Timbalan Ketua Menteri III Sabah | Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah | ADUN Kadamaian | Ahli Parlimen Penampang | Presiden UPKO
29 Mei 2026 | Kota Kinabalu
Mengetuai delegasi UPKO mengadakan kunjungan dan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Dalam pertemuan ini, saya menyampaikan permohonan UPKO untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti komponen sesuai dengan Wawasan Sabah First iaitu menuju kepada penyatuan parti-parti lokal Sabah.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
UPKO MOHON SERTAI GABUNGAN RAKYAT SABAH
1. Hari ini, saya mengetuai delegasi UPKO mengadakan kunjungan dan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
2. Dalam pertemuan ini, saya mengemukakan permohonan UPKO menjadi parti komponen GRS.
3. Ini sesuai dengan mandat Majlis Tertinggi UPKO yang bersidang pada 25 Mei 2026 yang telah sebulat suara memutuskan untuk menyertai GRS. Keputusan Majlis Tertinggi tersebut telah dibincangkan di peringkat Bahagian-Bahagian UPKO sebelum itu.
4. UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama parti-parti tempatan Sabah bagi memperkukuh usaha membangunkan masa depan Sabah serta memperjuangkan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
5. Dalam pilihanraya yang lepas, UPKO menyatakan akan bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah dalam menubuh dan memperkukuh Kerajaan Sabah.
6. Wawasan Sabah First yang diperjuangkan oleh UPKO adalah bersesuaian dengan perjuangan GRS melalui Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mesti diperkukuh melalui kerjasama lebih erat dan penyatuan parti-parti tempatan Sabah.
7. Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United - intipati Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mendekatkan UPKO dengan GRS.
8. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri di atas kesediaan dan keterbukaan beliau yang mengalu-alukan keputusan penyertaan UPKO ini.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
19 Mei 2026 | Kota Kinabalu
Seterusnya menerima kunjungan daripada Glide Group of Companies yang diketuai oleh Presiden, Dato Haji Muhazli Haji Muhamad.
#SabahFirst#TerusCemerlang
19 Mei 2026 | Kota Kinabalu
Seterusnya menerima kunjungan daripada Singapore Cooperation Enterprise yang diketuai oleh Executive Director, Neo Poh Ling.
#SabahFirst#TerusCemerlang
19 Mei 2026 | Kota Kinabalu
Seterusnya menerima kunjungan daripada Pengerusi Penganjur Sabah Oil, Gas & Energy Conference & Exhibition (SOGCE), Dolly Jimayol.
#SabahFirst#TerusCemerlang
12 Mei 2026 | Kota Kinabalu
Seterusnya meninjau kerja-kerja pembinaan kawasan parkir lori dan treller kontena yang disediakan oleh KKIP sebagai satu daripad lapan langkah interim yang diluluskan oleh Kabinet Kerajaan Sabah pada bulan Februari yang lepas bagi menangani kesesakan di Pelabuhan Kontena Sepanggar sekarang ini akibat kerja-kerja pembesaran pelabuhan yang sedang dilaksanakan.
Salah satu situasi yang dihadapi oleh lori/treller kontena yang mengeluarkan kargo dari Pelabuhan Sepanggar pada waktu malam adalah ketiadaan kawasan parkir kerana perkhidmatan depo sudah tutup sekitar jam 6-8 malam.
Destinasi penghantaran kontena/kargo juga sudah ditutup selepas jam 6pm (kedai akhir destinasi kontena kebanyakan beroperasi mengikut waktu bekerja).
Ini menyebabkan kebanyakan lori/treller kontena diletakkan di kawasan tepi jalan dan berhadapan dengan kemungkinan kompaun oleh pihak berkuasa yang lain.
Justeru, selaku Pengerusi KKIP, saya telah mengarahkan agar satu kawasan tanah milik KKIP yang tidak jauh dari Pelabuhan Kontena Sepanggar dijadikan sebagai kawasan khas parkir lori/treller kontena ini.
Kerja-kerja pembinaan sudah mencapai 60% dan boleh digunakan dalam tempoh 3 minggu akan datang.
