KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
Dia cuba buktikan nilai politik yang baik masih ada..
Mane2 bendera parti lawan yang terjatuh, dikutip semula.. dia letakkan balik ke tempat asal..
Ini beza hati sukarelawan dengan berbayar..
Yang berbayar semua buat asal boleh.
Tumbang ke senget ke dorang xpeduli pun.
Aku harap kesungguhan brother ni membentuk Gelombang @partibersamamy di DUN MAHKOTA.
Formas simples de mejorar la resistencia a la insulina:
• Camina durante 10 minutos después de cada comida
• Realiza ejercicios de levantamiento de pesas de 2 a 4 veces por semana
• Come proteínas antes de los carbohidratos
• Duerme de 7 a 9 horas cada noche
• Expónte a la luz solar matutina
• Realiza ejercicios de cardio ligero
• Pierde peso
• Ayuno (12 horas)
Prueba estos métodos durante 90 días.
Buat kali pertama @partibersamamy yang baru berusia sebulan akan bertanding dalam 15 kawasan DUN di PRN Johor nanti.
Menang tak tentu tapi BERSAMA menawarkan satu alternatif politik yang baru kepada rakyat Malaysia khususnya di Johor ini. Boleh layari pautan https://t.co/ik6FIl1HuR untuk kemaskini informasi, mendaftar dan juga menyumbang.
Ayuh Johorean bersama BERSAMA!
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝟭𝟱 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Hari ini, saya dan Nik Nazmi mengumumkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026.
Ada macam-macam pandangan.
Ada kata jumlah kerusi itu terlalu banyak. Ada kata terlalu sedikit, minta bertanding sampai boleh bentuk kerajaan negeri.
Sementara semua pandangan ini ada merit masing-masing, kami sedar bahawa Kancil baru berusia sebulan. Maka keputusan berapa kerusi bertanding dan dimana mestilah mengambil kira pelbagai sudut pandang.
Kerusi-kerusi 15 yang ditandingi ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut:
1) Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas;
2) Sambutan terhadap 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit;
3) Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut;
4) Kemampuan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut.
Maka, berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di PRN Johor 2026:
1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO)
2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO)
3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO)
4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA)
5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP)
6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO)
7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO)
8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP)
9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP)
10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO)
11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP)
12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO)
13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO)
14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR)
15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP)
Calon-calon 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak.
Saya, Nik dan Syukri Razab, presiden BERSAMA telah selesai menemu duga kesemua 15 calon yang akan bertanding.
Proses tapisan ini berlaku sebanyak tiga lapis - dari permohonan, kepada saringan awal, kemudian semakan digital untuk mengesahkan latar belakang.
Selepas itu, senarai pendek calon-calon dibawa ke satu mesyuarat Jawatankuasa Calon yang dianggotai perintis BERSAMA dari Johor untuk mendapat maklum balas setempat dan tokoh-tokoh yang menggerakkan BERSAMA di peringkat nasional.
Peringkat akhir tapisan ialah temu duga terakhir di antara setiap calon dengan saya, Nik dan Syukri Razab untuk mengenali peribadi dan motivasi setiap calon dengan dekat.
Insya Allah, calon-calon yang dikemukakan BERSAMA adalah gabungan tua muda, wanita dan lelaki, Melayu, Cina, India, latar belakang professional, korporat dan penggerak masyarakat.
Tugas kita, ahli-ahli BERSAMA dan orang ramai yang mahu melihat budaya politik baru yang lebih segar, ialah untuk membantu calon-calon ini meyakinkan pengundi.
Oleh itu, saya menyeru dan menjemput seberapa ramai ahli BERSAMA dan orang ramai dari seluruh negara untuk tampil menjadi jentera BERSAMA di PRN Johor ini.
Ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di https://t.co/6vXmDO7QDX
Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran.
Ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati https://t.co/6vXmDO7QDX dan klik “𝗦𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻”.
Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan.
