Bila rasa sedih, sedang lagi ada masalah, fikiran serabut, bacalah zikir ini sampai hati rasa lembik selembik-lembiknya. Serahkan segalanya pada Allah. Dia Maha Mendengar rintihan hambaNya. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.
Abah..
Apa beza abah dengan Ramadhan?
Ramadhan hilangnya cuma selepas sebulan kemudian ia nya akan kembali semula
Tapi abah..
Hilangnya tak akan kembali lagi
Al-fatihah abah ๐ฅน
Nak berjaya,
Jangan tinggal solat.
Jangan tinggal Al-Quran.
Jangan tinggal dhuha.
Jangan tinggal tahajjud.
Jangan tinggal doa.
Semua diatas, adalah kunci untuk berjaya.
Yang penting, jangan berputus asa.
kadang kadang kita tengah busy dalam bekerja tetiba perasaan kosong tuh datang secara tiba2 . rasa alone , rasa cam sayuuuu ja ๐ dapat gi jauh2 sorang diri kan best ๐
Titik kesedihan aku ialah,
Bila mana aku sedih, hanya berlinangan air mata menemani bila membayangkan segala ujian yang aku hadapi seorang ๐ข tanpa ade orang disisi yang boleh aku berbicara
โUsah mengeluh dengan ujian & redha.. Kerana kita tidak tahu nikmat mana yang Allah kurniakan ketika melaluinya dan nikmat mana pula yang akan ditarik setelah selesai menempuhinya.โ
Tahukah kita, betapa besarnya pahala dan ganjaran menjaga ibu yang sakit, dan menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa?
Nabi saw bersabda:
Nabi saw:
"Barang siapa yang menziarahi kedua2 org tuanya, maka Allah mencatat utknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan....
Jahat dan teruk macam mana pun diri kita ni, nak pesan satu je, jangan tinggal solat. Solat itu akan buat kita tinggalkan kejahatan sikit demi sikit. Solat akan buatkan hati kita lembut
Seandainya kita mengetahui di sebalik ujian yang kita hadapi ada kebaikannya yang Allah rahsiakan itu, maka pastinya kita akan berdoa supaya dikekalkan dalam keadaan susah tersebut. Maka bersabarlah kerana kebaikan itu akan hadir.
Power of sedekah is real. โจ
โKadang kita tak sangka, sedekah kita tu yang buat kehidupan kita selesa hingga sekarang. Walaupun sedikit, jangan berhenti buat.โ
Perlahan-lahan ajar diri utk redha. Kalau kita dah berusaha sehabis baik, kalau bukan rezeki kita, ada lah yang terbaik Tuhan dah susun utk kita. Sebab kadang-kadang kita tak tahu pun apa yang kita nak, apa sebenarnya yang terbaik utk kita. Tugas kita berusaha sehabis baik je.