Syukur Alhamdulillah, berita baik buat Bangsa Johor. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang akan memberi manfaat kepada lebih 235 ribu Bangsa Johor. Insya-Allah, bantuan ini akan mula disalurkan bermula minggu ketiga September.
Peruntukan tambahan ini melibatkan 21 kategori penerima daripada pelbagai lapisan masyarakat, antaranya warga emas, suri rumah tidak bekerja, pasangan baharu berkahwin, penjaja dan peniaga kecil, golongan OKU, anak yatim, keluarga miskin, penggerak komuniti, petugas serta sukarelawan.
Pelaksanaan rayuan ini dibuat setelah mengambil kira rayuan dan maklum balas yang diterima daripada Bangsa Johor sepanjang pelaksanaan BKJ Fasa 4. Setiap rayuan telah diteliti dan disemak sewajarnya bagi memberi peluang kepada mereka yang memenuhi syarat untuk turut menerima manfaat, sekali gus memastikan mereka yang benar-benar layak tidak tercicir.
Alhamdulillah, kemampuan kewangan negeri yang semakin baik memberi ruang untuk lebih banyak manfaat dikembalikan kepada rakyat. Saya juga sedar dan insaf bahawa masih banyak yang perlu kita lakukan, dan bukan semua perkara dapat diselesaikan dalam satu masa. Namun, kita akan terus berusaha menambah baik setiap inisiatif dan memperluas manfaat agar lebih ramai Bangsa Johor dapat merasai hasil kemajuan dan kemakmuran negeri ini.
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima. Sama-samalah kita berdoa agar hasil negeri dan ekonomi Johor terus diperkukuh, supaya lebih banyak manfaat dapat dikembalikan kepada Bangsa Johor pada masa akan datang. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #BantuanKasihJohor #BKJ
Syukur Alhamdulillah, saya dan isteri gembira dapat bersama lebih 5,000 Anak Johor di perantauan daripada mahasiswa dan generasi FELDA dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan.
Walaupun sambutan ini “Terlajak Raya”, kemeriahan dan kehangatan yang dirasai jelas menggambarkan semangat kebersamaan yang cukup kuat dalam kalangan Bangsa Johor. Majlis ini menjadi ruang penyatuan generasi yang masing-masing membawa harapan dan aspirasi untuk masa depan Johor.
Ini merupakan tahun ketiga sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Johor di perantauan dianjurkan di luar negeri Johor, dan Alhamdulillah, tahun ini mencatat sejarah sebagai yang terbesar pernah diadakan. Melihat wajah anak-anak Johor di perantauan, saya percaya walau sejauh mana langkah mereka membawa diri, jati diri Bangsa Johor tetap utuh.
Insya-Allah, pintu Johor sentiasa terbuka. Kerajaan Negeri akan terus berusaha menyediakan ruang, peluang dan masa depan yang lebih baik agar satu hari nanti, kepulangan anak-anak Johor di perantauan bukan sekadar kembali, tetapi pulang untuk membina, memimpin dan mengangkat negeri Johor ke tahap yang lebih gemilang.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah. Taman Merdeka kini berwajah baharu!
Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menaik taraf Taman Merdeka dengan peruntukan sebanyak RM3.34 juta, melibatkan kawasan seluas kira-kira 30 ekar. Usaha ini memberi nafas baharu kepada taman rekreasi ikonik ini, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa kemudahan awam di Johor.
Saya berkesempatan meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan kemudahan di sini. Antara kemudahan baharu yang disediakan termasuklah zipline (flying fox), rope course serta gymnasium terbuka yang bukan sahaja menambah elemen rekreasi aktif, malah memberi pilihan riadah yang lebih pelbagai kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.
Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengingatkan agar kita dapat bersama-sama memelihara kebersihan dan menjaga harta awam dengan penuh rasa tanggungjawab. Kebersihan, keselamatan dan keselesaannya bergantung kepada sikap kita semua dalam menggunakannya dengan berhemah.
Semoga dengan penambahbaikan ini, Taman Merdeka dijangka menjadi destinasi rekreasi bandar yang lebih inklusif, selamat dan sesuai untuk seisi keluarga.
Ayuh Bangsa Johor, manfaatkan kemudahan ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga Taman Merdeka terus menjadi destinasi riadah pilihan dan kebanggaan kita semua. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Syukur Alhamdulillah, seramai 3,526 penerima telah menerima manfaat di bawah Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 1 dan Fasa 2 dengan peruntukan RM14.9 juta. Menerusi majlis penyerahan bagi Fasa 2, seramai 2,506 penerima telah menerima manfaat PKJ dengan hampir RM10.53 juta disalurkan sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat memiliki, memasuki dan menyewa rumah dengan lebih mampu.
