔴
Kejahatan Melampau.....Trigger warning
KANAK-KANAK DIIKAT, DIBIARKAN DI LANTAI...DIPERCAYAI DIBERIKAN DADAH
Puluhan kanak-kanak kecil, sebahagiannya baru berusia sekitar dua tahun, ditemui terbaring seolah tidak bernyawa di lantai sebuah pusat jagaan kanak-kanak, dikenali sebagai “Little Aresha” di Yogyakarta, Indonesia.
Mereka dipercayai diberikan ubat tidur atau dadah.
Tangan dan kaki mereka diikat.
Ada yang dibiarkan tanpa pakaian atau hanya memakai lampin.
Tiada katil, tiada keselesaan — hanya tikar nipis di lantai.
Kanak-kanak itu dipercayai terlalu lemah, mungkin akibat didera atau diberi bahan tertentu, sehingga tidak mampu bergerak atau menangis.
Ibu bapa menghantar anak-anak mereka dengan harapan dijaga rapi ketika bekerja, namun sebaliknya mereka didakwa diabaikan, diikat dan didera setiap hari.
Daripada 103 kanak-kanak di pusat itu, pihak polis mengesahkan sekurang-kurangnya 53 menjadi mangsa.
Video yang bocor telah mencetuskan serbuan pihak berkuasa dan pusat tersebut kini ditutup.
Setakat ini, 13 individu telah dikenal pasti sebagai suspek termasuk pengasas, pengetua dan beberapa pengasuh.
Antara dakwaan amalan kejam:
- Kanak-kanak diikat supaya tidak “mengganggu”
- Dilucutkan pakaian
- Dibiarkan berjam-jam di lantai tanpa penjagaan
-Dipercayai diberikan ubat tidur (belum terbukti secara rasmi)
Mangsa kini menerima rawatan perubatan dan sokongan psikologi, namun kesan trauma dijangka berpanjangan. -MYNEWSHUB
JDT AT NUMBER ONE IN ASEAN, 10TH IN ASIA
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are ranked at the top among Southeast Asian clubs, 10th in Asia and 269th in the world based on the latest update from Opta Analyst.
The Southern Tigers have accumulated a rating of 79.6 points and are the only club from Malaysia and Southeast Asia to be in the top 10 of Asian clubs. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
#WhatCanYouDo
#TheTMJeffect
#SouthernTigers
#JewelOfTheSouth
#JDTforAll