Kadang terlihat Kuat seperti seorang ibu untuk Anak2nya.
Tapi Terkadang Lemah terduduk menjadikan diri ke posisi seorang anak yang memerlukan pelukan ibu.
Hakikatnya bagaimana pun dunianya,
Seorang Ibu tetap memerlukan seorang Ibu.
Terlalu penat untuk bercerita. Sampai tak tahu nak mula dari mana.
Aku cuma nak pulang ke fitrah.
Walau aku dah jadi ibu, aku tetap seorang anak.
Dan bila dunia aku terlalu berat, aku cuma nak rasa dipeluk oleh seorang ibu..tempat aku boleh jatuh tanpa perlu jadi kuat lagi.
Hati Yang Hancur Tapi Kukuh
“Hati awak pernah retak, tapi tak pernah patah. Awak mungkin jatuh, tapi tetap bangun—dengan luka yang tak semua orang nampak. Itu bukan kelemahan. Itu kekuatan yang tak terucap.”
Kau tak gila.
Kau bukan lemah.
Kau cuma terlalu penat. Penat jasad. Penat hati. Penat jadi segalanya untuk semua orang, tapi tak ada siapa jadi ‘tempat kau’.
Untuk Hati Yang Sedang Hancur
“Tak apa kalau hari ini awak rasa letih. Tak apa kalau awak tak mampu senyum. Tak apa kalau awak cuma mampu baring dan menangis. Jangan paksa diri untuk sembuh dalam sehari. Luka ambil masa. Dan awak berhak untuk sembuh perlahan-lahan.”
Doa February_02/12
Ya Allah,
kau sembuhkanlah setiap yang sakit,
Ubatilah hati yang terluka.
Permudahkan segala yang sulit.
Kurniakan kami dengan kekayaan yang Engkau Redha.
Dan kau hilangkan setiap Kesedihan sesiapa pun yang sedang membaca ini.
Aamiin. 🤲
Ada yg jahat, tetapi mengakui dia yg di jahati.
Ada yg zalim, tetapi mengakui dia yg di zalimi.
Ada yg menyakiti, tetapi mengakui
dia yg di sakiti.
Ada yg melukai, tetapi mengakui
dia yg di lukai.
Berhati-hati dalam mempercayai
sesuatu cerita.
" Manusia Bermuka Dua benar NYATA”.
Disini yang jahat tu cuma aku,
Yang bermasalah pun cuma aku,
Yang degil juga aku,
Jadi wajar kalau aku selalu di
salahkan didalam segala hal
dan wajar bila di perlakukan seperti aku tak ada hati..
sebab yang salah dan tak baik tu aku. Bukan kamu.
Jangan berhenti
Tak siapa tahu apa yang telah kita lalui,
Tak siapa yang mengerti seberat mana kita menanggung rasa di hati.
Selagi kita bernama manusia,selagi itulah kita akan diuji.
Teruskanlah melangkah...
Tabah dan kuatkanlah hati dan jangan berhenti ! 🕊️
Makin dewasa ni akan sampai satu tahap malas nak benci membenci or terasa lebih. Penat nak fikir sebenarnya, nak terasa itu ini. You treat me good, i'll treat you good too, simple. if rasa benda tu toxic, i will cut off immediately.🤓
"Jika mampu, jadilah orang yang redha. Jika tak mampu, jadilah orang yang sabar. Kerana orang yang redha itu lebih utama daripada orang yang sabar. Sabar itu, menenangkan hati. Redha itu, membahagiakan hati" 🕊️
-Syeikh Ibrahim Masran Al-Baniari
Jadilah orang yang mampu menerima setiap ujian dalam hidup.
Mampu menghadapi situasi apa pun dalam keadaan tenang.
Tetap tersenyum walaupun banyak beban tersimpan padat di fikiran.
Hidup adalah tentang bagaimana cara sesuaikan rasa antara perasaan dan realiti. Terkadang banyak situasi dalam hidup ni kita tak dapat nak elak, akhirnya perlu melepaskan perasaan sendiri dan menerima sakitnya sebuah realiti.
Sekuat mana pun wanita ia tetap wanita, kembali kepada fitrah Allah ciptakannya. Sensitif, emosi, merajuk perlu kata-kata sokongan dan penghargaan. Jika tak dapat penuhi keperluan tersebut. Doa dan aduan pada-Nya pengganti semua itu.
- Ustazah Asma Harun