Peristiwa Nuzul Al-Quran
1. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.
2. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq.
Tulus Ikhlas :
Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek.
DUPKK.
Minda Presiden PAS
PAS BERSAMA PERPADUAN IKATAN TALI ALLAH, BUKAN TALI CIPTAAN MANUSIA
PAS tidak boleh menerima konsep perpaduan, khasnya yang membisu terhadap kezaliman dan dosa yang diharamkan oleh Allah yang menjadi sebab berlakunya perpecahan.
Maka, dibawa konsep perpaduan Islam mengikut ketetapan Allah. Inilah alasan PAS tidak bersama Kerajaan Perpaduan yang berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Allah yang telah direalisasikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melibatkan kumpulan yang menganut fahaman pluralisme, liberalisme, termasuk kumpulan ekstrem serta syaitan bisu terhadap kemungkaran dan lain-lain.
Perpaduan sedemikian yang tidak boleh menyelesaikan perpecahan dalam setiap parti komponennya sendiri, apatah lagi dalam gabungannya yang lebih besar dan kini sedang runtuh memakan diri sendiri. Keadaan ini laksana bersama para penumpang dalam sebuah bahtera yang sedang parah kebocorannya walaupun diberi jenama perpaduan agung, laksana kapal induk yang besar tetapi semakin membesar kebocorannya.
Kita tidak boleh menaiki bahtera yang tidak boleh mengawal para penumpangnya yang bertelingkah dalam mempertahankan kepentingan masing-masing dan mempunyai hala tuju yang berbeza tanpa meraikan pihak yang berbeza atas nama tidak mahu berpecah belah. Nakhodanya pula tidak beristiqamah dalam menghadapi gelombang yang datang dari arah timur dan barat, dan memandu sehingga melanggar batu karang yang memecahkan bahteranya semata-mata kerana ingin meraikan perbezaan yang merosakkan atas nama perpaduan.
Segala perbincangan hendaklah datang daripada kalangan ilmuwan yang bertafaqquh dalam urusan Islam, bukan melalui orang yang jahil.
Tidak juga melalui ilmuwan yang tidak bertafaqquh atau yang meletakkan akalnya ke dalam perutnya, kerana penyelesaian Islam itu bersifat ilmu serta ciri-ciri keilmuan yang luas dan akal yang dimuliakan, berpandukan nas yang tidak berubah dan nas yang boleh menangani perubahan dalam kejadian alam termasuk manusia, serta dasar umum.
Kita mahukan perpaduan yang berpayungkan kerajaan yang menunaikan kewajipan memimpin yang merupakan amanah besar daripada Allah, dan ditaati kerana menghormati keadilannya. Bukan pemimpin yang menjadikan kuasanya kerana harta dan takhta yang dimuliakan, dan mereka dihormati kerana takut akan kezalimannya.
Baca selanjutnya:
https://t.co/5b8xVObjWC
Minda Presiden PAS
PAS BERJUANG MENINGGIKAN ISLAM, BUKAN MENUNGGANGNYA
Sebenarnya, PAS berpolitik Islam yang tidak berpisah daripadanya konsep al-din yang menggabungkan aqidah, syariah, dan akhlak, dengan meletakkan kedudukan Islam dijunjung tinggi melalui perjuangan yang penuh pengorbanan harta, jiwa, dan raga.
Perlembagaan PAS menyatakan hukum Islam adalah paling tinggi dan haram bagi PAS menerima yang lain daripada Islam. Perkara ini tidak dinyatakan oleh semua parti yang lain.
Perjuangan PAS bagi mendapat kuasa politik demi mendaulatkan Islam yang berkuasa memerintah, menjadikan PAS sasaran kepada semua kumpulan yang anti-Islam.
Apa yang menakutkan mereka ialah kebangkitan semula Islam dalam kalangan mereka yang berpendidikan Barat yang asalnya dirancang bagi menentang Islam, tiba-tiba bangkit melawan tuannya.
Peranan parti Islam ialah memimpin umat selepas ketiadaan kerajaan Islam yang berkuasa. Maka, PAS menegaskan dalam Fasal 7(1) Perlembagaan PAS, iaitu meletakkan Islam adalah yang tertinggi dan PAS memperjuangkannya melalui negeri dan persekutuan dengan meletakkan kedudukan Islam sebagai agama yang wajib dimuliakan.
