Kau ingat HIRUK dulu tu maksudnya apa Dr Zaliha?
Hidupkan Ideliasme Reformasi dalam Ujian Kuasa.
Sajelah nak ingatkan, kut ada yang ingat takde pernah cakap pasal nie sebelum nie. Haha.
https://t.co/RbhgrkFD29
Kongres Nasional Keadilan: โJadi kerajaan ujian sebenar reformasiโ - Dr Zaliha
#BHnasional Bagi membuktikan keberanian dan kebijaksanaan untuk melaksanakan perubahan.
https://t.co/eDmRI7spRZ
Ramai yang cepat membuat kesimpulan tentang PRN Johor.
Parti baru masuk, undi berpecah, PH terjejas. Nampak mudah. Nampak logik.
Tapi ada satu kumpulan pengundi yang jarang disebut. Pengundi yang datang berjumpa kami bukan untuk memuji, tetapi untuk berterima kasih.
Ada yang cakap terus-terang bahawa mereka sebenarnya dah buat keputusan lain sebelum kami muncul.
DSA panggil sebagai โmengundi dalam tangisanโ.
Kadang-kadang, apa yang nampak di permukaan bukan cerita sebenar.
Kadang-kadang parti seperti BERSAMA yang dituduh mengganggu, sebenarnya sedang menahan sesuatu yang lebih besar daripada berlaku.
Data ada ceritanya sendiri. Cuma perlu dibaca betul-betul.
Dengar apa yang sebenarnya berlaku di Perling dan Stulang, serta kenapa sesetengah pengundi keluar mengundi dengan berat hati.
Tonton kupasan penuh PRN Johor di Podcast YBM Episod 55 di sini:
https://t.co/REl9KMvHfs
Saya berbesar hati meraikan persaraan Yang Berbahagia Datoโ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sebagai Ketua Perangkawan Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas 36 tahun khidmat bakti beliau sebagai penjawat awam, termasuk 9 tahun menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Di bawah kepimpinan beliau, DOSM terus diperkukuh sebagai institusi yang diyakini, berintegriti dan menjadi tunjang kepada keputusan dasar negara yang berpaksikan data.
Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, Banci Pertanian 2024, Banci Ekonomi 2026, pengukuhan inisiatif PADU serta pelbagai pembaharuan lain merupakan antara legasi penting yang akan terus memberi manfaat kepada negara.
Satu lagi pencapaian penting apabila buat pertama kalinya sektor informal berjaya diliputi secara menyeluruh melalui penjanaan statistik oleh DOSM. Selama ini, data sektor tersebut sukar diperoleh secara komprehensif.
Kejayaan ini membolehkan kerajaan memahami dengan lebih tepat realiti perniagaan mikro dan pekerjaan tidak formal, sekali gus memperkukuh asas dalam merangka dasar yang lebih inklusif dan berkesan.
Bagi pihak Kementerian Ekonomi, saya mendoakan agar Datoโ Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga dan terus menyumbang kepada pembangunan negara dengan pengalaman serta kebijaksanaan yang dimiliki.
Terima kasih juga kepada seluruh warga DOSM atas dedikasi dan komitmen dalam memastikan statistik rasmi negara terus menjadi asas kepada dasar yang lebih tepat, telus dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Selamat bersara, Datoโ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Sesungguhnya, sebuah persaraan bukanlah noktah kepada bakti, tetapi permulaan kepada sebuah legasi yang akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.
Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan.
Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami.
Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih.
Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan.
Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat.
Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya.
Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat.
Benih itu telah ditanam.
Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama.
Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
Boleh faham knp ramai rakyat Johor dan Malaysia letih dengan politik. Inilah keadaan di stesen bas CW1 Kranji MRT dan CIQ JB pada pukul 1130pm. Baru selesai ceramah di Johor Jaya dan Bukit Permai, kemudian terus bergegas pulang ke Singapura. Pada waktu yang sama, masih ramai rakyat Malaysia yang baru tamat syif kerja di Singapura sedang beratur untuk pulang ke rumah. Sbb saya tekanakan dalam setiap ceramah, pertumbuhan ekonomi yang tertinggi tidak bermakna kalau gaji rakyat terpisah & tidak meningkat setimpal.
To my fellow Malaysians: stay strong and don't give up.
This is what happens when you do everything to remove your election director & key party strategist.
Rafizi and INVOKEโs backs were carrying tf out of PH, instrumental in the rise of PH campaigning for them.
Now these fools are running around like blind ball-less chickens.
๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฎ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐๐๐
Kempen BERSAMA di PRN Johor berjalan baik, walaupun dalam serba kekurangan.
Bila kita tiada sumber yang melimpah ruah, kita belajar menggunakan apa yang ada di sekeliling kita.
Kita bergantung kepada sukarelawan, kita bergantung kepada calon-calon kita yang bersusah payah cuba bertemu pengundi seberapa ramai yang mungkin tanpa perlu diangkat sebagai orang istimewa dalam majlis-majlis besar.
Tapi kita masih memerlukan tenaga yang minima supaya kempen tidak tergendala, terutamanya pada hari mengundi.
Kita memerlukan ejen-ejen kira undi atau PACA.
Terima kasih yang telah mendaftar sebagai PACA setakat ini. Proses untuk mengesahkan jadual bertugas dan tempat bertugas sedang berjalan. Insya Allah anda akan mendapat pengesahan selewat-lewatnya pagi Selasa, 7 Julai 2026.
Tapi kita masih memerlukan lebih kurang 2,000 PACA lagi.
Berikut ialah tindakan kita untuk cuba menyediakan 2,000 PACA ini dalam masa 48 jam ini.
Pertama - pasukan HQ akan menghubungi 2,570 ahli BERSAMA di Johor untuk mengenal pasti mereka yang berkelapangan untuk menjadi PACA.
Kedua - pasukan HQ juga akan menghubungi ahli-ahli BERSAMA di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA.
Ketiga - bagi ahli-ahli dari negeri-negeri lain, anda akan menerima emel peringatan untuk mengesahkan mereka yang berkelapangan menjadi PACA. Sila ikut panduan dalam emel untuk mendaftar menjadi PACA.
Keempat - bagi semua yang berkelapangan untuk membantu menjadi PACA, sama ada ahli BERSAMA atau pun tidak, anda boleh mendaftar melalui dua cara:
Sama ada mendaftar melalui sistem Kancil di https://t.co/fCMc3GZOrD dan ikuti panduan di situ, atau
Dengan menghantar mesej ke Whatsapp bernombor 011 3977 6635 atau hubungi Haziq di nombor itu.
Kita ada masa yang sangat terhad untuk mencukupkan PACA di tempat-tempat mengundi supaya kita berlaku adil kepada penat lelah calon-calon dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus sejak 10 hari lepas.
Sampaikan maklumat ini kepada yang lain-lain - forward di Whatsapp, share kandungan ini di media sosial anda.