“Khusus ditujukan kepada wakil rakyat Seri Kembangan, YB Puan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, Beta sarankan agar datanglah seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk fahamkan dah hayati makna Rukun Negara, agar menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.”
Kali ini D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR tidak lagi berlapik lagi. Baginda petik nama mereka terus!
Andai rakyat & politikus masih tidak faham, maka ketahuilah bukannya titah Bagidan tidak jelas tetapi mereka enggan memahaminya.
Daulat Tuanku!
Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor di sini seminggu sekali.
Baginda bertitah demikian supaya Siew Ki dan Ronnie Liu menghayati makna Rukun Negara, menjadi rakyat yang tahu untuk hormat kepada kedaulatan Institusi Raja serta menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.
"Beta juga menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat wakil rakyat Negeri Selangor untuk datang sendiri ke Dataran Selangor ini setiap dua kali sebulan dan membaca serta memahami makna Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen ini," titah baginda menerusi satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah, baginda hari ini berangkat ke Dataran Selangor untuk melihat sendiri Plak Monumen Rukun Negara yang ditempatkan berhadapan dengan Tiang Bendera Negeri Selangor.
Titah baginda, Plak Monumen itu dibina dan dipasang oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor berserta dengan tempat duduk yang disediakan untuk para pengunjung.
"Beta telah membiayai sepenuhnya kos bagi pembinaan Plak Monumen Rukun Negara dan tempat duduk ini," titah baginda.
Baginda bertitah, Plak Monumen itu bertujuan mengimbas dan mengingatkan mengenai sejarah lahirnya konsep Rukun Negara ketika darurat diisytiharkan akibat tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Titah baginda, Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan sebagai Badan Pemerintah ketika itu telah berunding bersama anggota-anggotanya untuk melahirkan konsep Rukun Negara.
Sultan Sharafuddin bertitah, ia merupakan manifestasi ideologi kebangsaan bagi tujuan pengukuhan perpaduan antara kaum di negara ini.
"Beta berharap orang ramai yang berkunjung ke Dataran Selangor khususnya generasi baharu, dapat membaca dan menghayati prinsip-prinsip asas Rukun Negara ini yang menjadi teras utama kepada perpaduan rakyat Malaysia," titah baginda. - MYNEWSHUB
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian baginda seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan media pada 10 Februari lalu, bahawa baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Pendirian tersebut dibuat setelah mengambil kira implikasi penternakan babi yang boleh menyebabkan pencemaran pada tanah, udara dan risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.
Baginda turut menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk kira-kira sembilan juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Datuk Mohamad Munir Bani
#malaysiagazette
@meinmokhtar Honor magic. Samsung flagship tak payah. Lepas 2 tahun, % nk kene screen berline tu besar. Phone pon klau panas sangat, panel blkang tu slalu terbukak, gam dia tk kuat
Dah pulak....tetiba jadi Jurutera pulak......selama ni pergi sana sini mengaku peguam.....
🤣🤣🤣🤣🤣
Tapi masalahnya bila cek database jurutera....pun tak jumpa nama....
Dia ni apa sebenarnya?
Kuil dah haram...jawatan pun haram...🤣🤣
@malaysia601@CelcomDigi@umobile@MCMC_RASMI Tidak tuan, kampung saya belum ade sejarah banjir. Cuma bulan ni dh 3 kali berlaku gangguan rangkai celcom. Mungkin pihak celcom perlu check masalah tersebut berpunca dari perkakas / peralatan yg hampir rosak di tiang pencawang mereka.
@CelcomDigi dah 2 hari line tak de. Asal hujan lebat jer hilang, bukan sekejap.makan hari. @umobile tolong lah luas kan rangkaian kat kg pasir gogok ni. Harapkan celcom mmg susah. @MCMC_RASMI