Rezeki orang lain takkan mengurangkan rezeki kita. Jadi janganlah cemburu dengan rezeki mereka.
Allah dah bahagi-bagi rezeki setiap insan ni mengikut kadar yang telah ditetapkan, sebelum kita wujud di dunia ini lagi.
Bersyukur. Allah akan tambah nikmat lagi.
Dalam budaya Arab, sekiranya tuan rumah menuangkan kopi yang banyak menunjukkan tetamu tu tak disenangi oleh tuan rumah.
Kalau kopi tu sedikit, tuan rumah rasa senang dengan tetamu tersebut.
Thank me later 😁
Ramadan tak lama lagi dah. Lagi 130 hari menuju Ramadan. Pejam celik pejam celik sampailah kita ke bulan yang dirindui. Para Sahabat dulu, 180 hari sebelum Ramadan dah excited nak sambut Ramadan. Ya Allah, panjangkan umur kami untuk bertemu dengan Ramadan Al-Mubarak🤲
#jiwatenang
Bukan semua kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN menunjukkan seseorang itu warganegara Malaysia.
Tahukah anda, terdapat beberapa jenis kad pengenalan dengan status dan fungsi yang berbeza?
Ramai warga Threads mesti tak tahu
Yang Atuk Pak Lah atau Sheikh Abdullah Fahim yang memilih tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Tarikh ini dalam Bahasa Arab bermaksud Tahun Yang Baik Akan Datang Kepada Kita.
Jika Tunku Abdul Rahman gagal dapatkan tarikh berkenaan. Tarikh seterusnya ialah 31 Ogos 1962
Sheikh Abdullah Fahim merupakan salah seorang ulama terkenal Pulau Pinang dan Mufti Pulau Pinang yang pertama. Beliau atuk kepada PM Kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi
Tahukah anda? Burger Ramly yang menjadi kegeramaran di Malaysia dilarang & diharamkan kemasukannya di negara Singapura?
Ini kerana, isu sebenar bukanlah terletak pada jenama Ramly itu sendiri, sebaliknya pada sumber daging lembu yang digunakan oleh jenama ikonik Malaysia ini.
🧠 RAHMAH KENDIRI (SELF-COMPASSION) BUKAN SEKADAR MEMUJUK DIRI...
Menurut ahli psikologi Kristin Neff, self-compassion mempunyai dua dimensi yang saling melengkapi: rahmah kendiri yang lembut (tender self-compassion) dan rahmah kendiri yang tegas (fierce self-compassion).
Bila tengok nenek ni, rasa malu dengan diri sendiri. Setiap kali azan berkumandang, langkah dia tetap menuju ke masjid.
Bukan sebab terpaksa, tapi sebab hati dia dah jatuh cinta pada rumah Allah. Semoga kita juga diberi hati yang sentiasa rindu ke masjid.
Kredit : mex_gojes
MARA is hiring Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG9) across 25 subject areas!
📍 Salary: RM2,250–RM11,110/month
📍 CGPA: 3.00+
📍 Age: 25–35
📍 Relevant Bachelor’s degree - Education degree/Diploma not required
📌https://t.co/2qorcXO67D
Bila usia semakin meningkat, kita tak lagi kejar benda-benda besar, nak ubah dunia.
Kita akan mula hargai perkara kecil yang beri ketenangan.
Masa bersendirian, tidur cukup, makanan sedap, beberapa orang kawan baik, masa berkualiti bersama insan tersayang.
Kaya yang sebenar.
MENTALITI JEMAAH HAJI MALAYSIA, MEMANG KELAS DUNIA! 🕋
Alhamdulillah, bangga jadi rakyat Malaysia.
Selesai urusan di Masyair, khemah-khemah penginapan di Mina ditinggalkan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Inilah cerminan akhlak, disiplin dan adab yang menjadi identiti jemaah haji Malaysia.
Perkara kecil, tetapi impaknya besar. Budaya menjaga kebersihan dan menghormati kemudahan awam inilah yang menjadikan Malaysia sentiasa dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.
Tahniah kepada seluruh jemaah haji Malaysia dan para petugas yang telah menunjukkan contoh terbaik kepada dunia.
Bukan sekadar menunaikan ibadah, tetapi membawa imej Islam dan Malaysia dengan penuh ihsan. 🤍
🤲🇲🇾
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Kongsi kuliah Maghrib tadi.
Kata ustaz, kita ni bukan tak mampu nak berkorban (lembu/kambing). Tapi sebenarnya, kita gagal merancang untuk berkorban.
Mungkin memang langsung takde niat dan takde keinginan untuk turut sama korban.
Sebab kalau kita merancang, mungkin kita mampu laksanakan korban selepas 2 tahun kumpul duit sikit-sikit. Tak semestinya nak kena buat setiap tahun.
Kata ustaz, 3 tahun sekali join korban pun okay je (simpan RM20 sebulan). Tak mampu tempatan yang lebih afdhal, korban di luar negara.
Bab ibadah ni, kita kena ada niat dan perancangan dulu. Baru datang semangat, disiplin dan mujahadah (pengorbanan/sungguh-sungguh).
Ini termasuklah untuk ibadah haji, zakat dan lain-lain.