Sistem kempen bersepadu 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti.
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di 15 kerusi ini secara sukarela.
Bagi 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik.
Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat.
Kita berkampung di 15 kerusi-kerusi DUN Johor ini bermula hari Jumaat ini.
Jumpa saya, Nik, Syukri dan kancil-kancil dari seluruh negara yang akan masuk kampung dan bandar di Johor.
@puterae1@rafiziramli Ermmmm macam bodoh pun ada. Orang minta kerja kat tempat baru ofc dalam resume akan letak latest establishment achivement. Takkan Nak letak sijil sijil sekolah? Ahahahaha lawak laa ceplos
Sekarang Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sudah mula mendapat perhatian ramai.
Ramai yang mahu mengaitkan kejayaan ini dengan usaha masing-masing. Itu perkara biasa. Apabila sesuatu dasar mula menunjukkan hasil, sudah tentu akan ada pelbagai pandangan tentang bagaimana ia tercapai.
Yang penting, Johor mendapat manfaat.
Kerana JS-SEZ bukan sekadar satu projek pembangunan atau inisiatif di atas kertas. Ia adalah usaha untuk membolehkan Johor memanfaatkan kedudukannya yang strategik bersebelahan Singapura dengan cara yang lebih terancang dan berkesan.
Selama bertahun-tahun, Johor sememangnya mempunyai kelebihan yang besar. Kita berada dekat dengan Singapura, mempunyai tanah yang luas, tenaga kerja yang mencukupi, serta ruang untuk industri berkembang. Namun, pendekatan pembangunan sebelum ini banyak tertumpu kepada sektor hartanah dan pembangunan fizikal semata-mata.
Itu sahaja tidak memadai.
Jika kita mahu Johor benar-benar melonjak ke tahap yang lebih tinggi, kita perlu menangani perkara yang sering menjadi halangan kepada pelaburan dan pertumbuhan ekonomi, urusan kastam, imigresen, pergerakan barangan, mobiliti tenaga kerja, proses kelulusan dan kecekapan birokrasi.
Di sinilah pentingnya JS-SEZ.
Apabila pelaburan masuk, peluang pekerjaan bertambah. Apabila kawasan industri berkembang, hasil negeri meningkat. Apabila aktiviti ekonomi menjadi lebih rancak, pihak berkuasa tempatan turut menerima manfaat melalui peningkatan hasil. Dan apabila syarikat-syarikat antarabangsa mula melihat Johor sebagai rakan strategik kepada Singapura, keseluruhan ekosistem ekonomi negeri akan berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
Sebab itu, fokus utama bukanlah soal siapa yang patut menerima kredit.
Apa yang lebih penting ialah memastikan inisiatif ini berjaya dilaksanakan dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat serta ekonomi Johor.
Sudah tentu, pada peringkat awal terdapat pelbagai pandangan dan kebimbangan. Ada yang mempersoalkan manfaatnya, ada yang berhati-hati terhadap implikasinya, dan ada yang melihat cabaran yang mungkin timbul.
Namun, setiap perubahan besar memerlukan keberanian untuk melihat peluang di sebalik cabaran.
Hari ini, kita sudah mula melihat potensi itu diterjemahkan kepada pelaburan, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh.
Itulah yang paling penting.
Tonton kupasan penuh bagaimana JS-SEZ bermula di Podcast YBM Episod 51:
https://t.co/xEt6OhYusH
Satu perkara yang saya paling rimas ialah memilih lagu untuk parti politik.
Sebab saya tahu itu bukan kepakaran saya dan lain orang lain citarasa.
Jadi saya serahkan kepada yang muda-muda untuk tentukan.
Ini lagu pertama yang lahir, mula dipasang di Jelajah Kancil di Melaka.
Reaksi nampak OK.
Maknanya kita jangan nak tentukan semua, serahkan kepada mereka yang lebih ahli.