Kemudahan ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna-pengguna pelabuhan melalui persatuan mereka semasa dialog antara agensi Kerajaan dengan pengguna-pengguna pelabuhan pada bulan Mac dan seterusnya dalam mesyuarat task torce menangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar pada bulan April lepas.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
12 Mei 2026 | Kota Kinabalu
Menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan kilang gudang dan logistik Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
Projek ini melibatkan pelaburan syarikat sebanyak RM150 juta dan bakal menyediakan peluang pekerjaan tidak kurang kepada rakyat Sabag daripada 500 orang apabila siap sepenuhnya nanti, yang dijangka siap dalam tempoh satu tahun setengah.
Ini belum termasuk peluang perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang boleh mengambil bahagian dalam rantaian bekalan dan perkhidmatan perusahaan di sini kelak.
Pada minggu lepas, KTC juga memeterai perjanjian perniagaan dengan Dongfeng Motor untuk perolehan 200 unit kenderaan, seterusnya rancangan pembukaan kilang pemasangan di Taman Perindustrian Kota Belud.
Saya ucap tahniah kepada KTC di atas pencapaian cemerlang ini. Saya juga berbangga mengetahui wawasan syarikat Sabah ini yang mahu meningkatkan revenue daripada RM1.3 bilion sekarang ini kepada RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.
Kejayaan dan prestasi cemerlang KTC yang merupakan syarikat tempatan Sabah yang tersenarai di Bursa Malaysia harus menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat tempatan lain.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
Selamat Hari Ibu buat insan paling hebat dalam hidup saya. Terima kasih atas segala kasih sayang, doa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga sentiasa sihat, bahagia dan diberkati selalu.
Selamat Hari Pekerja 2026!
Semoga kita semua terus bersemangat mencari rezeki demi keluarga tersayang dan demi negara yang tercinta.
Kepada anda yang sedang mencari pekerjaan, semoga dimurahkan rezeki dan mendapat peluang yang terbaik.
Terus cemerlang!
#PekerjaMadaniKesumaBangsa
#NorikotNodiBulanLima
27 April 2026 | Penampang
Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Penampang, Bryan Matasing mewakili saya menyampaikan sumbangan daripada peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM50,000.00 kepada Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) sepertimana komitmen saya semasa menyempurnakan sambutan International Mother Language Day pada bulan Februari lepas.
Seterusnya sumbangan sebanyak RM20,000 iaitu penyaluran awal kepada Persatuan Pesara Penampang sepertimana komitmen saya dalam pertemuan dengan persatuan sebelum ini.
Saya berharap penyaluran peruntukan ini dapat membantu pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang bakal dianjurkan oleh kedua-dua pertubuhan.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
19 April 2026 | Kadamaian
Menyerahkan sumbangan 2 bot berenjin dan 3 sampan kepada badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Pangi dan Kg Pompod, Kadamaian untuk tujuan pengurusan bencana banjir.
Sumbangan bot berenjin disumbangkan melalui peruntukan khas saya selaku ADUN Kadamaian, manakala kesemua sampan disumbangkan oleh gerakan koperasi hasil inisiatif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Kedua-dua kampung ini antara yang selalu terkesan dengan musibah banjir dan bot/sampan ini diperlukan untuk pemindahan mangsa bencana banjir dan juga penghantaran bantuan yang berkaitan.
Kelengkapan bot/sampan ini diserahkan kepada badan JKKK, seterusnya terma operasi pemakaiannya akan disediakan dengan agensi-agensi keselamatan.
KKIP, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah juga telah menyampaikan sumbangan RM20,000 di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu seorang warga emas berkeperluan khas (OKU) yang tinggal berseorangan di Kg Tobur yang saya lawati awal tahun ini untuk membina rumah yang lebih selesa daripada rumah uzur sedia ada.
Selaku ADUN Kadamaian, saya komited untuk bekerjasama dengan banyak pihak samada badan kerajaan, swasta atau bukan kerajaan untuk membawa kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.
Saya ucap terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memudahcara proses perolehan dan penyampaian keperluan rakyat ini.
#SabahFirst
#TerusCemerlang
18 April 2026 | Papar
Menghadiri majlis resepsi perkahwinan saudara Martinus dan Eileen di Kg Sulim, Kinarut. Tahniah, semoga sentiasa diberkati dan berbahagia.
#SabahFirst#TerusCemerlang