Kita bebas buat apa sahaja atas dunia ini.
Tapi ingat!
Ada Allah Ya Sami
Ya Basir Ya Alim
Ya Adl Ya Muntaqim.
Semuanya akan dipertanggung jawabkan dipertontonkan.
Perbuatan, lisan, tulisan semua dihisab.
Seluruh
anggota
jadi saksi.
"Tanpa niat
kerana Allah,
kerja hanya jadi penat. Dengan niat
kerana Allah, penat itu berubah jadi ibadah."
"Kerja yang
diniatkan kerana Allah melahirkan rezeki
yang halal, menumbuhkan berkat, dan
menenangkan hati."
Berdoa kepada
Allah S.W.T.
agar mengilhamkan kata kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan bersama orang lain.
……dan berdoa juga mudah mudahan kita bukan di kalangan ‘menanam tebu
di bibir tapi menyimpan racun
di hati’.
"Apa jua yang hadir, biarpun pahit di mata; itulah cara Allah membentuk jiwa dan membangunkan nilai dalam diri kita. Terimalah setiap detik dengan reda."
"Setiap yang datang, meski terasa pahit, tersimpan hikmah. Allah sedang membentuk karakter, sedang menanam nilai dalam diri kita. Hargailah setiap
detik itu."
"Biar kita berkali kali menutupnya,
pintu pengampunan Allah tetap terbuka."
"Sedarlah, meski berkali kali kita menolak dengan dosa, pintu pengampunan Allah tetap terbuka menanti kita kembali."
sendiri yang menghempasnya."
"Usah bertanya mengapa Allah tidak memberi hidup yang kita inginkan, sedangkan kita sendiri belum hidup seperti yang Dia inginkan."
"Jika hidup tidak seperti yang kita harapkan, renunglah… mungkin kita belum menjalani hidup seperti yang Allah harapkan."
"Mulakan hari
dengan Bismillah,
insyaa Allah
hati tenang,
jiwa tak gelisah."
"Setiap pagi bermula dengan Bismillah,
kerana di situ
terletak kunci
tenang
dan berkat."
"Saat embun pagi jatuh berlinang,
jejak mimpi semalam perlahan menghilang."
"Embun pagi menitis hening,
mimpi semalam pergi tak berpaling."
"Embun pagi menyapu tangisan,
mimpi semalam berganti harapan."
Pesanan Buat Hati.
Hari ini mungkin
tidak sempurna.
Ada perkara yang menyakitkan,
ada juga yang menggembirakan.
Namun segalanya adalah didikan
dari Tuhan.
Jika tersilap,
mohon ampun.
Jika terluka, maafkan.
Jika letih, berehatlah… tapi jangan putus asa.
"Akan tiba saatnya kita sedar — tidak semua yang digenggam layak dibawa.
Ada yang perlu dilepas, bukan kerana tak berharga, tapi kerana ia memberatkan langkah
menuju akhirat."
Bahagia orang lain tidak pernah mencuri bahagia kita.
Dan duka kita,
bukan alasan untuk menanam iri
dalam diam.
Hati yang lapang menerima takdir,
tak sempat benci rezeki orang lain.