Insya-Allah, setiap 2 minggu Kancil akan release lagu baru secara penuh.
Mohon kawan-kawan yang buat content popularkan lagu-lagu baru ini.
Kepada semua pembayar cukai, khususnya penjawat awam, kita semua mesti bersatu hati menyokong perjuangan #BERSAMA ini bagi memastikan PENCEN-PENCEN orang politik DIHAPUSKAN secara total.
Gaji & elaun semasa perkhidmatan mereka sudah tinggi dan caruman KWSP sudah memadai. Pemberian pencen kepada mereka adalah 1 pembaziran dana negara.
Jika komitmen ini dapat dicapai, nescaya dana negara itu akan tertumpu hanya kepada rakyat & infra secara sepenuhnya.
Kalau benar ahli-ahli politik itu ikhlas untuk “berkhidmat demi negara” sebagaimana dedikasinya penjawat awam, maka mereka pasti akan menyokong perjuangan #BERSAMA ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia mesti bertindak menghentikan amalan double standard & layanan berlebih-lebihan kepada ahli politik yang berlaku sekian lama.
Saya melihat dan membaca kenyataan beberapa pimpinan PKR berkait isu sekatan peruntukan MyKhas Parlimen Subang dan Petaling Jaya.. Sekatan kepada Ahli Parlimen yang dikatakan pro-Rafizi dari menggunakan peruntukan mereka dilihat sebagai tindakan KUKUBESI oleh kerajaan MADANI..
Namun apa yang membuatkan saya berasa hairan adalah kenyataan 'menjilat' dan menyokong kezaliman terhadap Ahli Parlimen ini disokong penuh oleh pemimpin dari sebuah parti 'reformasi'.. Beberapa tindakan dari kerajaan Madani sebelum ini juga dilihat jauh lebih kejam dari kerajaan terdahulu namun tanpa segan silu berselindung di sebalik TOPENG MADANI..
Setahu saya kedua Ahli Parlimen Subang dan Petaling Jaya ini tidak pernah isytihar keluar parti apatah lagi meletakkan jawatan.. Mereka berdua masih bertindak sebagai Ahli Parlimen kerajaan Madani.. Namun hanya kerana mereka menghadiri majlis rakan mereka maka rejim Madani menyekat peruntukan mereka yang sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah kecil di kawasan Parlimen mereka..
Nampaknya benarlah kuasa yang terlalu besar boleh menjadikan seorang reformis menjadi manusia zalim.. Sebab itu bagi sesetengah orang yang hairan struktur Parti Bersama yang lain dari lain, ia adalah sebagai langkah memisahkan kuasa kerajaan dan parti politik.. Jika tidak ia akan jadi seperti yang terjadi hari ini, akses peruntukan seseorang Ahli Parlimen kerajaan boleh disekat hanya kerana berkawan dengan individu yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri..
Adakah ini kerajaan yang kita harapkan untuk melakukan reformasi institusi..? Selepas 27 tahun diperjuangkan hari ini kerajaan Madani tidak ada bezanya dengan kerajaan sebelum ini malah dilihat lebih zalim.. Sungguh mudah melupa diri hanya tiga tahun berada di takhta..
RAZEEF RAKIMIN
5 Jun 2026
PH ada lebih kurang 1.5 juta ahli :
• PKR 1.1 juta.
• AMANAH 200K.
• DAP 200K.
Jumlah pengundi berdaftar pada PRU15 adalah lebih kurang 21.2 juta. Jumlah yang keluar mengundi pula adalah lebih kurang 15.5 juta.
Jumlah pengundi yang mengundi PH (undi popular) pada PRU15 adalah 5.7 juta :
• Undi PKR 2.28 juta.
• Undi AMANAH 2.04 juta.
• Undi DAP 1.38 juta.
Berapakah PENGUNDI ATAS PAGAR (PAP)?
