Budak empat tahun maut, bapa parah motosikal dilanggar pemandu Singapura.
PORT DICKSON | Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang baru pulang dari tadika maut selepas motosikal dibonceng bersama bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Mercedes di Kilometer 16 Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Muhammad Shaheizy Iman Muhammad Shazrein, 4, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Port Dickson manakala bapanya berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah iaitu patah bahu dan kaki kanan.
Aidi Sham berkata, kemalangan pada pukul 1.30 tengah hari itu berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari mengambil anaknya dari tadika di Taman Desa Port Dickson sebelum terlibat kemalangan dengan kereta dipandu seorang lelaki warga Singapura berusia 33 tahun.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah Air Kuning menghala ke Sua Betong.
“Sebaik tiba di lokasi, kereta Mercedes berkenaan sedang memotong kenderaan di hadapannya lalu melanggar bahagian tepi kanan motosikal dinaiki mangsa yang sedang membelok ke simpang kanan menghala ke Ladang Sua Betong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Aidi Sham, akibatnya kemalangan itu bapa mangsa yang merupakan juruteknik ladang Sua Betong mengalami kecederaan patah bahu kanan dan kaki kanan manakala anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson.
“Pemandu kereta Mercedes bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Saringan awal ujian air kencing terhadap pemandu itu adalah negatif dan ujian pernafasan menunjukkan tiada kandungan alkohol dalam darah.
“Lelaki itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, pihak polis meminta saksi kemalangan tersebut tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Ia berikutan tular dakwaan di media sosial bahawa kemalangan berlaku disebabkan kereta yang terlibat berlumba sebelum melanggar sebuah motosikal di hadapannya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian.
**BAWAK MACAM SETAN KAT NEGARA ORANG....PATUT KENA CAJ MEMBUNUH AJE DRIVER JENIS NI!
Kalau dakwaan ini benar....tindakan yang amat tegas ke atas kakitangan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah harus dikenakan.....
Bagaimana pesakit yang didakwa hidup dan diambil darah dilaporkan telah mati ketika sampai ke hospital (brought in death) dalam laporan polis?
Kalau tak betul...maka itu boleh dikira laporan palsu...
Yakin polis akan siasat sampai kebenaran terbongkar....
Ajak swafoto lepas tumbuk.. tunggulah polis datang kutip
🇲🇾✍🏾🤳🏼
Kajang: Pekerja sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching di sini, cedera di muka selepas ditumbuk lelaki mabuk kerana menegurnya mengambil payung di dalam premis berkenaan malam tadi.
Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, berkata anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu berkerja sambilan di kedai serbaneka itu selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.
"Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka.
"Laporan polis sudah dilakukan di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut, saya mohon mana-mana individu yang mengenali lelaki ini tampil memberikan maklumat kepada polis," katanya.
Sementara itu, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan ianya dalam tindakan pihak polis untuk mengesan suspek.
Artikel⚡Harian Metro
I made a quick Automation to protect my iPhone if someone steals it while unlocked: if they turn on Airplane Mode (Find My), it asks for a passcode. If wrong… it automatically locks the phone 🔒, turns ON all connectivity 📡 + Low Power Mode 🔋, and shares its current location📍