KEMASKINI
Pelajar Gaza tersenyum gembira kerana masih dapat belajar meskipun dalam suasana perang ketika ini
Mereka belajar di sebuah perkhemahan di Tengah Gaza
Seorang gadis Palestin berjalan dengan bekas berisi air untuk membawa air kepada keluarganya kerana kekurangan air di kem Jabalia yang disebabkan oleh pencerobohan Israel yang berterusan.
Kalau rasa gelisah dan risau setiap hari, cubalah buat solat taubat + tahajud walaupun sekali dalam seminggu. Nanti kita boleh nampak perubahan dalam diri.
Hati rasa tenang sepanjang hari, no matter what ujian yang mendatang. Allah akan permudahkan semuanya.
Ini antara WIRID RINGKAS yang boleh kita baca selepas solat fardhu.
Semua zikir ini ada dalam hadis sahih seperti yang dilakukan oleh Rasulullah.
Sebaiknya utamakan zikir seperti ini dahulu. Baca sendirian dengan suara perlahan lebih baik.
Syeikh Dr Ayman Suwaid tegur kita, siap mention lagi Indonesia, Malaysia agar janganlah menjadikan al-Quran sebagai nanyian.
Sesungguhnya al-Quran ini Kalamullah, perlembagaan manusia, menceritakan soal keagungan-Nya, soal kenabian, Hari Akhirat, Syurga dan Neraka. 🥲😭😭
TENTANG IMAM AL-MAHDI
“Mungkinkah dia al-Mahdi?”
Saya pernah terbaca komen sebegini dalam beberapa kandungan di Tik Tok. Video-video tersebut memaparkan wajah seorang lelaki berketurunan Arab, berkulit putih bersih, segak dan berkaca mata. Ada ketikanya menunggang kuda, atau berceramah, atau hanya sekadar menjeling tajam kepada yang merakam.
Malaysia sememangnya subur dengan kehadiran pelbagai pendakwah dan ulama luar terutamanya daripada Timur Tengah. Dari sudut yang positif, ia adalah satu rahmat daripada Allah SWT kepada umat Islam di Malaysia.
Dalam masa yang sama, kita juga harus mengakui ada juga yang mengambil kesempatan atas sikap lemah lembut, tolak ansur, dan sifat amat bersangka baik yang ada pada masyarakat awam Melayu.
Sepanjang pengalaman saya sebagai Mufti dan Menteri, terlalu banyak dakwaan-dakwaan seperti Imam al-Mahdi atau keturunan tertentu yang sering melatari individu dan ajaran yang bermasalah di negara kita. Antara faktornya adalah kurangnya pemahaman dalam agama yang mendorong kepada sikap taksub dalam kalangan masyarakat awam.
Peranan Pihak Berkuasa Agama Negeri sememangnya diakui cekap dan berkesan. Namun, saya amat yakin bahawa benteng awal bagi mengekang perkara ini daripada berlarutan adalah ilmu.
Kurangnya ilmu dan ketaksuban yang membarah akan membawa kepada banyak fitnah kepada agama.
Saya telah menyelesaikan penulisan sebuah buku ringkas tentang Imam al-Mahdi menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.
Dapatkan di https://t.co/NA7RY81E7C