5.7 juta - 1.5 juta = 4.2 JUTA (Jumlah undi popular atau pengundi yang mengundi PH - Jumlah ahli PH)
Mengapa PAP ini mengundi PH dalam PRU15 dulu dan apa yang mereka nampak sekarang -
📌 Semangat Reformasi yang agresif.
Dulu, PH lantang mengkritik salah guna kuasa, campurtangan politik dan ketirisan. Sekarang, nada tersebut tidak sekuat ketika menjadi pembangkang.
📌 Keberanian menegur kuasa.
Dulu, PH dilihat berani menegur sesiapa sahaja di tampuk kuasa. Sekarang, bila sudah menjadi Kerajaan, amalan ini nampak semakin hilang malah yang menegur dengan bermacam2 intimidasi dan tekanan.
📌 Politik berasaskan idealisma.
Dulu, ramai menyokong PH kerana perjuangan reformasi dan perubahan sistem. Sekarang, ramai merasakan politik pengurusan kuasa kini lebih diberikan keutamaan berbanding perjuangan idealisma.
📌 Naratif rakyat biasa.
Dulu, PH dilihat sangat sinonim dengan isu rakyat marhean dan ketidakadilan. Sekarang, PH lebih tertumpu kepada urusan pentadbiran kerajaan dan kestabilan politik.
Sekarang di sosial media, kita boleh lihat PH bersungguh2 menunjukkan bahawa reformasi masih berjalan, menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik, matawang negara stabil dan lain2. Aku nak bagitahu, 1.5 juta ahli PH (termasuklah ceplos) akan menerima pendekatan ini. TAPI, 4.2 juta rakyat (PAP) yang mengundi PH dalam PRU15 dulu, nampak lain. Mereka nampak isu seperti MAFIA KORPORAT, SAHAM AZAM BAKI, SPRM dan lain2 tidak diuruskan dengan baik dan telus.
Aku nak bagi nasihat dengan PH, jangan leka dengan pujian ahli2 sendiri. Ingat apa kekuatan teras PH dan sebab apa PAP mengundi PH. Korang dah leka. Benda yang sama menjatuhkan kuasa 60 tahun BN.
Last but not least, apa kata jika 50% daripada 4.2 juta PAP, 'swing' kepada @partibersamamy di bawah @rafiziramli dan @niknazmi? Sendiri mahu ingat! 😎
Ayuh Malaysia mendaftar menjadi ahli di pautan https://t.co/ik6FIl1HuR.
Mengapa seorang Ahli Parlimen kerajaan tiba-tiba kehilangan akses kepada sistem #MyKhas tanpa sebarang makluman atau penjelasan rasmi?
Peruntukan ini bukan untuk Ahli Parlimen. Ia untuk rakyat.
Rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
#LeeCheanChung#pjlestari
Walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, khidmat bagi masyarakat di bawah terus berjalan. Masalah-masalah seperti tanah mendap, pokok tumbang, jalan berlubang yang memerlukan perhatian pihak berkuasa, kami terus pantau dan bantu.
Saya ucap terima kasih kepada pasukan yang terus bertungkus-lumus menyelesaikan isu-isu di Parlimen Pandan walaupun tidak dibayar.
Perubahan tidak bermula dengan kedudukan dan jawatan, tetapi bermula dengan orang-orang baik di kalangan masyarakat.
Sabtu ini, saya akan bersama di Pasar Pagi Taman Muda bagi Kaunter BERSAMA Rakyat. Saya dan pasukan akan turun ke Pasar Pagi Taman Muda bagi mengambil aduan seperti biasa sambil memperkenalkan rakyat Pandan kepada Parti BERSAMA Malaysia.
Kami juga akan membantu proses pendaftaran bagi yang ingin menyertai Parti BERSAMA Malaysia.
Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 9AM - 12PM
Tempat : Pasar Pagi Taman Muda
https://t.co/XT1EWybxO7
Jumpa di sana, Insya Allah.