Majlis ini menghimpunkan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Bantuan Beli Rumah Pertama, Bantuan Masuk Rumah Pertama dan Bantuan Sewa Rumah, sebagai pendekatan menyeluruh Kerajaan Negeri dalam menangani cabaran kos sara hidup serta memperluas akses kepada kediaman yang selesa, berkualiti dan mampu milik.
Melalui PKJ, Kerajaan Negeri menyediakan Bantuan Beli Rumah Pertama sebanyak RM5,000, Bantuan Masuk Rumah Pertama sebanyak RM2,000, serta Bantuan Sewa Rumah yang ditambah baik syarat kelayakan dan peningkatan bantuan sehingga RM2,500 secara one-off. Inisiatif ini terbuka kepada semua Bangsa Johor tanpa mengira kaum, dengan pendekatan inklusif yang memberi peluang lebih luas kepada rakyat memiliki atau menyewa kediaman tanpa beban kewangan yang berlebihan.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri mengambil langkah strategik dengan memperluaskan Bantuan Beli dan Masuk Rumah Pertama kepada golongan M40, khususnya bagi kediaman lot Bumiputera dalam julat harga RM300,000 hingga RM650,000. Pendekatan ini memastikan lebih ramai berpeluang memiliki dan mendiami rumah sendiri, di samping mengelakkan unit Bumiputera kekal kosong serta mengekalkan matlamat asal dasar pemilikan hartanah Bumiputera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor dan pasukan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) atas komitmen berterusan dalam menjayakan agenda perumahan negeri demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Semoga bantuan ini benar-benar dapat memberi kelegaan kepada rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup, sekali gus membantu lebih ramai Bangsa Johor memiliki kediaman sendiri serta menikmati kehidupan yang lebih stabil dan selesa. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #PerumahanKasihJohor #PKJ #RMMJ
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Syukur Alhamdulillah, saya dan isteri berpeluang meraikan seramai 500 orang bakal jemaah Haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) sebelum mereka berangkat menunaikan ibadah Haji melalui beberapa siri penerbangan bermula 7 hingga 9 Mei 2026 di Dewan Kenanga, MBJB.
Tahun ini, seramai 3,866 jemaah dari Negeri Johor akan menunaikan ibadah Haji daripada keseluruhan 31,600 Jemaah Haji Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 500 jemaah adalah di bawah Rombongan Kerajaan Johor (RKJ), termasuk pegawai tadbir negeri serta pembimbing haji yang akan mengiringi dan memastikan kebajikan jemaah terpelihara sepanjang berada di Tanah Suci.
Kerajaan Negeri Johor terus komited dalam memperkukuh kebajikan bakal jemaah Haji melalui pelbagai bentuk bantuan. Antaranya, bantuan tambang haji sebanyak RM8,000 seorang kepada 500 jemaah RKJ dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.7 juta. Selain itu, bantuan RM300 turut disalurkan kepada kesemua 3,866 bakal jemaah haji Johor yang berdaftar di bawah Lembaga Tabung Haji, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.16 juta bagi musim Haji 1447H / 2026M.
Selain itu, Yayasan Sultan Ibrahim Johor turut menyumbangkan pek makanan sedia dimakan (ready-to-eat) serta minuman kepada para jemaah sebagai bekalan sepanjang perjalanan dan ketika berada di Tanah Suci dalam membantu memudahkan urusan jemaah sepanjang menunaikan ibadah haji di Mekah dan Madinah.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji. Semoga semua bakal jemaah Haji khususnya dari negeri Johor dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan haji yang mabrur serta pulang dengan keampunan dan rahmat Allah SWT. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri JS-SEZ Strategic Forum 2026 yang menghimpunkan lebih 400 pelabur global, peneraju industri serta rakan strategik dalam memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab ekonomi serantau.
Menerusi forum ini, saya menekankan kepentingan memudahcara pelaburan melalui peranan IMFC-J sebagai pusat sehenti, serta memperkukuh pembangunan bakat tempatan melalui JTDC agar seiring dengan keperluan industri. Johor juga komited memperkasa perusahaan kecil dan sederhana supaya turut menikmati limpahan ekonomi JS-SEZ.
Selain itu, saya turut menyaksikan pertukaran Letter of Intent (LoI) melibatkan GSP Automotive Malaysia, Paragon Globe Berhad dan JT Automation bersama Invest Johor, serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara ChenBro dan Southern University College bagi memacu pembangunan bakat tempatan dalam STEM dan TVET. Di samping itu, UOB My Digital Space (MDS) turut dilancarkan bagi memperkasa literasi digital, keselamatan siber, aplikasi AI dan keusahawanan.
Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan setiap pelaburan yang dibawa masuk memberi nilai tambah kepada negeri, khususnya melalui peluang pekerjaan berkualiti tinggi, pemindahan teknologi serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan untuk Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas cetusan ilham Program Infaq Jumaat Johor yang terus menyemarakkan budaya memberi, sekali gus menjadi inspirasi kepada Bangsa Johor untuk mendekati masjid, menyemai nilai keprihatinan serta membudayakan amalan berinfaq dalam kehidupan bermasyarakat.
Syukur Alhamdulillah, Program Infaq Jumaat Johor telah dilaksanakan sebanyak 5,660 kali di seluruh negeri dengan manfaat kepada 2.2 juta penerima. Inisiatif ini melibatkan 1,043 masjid dan surau Jumaat, dilaksanakan di sekitar 538 lokasi setiap minggu merangkumi semua DUN, dengan peruntukan RM1,000 bagi setiap pelaksanaan.
Pada kesempatan ini, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Jamek Bandar Baru Uda serta menyantuni masyarakat setempat daripada pelbagai latar belakang yang turut hadir ke masjid. Kehadiran semua mencerminkan semangat Bangsa Johor yang saling menghormati, berkongsi rezeki dan memperkukuh kebersamaan tanpa mengira perbezaan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 mengingatkan bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenali antara satu sama lain. Nilai inilah yang kita pupuk apabila masjid menjadi ruang yang menyatukan, merapatkan hubungan dan menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Marilah kita bersama-sama memperkukuh amalan berinfaq dan bersedekah agar manfaatnya terus meluas kepada masyarakat yang memerlukan. Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT serta menjadi sebab turunnya rahmat, keamanan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada negeri dan seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #InfaqJumaatJohor #RapatkanSaf
Syukur Alhamdulillah, dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, masih ada premis di Johor Bahru yang terus menawarkan makanan pada harga berpatutan, supaya rakyat kekal ada pilihan untuk makan dengan kemampuan masing-masing, sekali gus membantu meringankan sedikit beban kos sara hidup.
Saya berkesempatan singgah bersarapan di Onn Kitchen Kampung Bahru, sebuah premis yang telah beroperasi sejak tahun 2013 dan kekal menjadi antara lokasi pilihan ramai. Di sini, nasi lemak ayam ditawarkan sekitar RM5, roti canai RM1.50, kuih-muih sekitar RM2.50 dan teh tarik serendah RM2.50, harga yang masih mesra rakyat dalam keadaan ekonomi semasa.
Selain roti canai dan nasi lemak, Onn Kitchen turut menyediakan pelbagai hidangan lain seperti lontong, soto dan kuih-muih, dengan konsep layan diri yang memudahkan serta mempercepatkan perkhidmatan kepada pelanggan. Suasana yang ringkas dan selesa menjadikan tempat ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Terima kasih saya ucapkan kepada peniaga tempatan yang terus komited mengekalkan harga makanan pada tahap berpatutan walaupun berdepan peningkatan kos. Usaha ini bukan mudah, namun sangat besar maknanya kepada masyarakat kerana ia membantu memastikan makanan harian masih mampu dinikmati tanpa membebankan.
Ayuh Bangsa Johor! Jom singgah sarapan di Onn Kitchen. Semoga lebih banyak usaha seperti ini terus diperkukuh, agar keseimbangan antara kemampuan rakyat dan kelangsungan peniaga tempatan dapat terus dipelihara demi kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Kalau ada port sarapan lain kat Johor Bahru yang sedap dan harga berpatutan, tolong komen kat sini 👍
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Saya telah turun padang meninjau sendiri keadaan semasa Jambatan Sungai Pulai, laluan penting yang bukan sahaja memudahkan perjalanan pengguna antara Kukup dan beberapa lokasi lain, tetapi juga dapat menaikkan taraf sosioekonomi kawasan setempat di Pontian dan Johor Bahru.
Jambatan ini telah siap dan dibuka kepada pengguna pada 18 Januari 2023. Namun, audit teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati berlaku mendapan serius melebihi 300mm dalam tempoh kurang enam bulan, sekali gus menjejaskan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Untuk makluman, punca utama isu ini adalah ketidakstabilan struktur tanah serta kaedah pembinaan asal menggunakan sistem ringan EPS (Expanded Polystyrene System) yang kurang sesuai dengan keadaan sebenar tapak.