Apabila PAS berkuasa di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis, maka konsep tersebut dilaksanakan. Di Terengganu khususnya, PAS berusaha mengembalikan kedudukan Islam sebagaimana dalam Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk (perlembagaan Terengganu sebelum berlakunya penjajahan) dan keputusannya ditandatangani dengan dukungan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pada peringkat persekutuan pula, PAS telah beberapa kali membawa usul persendirian supaya meminda Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang kuasa negeri melaksanakan syariat dengan sempurna.
Baca selanjutnya:
https://t.co/l6lug2E6FO
Pemilihan acara utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) perlu mencerminkan jati diri sebenar Malaysia dan tidak sekadar meniru model pesta jalanan luar negara yang tidak sesuai dengan budaya tempatan.
Berita penuh
https://t.co/rfSk4bS6HF
Sebanyak 96 peratus jangkitan baru AIDS di negara ini berpunca aktiviti seksual, 44 peratus daripadanya merupakan pesakit merupakan golongan belia berusia 20 hingga 29 tahun membabitkan pelajar dan mahasiswa.
Berita penuh
https://t.co/zT01g3sgwF
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengadakan kunjung hormat balas kepada Jamaat-e-Islami Bangladesh (JI Bangladesh) di sini sebagai susulan kepada kunjungan hormat JI Bangladesh ke atas PAS di Kuala Lumpur sebelum ini.
Berita penuh:
https://t.co/DJwrjxL9V4
#Harakahdaily#PAS
Perubahan iklim, cuaca ekstrem dan ketidaktentuan musim bukan sekadar isu teknikal atau saintifik semata-mata. Ia adalah peringatan Ilahi agar manusia menilai semula cara hidup, corak pembangunan dan sikap terhadap alam ciptaan Allah.
Baca selanjutnya:
https://t.co/8CQci51scP
"Pemusatan pentadbiran strategik bandar, kerajaan tempatan, perumahan dan pihak berkuasa tempatan di tangan pemimpin daripada sebuah parti dan etnik boleh menimbulkan persoalan besar."
Berita penuh:
https://t.co/PggYUTaSoB
#Harakahdaily
DOA MEMOHON SETIAP KEBAIKAN
Doa ini mengajar kita untuk merendah diri, mengakui keperluan kepada Allah, dan yakin bahawa setiap kebaikan adalah anugerah-Nya.
#dupkk#MediaUlamakHaraki
Kotak Kasut, Sumud & Bebas Palestin
PERJALANAN 37 hari merentasi lautan untuk misi kemanusiaan ke Gaza buka hanya bantuan semata-mata namun simboliknya lebih daripada itu iaitu pembebasan Palestin.
Ikuti perjalanan dan pengalaman yang dikongsikan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) hanya di PODCAST MG malam ini.
#malaysiagazette #podcastMG #ZRA #ZainalRashidAhmad
Minda Presiden PAS
PAKATAN ABRAHAM AGAMA SESAT BERSAMA PAKATAN AHZAB
Mutakhir ini, terdapat kalangan yang hendak menyatukan agama atas tujuan perdamaian dunia dengan teori ajaran Abraham berdasarkan sejarah yang salah.
Kini, dijadikan alasan ditandatangani perjanjian normalisasi hubungan diplomatik antara negara haram Israel dengan negara-negara seperti UAE dan Bahrain pada tahun 2020 yang lalu. Agenda normalisasi ini diusahakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Jared Khusner yang dikenali sebagai Abraham Accords.
Dalam teks deklarasi perjanjian tersebut yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, dinyatakan bahawa, ‘Kami menggalakkan usaha untuk menyokong dialog antara budaya dan agama untuk memajukan budaya keamanan antara tiga agama Abraham dan semua umat manusia.’
Secara zahirnya, teks deklarasi perjanjian tersebut mempunyai mesej terselindung berkenaan Abrahamic Religion yang akan diusahakan untuk menyatukan ketiga-tiga agama samawi ini di bawah satu agama.
Kumpulan Yahudi Zionis berjuang untuk menubuhkan sebuah negara besar tunggal (Israel Agung), bagi mengembalikan semula kerajaan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dunia berpusat Jerusalem (Bait al-Maqdis) di bumi Palestin, tanah suci para anbiya’ daripada zuriat Ibrahim AS.