***
尽管已不再担任国会议员,但我们服务基层、关怀民生的工作从未停止。无论是地面下沉、树木倒塌、道路坑洞等需要有关当局关注与处理的问题,我们都会持续跟进,并尽力协助居民反映与解决。
在此,我衷心感谢团队成员即使没有任何报酬,依然坚守岗位、默默付出,持续为班登国会选区的居民服务。
改变从来不始于职位或权力,而是源自社会中每一位愿意付出、关心社区的人。
本周六,我将与团队一同出席位于太子园早市(Pasar Pagi Taman Muda)举行的同心党服务柜台活动。届时,我们将一如既往聆听和接收民众的投诉与意见,同时向班登居民介绍马来西亚同心党的理念与愿景。
此外,我们也将协助有意加入马来西亚同心党的民众办理入党登记手续。
📅 日期:2026年6月6日(星期六)
🕘 时间:上午9时至中午12时
📍 地点:太子园早市 (Pasar Pagi Taman Muda)
🔗 地图位置:https://t.co/XT1EWybxO7
欢迎大家前来交流与反映民情。
愿与大家携手,为社区带来更多积极改变。
我们现场见!
Walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, khidmat bagi masyarakat di bawah terus berjalan. Masalah-masalah seperti tanah mendap, pokok tumbang, jalan berlubang yang memerlukan perhatian pihak berkuasa, kami terus pantau dan bantu.
Saya ucap terima kasih kepada pasukan yang terus bertungkus-lumus menyelesaikan isu-isu di Parlimen Pandan walaupun tidak dibayar.
Perubahan tidak bermula dengan kedudukan dan jawatan, tetapi bermula dengan orang-orang baik di kalangan masyarakat.
Sabtu ini, saya akan bersama di Pasar Pagi Taman Muda bagi Kaunter 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 Rakyat. Saya dan pasukan akan turun ke Pasar Pagi Taman Muda bagi mengambil aduan seperti biasa sambil memperkenalkan rakyat Pandan kepada Parti 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 Malaysia.
Kami juga akan membantu proses pendaftaran bagi mereka yang ingin menyertai Parti 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 Malaysia.
Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Pasar Pagi Taman Muda
https://t.co/XT1EWybxO7
Jumpa di sana, Insya Allah.
***
尽管已不再担任国会议员,但我们服务基层、关怀民生的工作从未停止。无论是地面下沉、树木倒塌、道路坑洞等需要有关当局关注与处理的问题,我们都会持续跟进,并尽力协助居民反映与解决。
在此,我衷心感谢团队成员即使没有任何报酬,依然坚守岗位、默默付出,持续为班登国会选区的居民服务。
改变从来不始于职位或权力,而是源自社会中每一位愿意付出、关心社区的人。
本周六,我将与团队一同出席位于太子园早市(Pasar Pagi Taman Muda)举行的同心党服务柜台活动。届时,我们将一如既往聆听和接收民众的投诉与意见,同时向班登居民介绍马来西亚同心党的理念与愿景。
此外,我们也将协助有意加入马来西亚同心党的民众办理入党登记手续。
📅 日期:2026年6月6日(星期六)
🕘 时间:上午9时至中午12时
📍 地点:太子园早市 (Pasar Pagi Taman Muda)
🔗 地图位置:https://t.co/XT1EWybxO7
欢迎大家前来交流与反映民情。
愿与大家携手,为社区带来更多积极改变。
我们现场见!
Pejabat Parlimen Petaling Jaya tidak lagi dapat mengakses sistem MyKhas sejak 29 Mei 2026, sekali gus menyebabkan urusan berkaitan peruntukan kawasan serta Projek Mesra Rakyat (PMR) tidak dapat diteruskan seperti biasa.
F BN, PH, PN semua ni kaki duit, kaki kuasa, kaki perabis duit rakyat. Untuk bangsa laa sangat, untuk agama laa sangat, untuk reform laaa sangat, korang semua sama je,