Saya baru melancarkan Manifesto @barisanasional yang merangkumi keperluan dan aspirasi setiap lapisan masyarakat tanpa ada yang ketinggalan!
#BersamaBN#HebatkanNegaraku
https://t.co/kXy7IWrlLH
Sukacita saya umumkan:
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000!
#BersamaBN#HebatkanNegaraku
Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M RM450, akan menerima tambahan RM150 lagi pada Jun bermakna jumlah keseluruhan RM600!
#BersamaBN#HebatkanNegaraku
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500!
#BersamaBN#HebatkanNegaraku
Alhamdulillah selamat tiba di Tawau untuk lawatan kerja 2 hari, disambut ramai dengan #TatapBN ! Insya-Allah #BersamaBN, Sabah akan terus kita majukan.
Dokumen Manifesto Barisan Nasional setebal 220 muka dengan 14 teras strategik dan 364 inisiatif ini mempunyai pelbagai inisiatif dan perencanaan untuk semua golongan.
https://t.co/ajuDW55Gx8
Satu lagi kategori baharu BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700 dengan pembayaran 2 kali pada Jun dan Ogos ini!
#BersamaBN#HebatkanNegaraku
Lebih 60 tahun lamanya @barisanasional telah bawa Malaysia maju, tapak demi tapak sehingga kita kini terkenal serata dunia sebagai negara Islam contoh, negara yang aman dan harmoni, lokasi tumpuan pelancong dan juga pelabur. #BersamaBN#HebatkanNegaraku
https://t.co/3mPAREZzw9
Penjawat awam adalah pendukung utama dan kawan setia Kerajaan. Pagi ini di MAPPA XVI, sukacita saya umumkan:
- Kenaikan pencen 1 peratus mulai 1 Julai 2018 hingga 31 Disember 2018
- Geran khas kepada 3 persatuan pesara masing2 RM1 juta
- Kuota Haji khas untuk pesara Kerajaan
Selamat berjaya kepada Kontinjen Negara @myTeamMAS yang akan berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di Sukan Komanwel 2018 #GC2018
Saya yakin #TeamMAS mampu capai sasaran pingat ! 🇲🇾 #NegarakuKebanggaanku
Kerajaan @barisanasional di bawah kepimpinan saya komited dan bertekad bawa pembangunan inklusif dan menyeluruh ke setiap pelusuk Malaysia. Kalau dulu sering timbul kata-kata dan tanggapan ada negeri atau kawasan diabaikan Kerajaan Persekutuan, hari ini tak lagi! #DahulukanRakyat
- Kemudahan cuti tanpa rekod maksimum 7 hari untuk penjawat awam bukan Islam tunaikan aktiviti keagamaan
- Kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak mulai 1 Julai 2018
- Mewujudkan Gred DG56 untuk Skim Perkhidmatan Pendidikan bermula 1 Januari 2019
- Kenaikan pangkat time-based kecemerlangan kali kedua 13 tahun dipendekkan kepada 10 tahun bermula 1 Januari 2018
- Dana sekurang-kurangnya RM3 juta setahun kepada CUEPACS
- Kenaikan gaji bersamaan jumlah satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) khas kepada semua 1.6 juta penjawat awam