Dimanakah hati nurani mu wahai manusia sekalian sehingga kamu sanggup menghancurkan keindahan hutan dan kehidupan laut yang dijaga selama inii😭😭😭 DIMANA.....
Betul... Manusia cepat berubah tidak kira dari segi perasaan atau perilaku. Namun Allah s.w.t tak pernah berubah walaupun ade sesetengah umatnya selalu melakukan dosa.
Setiap orang mempunyai kisah silam sendiri. Tidak kira kisah silam itu penuh duka ataupun bahagia. Namun tugas kita sekarang adalah belajar dari kisah silam itu agar tidak diulangi lagi di masa hadapan jika kisah silam itu penuh duka😅
Betul... Kes rogol sekarang kurang diambil berat oleh masyarakat sedangkan kes rogol laa yang paling kerap berlaku di seluruh dunia sekarang😢 harap kes ini dapat ditangani segera
Memaafkan kesalahan orang merupakan salah satu nilai murni yang harus semua orang miliki kerana ia juga merupakan salah satu sifat kemanusiaan seseorang.
Berdoalah banyak-banyak kepada Allah s.w.t supaya kezaliman yang sedang berlaku sekarang segera dileraikan dan tidak ada lagi pertumpahan darah yang berlaku di negara tersebut
@fairoseeee Betul. Cukuplah dengan iringan doa sebagai sifat kemanusiaan kita kepada mereka yang mengalami musibah kerana doa adalah senjata orang mukmin yang paling berkesan selagi percaya kepada Allah s.w.t yang musibah ini salah satu ujian Allah s.w.t
Semua orang dilahirkan mempunyai sifat kemanusian dalam diri masing-masing namun begitu ia bergantung pada diri sendiri bagaimana untuk menunjukkan sifat kemanusiaan itu terhadap kezaliman yang berlaku sekarang.
Betul.. Setiap orang yang melakukan kesalahan mestilah dihukum dengan seadilnya tidak kira kesalahan yang dilakukan itu kesalahan kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja kerana setiap kesalahan yang dilakukan itu ada akibat dan hukumannya.