Tentang Event RXZ...
Bila bertembung antara kepentingan ekonomi dan keselamatan nyawa manusia, nyawa perlu diutamakan.
Nyawa > Ekonomi
Keuntungan sementara tidak akan dapat mengembalikan nyawa yang hilang.
Sebelum ini ada trend doa Allahumma inni as'aluka
(Ya Allah, aku mohon kepada-Mu...) kemudian kita sebut apa-apa yang kita mahu.
Ada satu lagi bentuk doa:
Ada beberapa poin yang boleh saya tulis tentang tasbih rukuk dan sujud:
1. Hukumnya sunat.
Jika ditinggalkan, solat tetap sah. Atau jika tertukar tasbih rukuk dengan tasbih sujud, tiada masalah.
Ia tetap dikira tasbih.
Ada isteri sanggup hadapi kekejaman suami bukan kerana dia reda, tapi kerana takutkan kehilangan dan masa hadapan.
Bila fikir soal cerai; ke mana nak berteduh? Bagaimana suapan makan anak-anak?
Prosesnya bukan mudah.
Dia bukan tak mahu selamat, dia cuma tidak tahu bagaimana.
Baca pasangan yang tak bahagia dalam perkahwinan, kita rasa taknak kahwin.
Baca cerita pasangan bahagia, boleh datangkan iri sebab kita pun berimpian nak macam tu.
Sebaiknya, bacalah kisah rumahtangga Nabi ﷺ dan para isteri baginda. Kita dapat ilmu dan dapat perbaiki diri.
Logik segelintir muslim hari ini:
Takut kahwin, takut salah pilih pasangan.
Solusi: couple dengan bermacam jenis orang untuk test compatibility.
Sibuk mencari pasangan yang terbaik tapi tiada usaha untuk perbaiki diri. Semua tentang "apa aku akan dapat" bukan "apa aku boleh beri."
Bagi bermacam tips memilih pasangan, tapi kebanyakannya tidak berlandaskan agama. Paksi utamanya: perasaan sendiri.
Bila tak bahagia, pasangan bermasalah, hukum semua lelaki/wanita tu sama. Nasihat pulak all men/women are trash.
Trauma dengan hubungan sendiri, hasut orang lain untuk ada prasangka dengan pasangan mereka.
Banyak lagi nak tulis tapi cukuplah ini.
Sejak kahwin, tiada lagi mandi di tempat umum. Sungai tidak. Laut tidak. Kolam bercampur jantina pun tidak. Baju renang yang patuh syariah pun bila keluar dari air akan melekat di badan juga.
Larangan suami ini bertepatan dengan hadis Nabi ﷺ: "Demi Zat yang jiwaku ada pada tangan-Nya, tidaklah seorang perempuan menanggalkan pakaiannya di selain rumah seorang daripada ibunya melainkan dia telah mengoyak setiap tirai penutup antara dirinya dan Allah SWT.” [HR Ahmad (27578)]
Inilah kata-kata Nabi ﷺ ketika bertemu dengan Ummu al-Darda semasa beliau baru keluar dari tempat permandian umum.
Jika teringin nak mandi kolam, pergilah hotel yang ada private pool atau kolam yang khas untuk wanita.
Bila kita dambakan lelaki qawwam sebagai suami, maka kena bersedia untuk taat pada semua perkara yang makruf.
3 Doa Terbaik di Hari Arafah
1. La ilaha illa huwa wahdahu la syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli syai’in qadir.
2. Allahumma inni as’alukal jannah wa a’udzu bika minan-nar.
3. Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina adzaban-nar.
Salam warga X, mohon bantuan.
Anak kepada kenalan saya hilang, baru 1 jam. Peluang untuk jumpa masih cerah sebab kejadian baru berlaku. Anak ini adalah anak istimewa autisme.
Lokasi kejadian : Persiaran Meranti, Bdr Sri Damansara
Hubungi bapa : 017 930 5477
Mohon sebarkan 🙏🏼
Wanita yang hanya mampu terlantar di atas katil selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga lima tahun lalu, menitiskan air mata selepas dimaklumkan hukuman terhadap bekas suaminya dinaikkan daripada 10 tahun kepada 14 tahun hari ini.
Reaksi itu dizahirkan Jahidah Nordin, 48, sejurus dibisikkan hukuman terhadap Rosmaini Abdul Raof, 43, yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu oleh adiknya, Fauziah Nordin, 45. https://t.co/TJZlJbNS1X