Kesimpulannya, umat Islam menghadapi dua serangan, iaitu melalui serangan bala tentera Ahzab yang bersenjata dan serangan pemikiran ajaran sesat Pakatan Abraham. Kedua-duanya akan dapat dikalahkan dengan izin Allah.
Al-Quran menjadi petunjuk sepanjang jalan, adapun jihad pula menjadi perjalanan bagi mencapai kemenangan dunia dan akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah.
Baca selanjutnya:
https://t.co/xMOr2Ld63N
Minda Presiden PAS
KEMENANGAN AWAL KEPADA HAMAS
Pimpinan tertinggi Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) dalam warkahnya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan penghargaan kepada rakyat Malaysia pada semua lapisan yang bersimpati kepada rakyat Palestin. Begitu juga simpati kepada semua kumpulan Palestin yang berjihad, dipimpin oleh Hamas bagi menghadapi keganasan rejim Zionis dan negara bersekutunya terhadap rakyat Palestin, khususnya wilayah Gaza yang kecil yang dibelasah dengan serangan paling ganas dan melampau.
Hamas juga meminta maaf kerana tidak dapat menghantar wakil ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-71 yang lalu disebabkan faktor keselamatan, selepas para perunding mereka diserang oleh Israel secara tidak bermoral di Qatar pada 9 September 2025 sehingga dikutuk oleh majoriti masyarakat antarabangsa.
PAS turut diminta bersama bertanggungjawab bagi menyertai pandangan dan langkah yang perlu diambil, dalam menghadapi perkembangan mutakhir yang sangat mencabar gerakan Islam di seluruh dunia yang bersaudara laksana anggota pada satu jasad.
Mengikut bacaan politik dan ketenteraan, kesediaan rejim Zionis menerima pelan damai Presiden Donald Trump menunjukkan tanda awal mereka menyerah kalah dan kemenangan awal kepada Hamas, kerana kegagalan rejim Zionis dalam operasi ketenteraan menawan Gaza sehingga mencecah dua tahun, tetapi masih tidak berjaya mengeluarkan Hamas dan menghapuskannya.
Bagi menyelamatkan tentera mereka daripada keadaan terbelenggu oleh serangan balas kumpulan mujahidin Palestin yang dipimpin oleh Hamas, Israel terpaksa menggunakan ‘abang besar’ Amerika Syarikat bagi memujuk Hamas melalui negara Arab dan Islam yang dijadikan perunding, menunjukkan keadaan tentera Zionis yang sudah lemah. Kalau masih kuat, nescaya serangan diteruskan lagi tanpa gencatan senjata sehingga mencapai matlamat yang diisytiharkan.
Langkah Hamas menerima pelan damai Trump adalah dengan kebijaksanaan pindaan serta menolak syarat-syaratnya yang membodohkan supaya Hamas meletakkan senjata, dipaksa menyerah kalah, dan tidak diizinkan berada dalam pentadbiran sementara Gaza. Akhirnya, Trump dan Israel membuat kenyataan menerima penyertaan Hamas dalam rundingan berikutnya.
Langkah Hamas menyambar umpan yang dicampak oleh Trump tanpa menelan mata pancingnya adalah hikmah (kebijaksanaan) politik yang tinggi, mengambil aspek positif yang tersirat dan menolak aspek negatif yang tersurat.
Baca selanjutnya:
https://t.co/YVjgXu6Axs
"Meskipun tiada halangan kepada bukan Islam, namun menyediakan arak secara terbuka dalam majlis rasmi kerajaan adalah suatu perbuatan angkuh dan penghinaan terhadap toleransi yang dipertahankan selama ini."
Berita penuh:
https://t.co/kQDkbPz7E9
#Harakahdaily
Bukan setakat dua tahun, sudah lebih tujuh dekad penderitaan ini berlanjutan, bermula daripada pengusiran, penindasan dan penjajahan yang tidak pernah berakhir.
Berita penuh:
https://t.co/V6qCObRZvh
#Harakahdaily
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh oleh api neraka.” (Hud: 113)
Baca selanjutnya:
https://t.co/MCYj4Gf6MP
#Harakahdaily
"Ada satu persamaan apa yang berlaku di Gaza dengan apa yang akan berlaku di Malaysia. Mereka yang berkuasa, sang kapitalis, sedang menindas mereka yang lemah."
Berita penuh:
https://t.co/3pSGzhcCzg
#Harakahdaily#TolakURA