PABRIK GULA - 5/5 Infinity Stars
Unexpected gila cerita ni best! Cerita pasal pekerja di kilang gula dihantui banyak hantu semasa satu musim bekerja di sana.
Dengar nama cerita mesti korang mcm “amende ni? Hantu kilang gula pulaaaak” itulah perasaan aku masa masuk hall, sekali dah start nohhhhh best gila mat
Jumpscare on-point, visual cantik even shot2 movement semua kemas! Audio gila babi power siap surround sound n rasa mcm hantu tu ada sebelah ko 😂 paling xleh blah ada part komedi sikit2 utk ceriakan suasana 🤣
Selain drpd tu dia siap masukkan elemen Nusantara seperti Kuda Kepang, lakonan semua menjadi even yg jadi tumbal pun not bad…ada cut scene satu je yg aku perasan tapi tu part sex je la
Satu benda aku perasan audience complaint diorang ckp citer ni mcm KKN, ngl lepas aku dengar ni pun aku rasa mcm “haah la mcm KKN” plus pengarah sama pulak tu, tapi still tak hilangkan perasaan takut aku selepas tonton filem ni semalam 😮💨
Maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin 31 Mac 2025 - Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad
Dua Remaja Maut, Tiga Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Persimpangan Lampu Isyarat
SEREMBAN, 7 Mac 2025 – Dua remaja maut manakala tiga individu cedera parah selepas sebuah kereta merempuh dua motosikal di Jalan Persiaran Senawang 1, berdekatan persimpangan lampu isyarat Matahari Height, malam tadi.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 8.30 malam itu mengorbankan seorang penunggang dan pembonceng motosikal Modenas Kriss, masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.
Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, siasatan awal mendapati sebuah kereta Honda Jazz yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bersama penumpang berusia 17 tahun dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah.
Kenderaan itu kemudian melanggar dua motosikal yang berada di bahagian kiri jalan.
"Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Modenas Kriss maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal Honda Vario mengalami kecederaan parah. Mereka kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban," katanya.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, G Sankar di talian 014-6000353 bagi membantu siasatan. -MYNEWSHUB
Antara warga Bangladesh yang disukai ramai rakyat Malaysia di TikTok.. Katanya dia dan kawannya tu datang ke Malaysia untuk sambung belajar, bukan kerja..👍🏻
TERKINI | Polis mengesahkan penemuan mayat lelaki dalam keadaan terbaring dengan leher dan kaki terjerut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
#BuletinTV3#Putrajaya#MayatMisteri#MayatPutrajaya
Baru tahu rupanya Komunis pernah cuba letupkan Genting Highland
Tetapi digagalkan oleh Pasukan F Cawangan Khas PDRM
Kejadian itu berlaku pada 1988
Rampasan bahan letupan oleh Pasukan F ketika itu katanya cukup untuk meletupkan banyak bangunan tinggi di Genting Highland dan juga jalan menuju ke sana