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah meminta pihak JKR dan pemaju untuk melaksanakan kaedah pembaikan yang lebih kukuh bagi memastikan laluan ini benar-benar selamat dan stabil untuk jangka masa panjang dan insya-Allah, kerja pembaikan dijangka akan bermula pada Jun 2026, dengan sasaran siap sepenuhnya pada 2027.
Saya ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan ini selain mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan. Semoga usaha pembaikan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan semua pengguna. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Mengadap Takzim dan Majlis Darjah & Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada hari ini, 9 April 2026. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor and His Royal Highness Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda of Johor attended Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Mengadap Takzim and Majlis Darjah & Pingat in conjunction with His Majesty Sultan of Johor's Official Birthday Celebration at the Grand Palace, Johor Bahru today, 9 April 2026. Allah Peliharakan Sultan.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bahawa perkhidmatan kesihatan merupakan hak asas rakyat yang wajib disampaikan secara cepat, berkesan dan berkualiti.
Syukur Alhamdulillah, susulan maklum balas positif rakyat serta keberkesanan pelaksanaan decanting di Klinik Kesihatan Gelang Patah dan Klinik Kesihatan Sultan Ismail sebelum ini, Kerajaan Negeri terus memperkukuh pendekatan ini sebagai model penyelesaian kesesakan fasiliti kesihatan awam, seterusnya memperluaskan inisiatif ini dengan memindahkan unit di dua lagi klinik iaitu Klinik Kesihatan Kulai dan Majidee, melibatkan kos sekitar RM2.59 juta sebagai langkah proaktif mengurangkan kesesakan serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Menerusi lawatan ke Klinik Kesihatan Sultan Ismail, saya telah meninjau pelaksanaan pemindahan perkhidmatan Unit Ibu dan Anak serta Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) ke lokasi baharu yang terletak hanya 3.2 kilometer dari klinik asal, melibatkan 33 petugas kesihatan bagi memastikan kesinambungan rawatan berjalan lancar tanpa gangguan.
Pendekatan ini dilaksanakan bagi menangani kesesakan serius sebelum ini, termasuk di bahagian klinik dan perkhidmatan pandu lalu, dengan pemisahan perkhidmatan membolehkan aliran pesakit diurus dengan lebih teratur dan efisien. Kini, Unit Ibu dan Anak menerima sekitar 200 pesakit sehari, manakala PPUSS mengendalikan antara 200 hingga 250 pesakit sehari, sekali gus mengurangkan beban di fasiliti utama.
Kejayaan ini turut dibuktikan di Klinik Kesihatan Gelang Patah yang kini mengendalikan sehingga 1,200 pesakit sehari, sekali gus menjadi asas kukuh kepada peluasan model ini ke Kulai dan Majidee. Kedua-dua fasiliti ini akan menampung permintaan tinggi perkhidmatan kesihatan, termasuk rawatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan darah tinggi yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.
Semoga setiap usaha ini terus memudahkan urusan rakyat, mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan awam serta memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, selesa dan berkualiti dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Kepada Allah Kita Berserah
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, Program Semarak Subuh Johor terus menjadi medan untuk mengimarahkan rumah Allah SWT serta menggalakkan umat Islam menunaikan solat berjemaah. Setelah melalui Ramadan, kedatangan Syawal mengingatkan kita agar terus mengekalkan amalan baik dan menjadikan bulan ini sebagai bulan barakah untuk memperkukuh keimanan.
Saya bersama para jemaah telah bersama-sama mengimarahkan Masjid Bandar Baru Permas Jaya dengan menunaikan solat Subuh dalam suasana penuh tenang dan kebersamaan. Program ini turut diisi dengan tazkirah bertajuk “Syawal Bulan Barakah” yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, sebagai peringatan agar umat Islam terus istiqamah dalam ibadah walaupun Ramadan telah berlalu.
Dalam tazkirah tersebut turut dikongsikan bahawa antara amalan yang boleh diteruskan selepas Ramadan ialah berpuasa enam hari di bulan Syawal serta memperbanyakkan membaca dan menghafaz al-Quran. Selain itu, dikongsikan juga pesanan Saidina Uthman RA bahawa terdapat tiga amalan yang membawa kepada tiga bentuk cinta iaitu cinta Allah, cinta para malaikat dan cinta manusia.
