Penghantar Makanan Maut Dirempuh BMW Disyaki Mabuk Ketika Bantu Mangsa Nahas
JOHOR BAHRU – Niat murni seorang penghantar makanan membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh kereta BMW dipercayai dipandu lelaki dipercayai mabuk di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru, awal pagi tadi.
Mangsa, Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas keluar dari keretanya untuk membantu di lokasi kemalangan berhampiran stesen minyak Taman Desa Jaya.
Menurut isterinya, Suhaidah Yusof, 40, mereka dalam perjalanan pulang selepas keluar makan bersama rakan-rakan sebelum melihat serpihan motosikal dan berhenti.
Tidak lama kemudian, Mohd Taufik dilanggar ketika membantu mengawal lalu lintas.
Pemandu BMW berkenaan dikatakan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis.
Suhaidah yang baru tujuh bulan berkahwin dengan arwah berkata, dia masih terkejut dan trauma, apatah lagi insiden berlaku ketika umat Islam masih menyambut Aidilfitri. - MYNEWSHUB
Budak bodoh nak tunjuk lagak depan mak ayah konon terpaling garang terpaling baran, dia ingat brader moto tu takut. Mengaku je lah kalau dh salah, lagi nak belit belit.
SELAIN GAJI RM14.7 JUTA SEMINGGU.
NEYMAR TURUT MEMINTA :*
1. 3 kereta mewah untuk dirinya (Bentley Continental GP, Aston Martin DBX & Lamborghini) bernilai RM3 juta
2. 4 Mercedes G Wagons untuk ahli keluarganya serta pengiringnya
3. 1 van Mercedes dengan seorang pemandu
4. Pemandu itu mesti bersiap sedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dirianya, rakan-rakan dan ahli keluarganya.
5. Peti ais di rumahnya mesti sentiasa dipenuhi dengan minuman jus acai daripada jenama kegemarannya serta minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya
6. 3 suana dibina di rumahnya
7. Di rumahnya perlu ada 5 pekerja sepenuh masa termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta 2 orang bagi kerja pembersih.
8. Kos penginapan di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.
9. Menggunakan jet peribadi bila mana dia atau keluarganya memerlukan untuk bercuti.
10. Kolam renang di rumahnya dengan ukuran khusus sekurangnya-kurangnya 10 meter lebar dan 40 meter panjang
11. Rumah perlu minimum 25 bilik untuk rakan-rakannya, keluarga, pengiring serta pembantunya boleh tinggal bersama.
Photo dan Artikel asal kredit: Zon Bola Pages
Isteri belikan dekat Isetan KLCC semalam pada harga RM35.99. Murah dari yang saya survey sebelum ini.
Bila buat sendiri, memang 98% similarity dengan kedai Korea. Bagi saya pembelian berbaloi sebab sesudu dua bahan ni bancuh dengan air kedai caj tujuh Ringgit segelas.
Mulanya beli sebab rasa dia manis-manis pahit seperti kehidupan saya.
Tapi bila baca artikel, baru tahu yujacha ini berkhasiat untuk membantu pengahadaman, sakit tekak dan selsema dan kaya dengan vitamin c.
Ada orang pernah cakap,
"Kalau nak rosakkan golongan remaja sesuatu negara, buatlah mereka minat K-Pop."
Mula2 dengar ni dulu aku tak percaya, sbb yelah K-Pop je kot, tapi sekarang kesan dia boleh dilihat dengan jelas.
Rata2 remaja peminat K-Pop mmg perangai punah.
Ekonomi US bakal collapsed, ini sebabnya.
1. Presiden Mexico nyatakan di hadapan rakyat Mexico yang mereka tidak takut dengan US jika ingin tutup pintu sempadan.
2. Presiden South Africa menerima kunjungan Presiden Rusia walaupun diugut oleh US.
Aku nak share pengalaman aku beberapa bulan sebelum aku buat keputusan untuk dapatkan bantuan psikiatri :
1. Aku hilang minat semua benda yg aku suka. Aku dah tak dengar lagu fav, buat review, semualah
2. Dah mandi bersiap, end up aku cuma baring sahaja sampailah esoknya
Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh....
Kota Bharu : Sanggup menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.
Tindakan peniaga yang disyaki untuk dijual kepada orang tidak berpuasa itu dikesan dalam operasi di Tangok dekat Bachok, semalam.
Dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, berjaya merampas lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais.
Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof berkata, dalam operasi itu, pihaknya memberi amaran kepada seorang wanita yang juga pemilik rumah berusia 40-an.
Katanya, operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah menjual makanan dan minuman kepada individu tidak berpuasa.
“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap di dalam tandas.
“Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Suratemi berkata, pihaknya memberi nasihat kepada wanita itu supaya tidak menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa dan wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang.
Beliau berkata, wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.
“Dalam operasi itu, tiada tangkapan dibuat berikutan mereka sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
“Kita menasihatkan kepada semua terutama orang Islam supaya tidak makan dan minum di waktu siang di tempat yang terbuka pada bulan ini dan menghormati orang berpuasa,” katanya.
-Harian Metro
Penghantar makanan maut dirempuh SUV
IPOH – Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Haval di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini semalam.
Nahas tersebut mengorbankan mangsa berusia 32 tahun di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis menerima laporan kemalangan membabitkan SUV jenama Haval dan motosikal Honda RS150 pada pukul 10.44 malam.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta dipandu lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari arah Tanjung Rambutan menghala ke Chemor.
“Apabila tiba di lokasi kemalangan, kereta tersebut telah bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Katanya, punca kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.
“Siasatan terperinci sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Oleh ASLIZA MUSA
27 Mac 2023, 2:26 pm
GAMBAR MANGSA di Channel Telegram Mynewshubviral