1. Pertama, letakkan dunia di tangan, bukan di hati agar kita meraih cinta Allah SWT.
2. Kedua, tinggalkan dosa dan kembali bertaubat agar mendapat cinta para malaikat.
3. Ketiga, kikislah sifat tamak agar kita dicintai manusia.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam beribadah, memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghidupkan masjid sebagai medan penyatuan ummah. Mudah-mudahan setiap amal yang dilakukan menjadi asbab kepada keberkatan hidup dan membawa kita lebih dekat kepada keredaan Allah SWT. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #Syawal2026 #RapatkanSaf
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Chief Minister of Johor YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi today, 7 April 2026.
During the meeting, various current issues were presented and discussed. Also present was Johor Youth Advisor Khairy Jamaluddin. Allah Peliharakan Sultan.
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor Atas Kelahiran Anakanda Puteri Yang Baharu Pada 5 April 2026.
Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan kesihatan dan rahmatNya untuk Kerabat DiRaja Johor.
Sembah takzim daripada Patik dan seluruh Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah, Johor terus menarik pelaburan berkualiti melalui pertemuan bersama GSP Automotive Group Wenzhou Co. Ltd, bagi meneroka peluasan pelaburan sekitar RM700 juta yang dijangka mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan menjelang 2030, khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi dan TVET.
GSP merupakan antara peneraju global dalam pembuatan komponen automotif, kini melangkah lebih jauh ke arah teknologi bateri dan robotik selari dengan keperluan industri masa hadapan yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan teknologi.
Kerajaan Negeri menegaskan bahawa setiap peluang pekerjaan yang diwujudkan mesti memberi keutamaan kepada anak Johor. Fokus diberikan kepada pembangunan bakat tempatan secara menyeluruh melalui latihan berstruktur, kerjasama strategik bersama KPYPJ serta penyelarasan oleh JTDC bagi memastikan laluan kerjaya yang jelas dan berkualiti.
Perbincangan turut menyentuh keperluan tenaga kerja, proses kelulusan yang dipermudah serta sokongan automasi dan geran industri melalui IMFC-J, selari dengan inisiatif Johor Super Lane. Pendekatan ini dilaksanakan bukan sahaja untuk memastikan kelancaran pelaburan, tetapi yang lebih penting agar peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran dan manfaat ekonomi dapat dirasai terus oleh rakyat Johor.
Semoga usaha ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan kemahiran dan mobiliti sosial rakyat, serta memperkukuh ekonomi negeri demi masa depan generasi akan datang. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
Syukur Alhamdulillah.
Hutan Bandar JB berwajah baharu!
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor, Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar, selesa dan mesra pengunjung. Saya ingin berkongsi bahawa beberapa tarikan baharu di Hutan Bandar ini akan mula dibuka kepada umum bermula 3 Syawal ini!
Pelbagai tarikan menarik menanti pengunjung, antaranya Kolam Kanak-Kanak, Flying Fox, Rope Course, Taman Permainan Kanak-Kanak, Nature Trail, Laman Rama-Rama serta Tapak Perkhemahan menjadikan ia sebuah destinasi rekreasi lengkap untuk seisi keluarga, anak muda dan komuniti.
Kemasukan ke Hutan Bandar adalah percuma untuk semua. Dengan keluasan kira-kira 50 ekar, kawasan ini telah dinaik taraf secara menyeluruh dengan peruntukan melebihi RM13.5 juta oleh MBJB, bagi memastikan kemudahan yang lebih berkualiti, selamat dan selesa untuk dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor.
Namun bagi yang ingin mencuba aktiviti menarik, harga tiket adalah seperti berikut:
• Kolam Mandi
- Percuma untuk warganegara Malaysia
- Bukan warganegara: RM5 (kanak-kanak) | RM10 (dewasa)
• Rope Course
- Warganegara: RM5 (kanak-kanak) | RM10 (dewasa)
- Bukan warganegara: RM10 (kanak-kanak) | RM15 (dewasa)
• Flying Fox
- Warganegara: RM10 (kanak-kanak) | RM20 (dewasa)
- Bukan warganegara: RM20 (kanak-kanak) | RM30 (dewasa)
Sukacita saya umumkan bahawa aktiviti Flying Fox dan Rope Course akan ditawarkan PERCUMA selama sebulan sempena pembukaan ini. Hutan Bandar ini dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan disasarkan mampu menarik sehingga 2,000 pengunjung setiap hari, sebagai sebahagian usaha Kerajaan Negeri memperkasa produk pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026 serta menyediakan ruang rekreasi berkualiti untuk Bangsa Johor.
Ayuh Bangsa Johor! Mulai 3 Syawal ini, bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati keindahan alam semula jadi serta pelbagai aktiviti menarik di Hutan Bandar Johor Bahru. Semoga ia menjadi destinasi pilihan utama rekreasi dan pelancongan negeri. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026