Tadi terdengar satu pesan Ustaz di radio ;
"Tinggal solat adalah seburuk-buruk dosa, sebesar-besar mungkar dan perkara haram yang dahsyat sekali. Dan orang yang solat pun kena azab sebab melambat-lambatkan solat apatah lagi orang yang tak solat."
Allahuakbar.. 🥺
Dari rumah ala jin tendang dan tongkang pecah kepada rumah dalam pinterest dengan budget 1.4M hanya untuk renovation tak termasuk furniture. Kau kerja apa ni dik?
Whoever says money can't buy you happiness can give me their money.
🎥 Kenneth tan
BUDAYA “GATAL” YANG DIBAWA MASUK KE SEKOLAH?
Screen record ini, ini kali, aku sendiri yang buat. Kalau nak menipu lagi kata dah delete lama. Silakan. Aku dah cakap, aku tak kata salah. Kalau ia memang baik dan dipersetujui semua. Aku mohon berkhilaf sebab aku tak setuju.
Tapi, elok korang semua baca pandangan salah seorang parents yang anaknya dipergunakan. Boleh pertimbangkan. Aku taknak salahkan sesiapa. Aku dengan pandangan dan pendirian aku, korang yang setuju dengan aku, dengan pandangan dan pendirian korang.
—-
Surat Terbuka Buat Sesiapa Sahaja Yang Terlibat..
Assalamualaikum,
Saya salah seorang ibu bapa yang anaknya sudah digunakan dalam video content dan marketing pihak Aikom (Akademi Ikon Muda Malaysia) dan Amir Lala berasa sangat kecewa dengan tindakan yang kalian telah lakukan.
Anak-anak kami bukan talent percuma yang kalian boleh perdagangkan secara percuma untuk digunakan sebagai alat atau bahan marketing. Sudah pasti pihak sekolah telah membayar kalian untuk program-program tersebut.
Adakah kalian telah meminta izin pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk menggunakan wajah-wajah mereka sebagai bahan marketing kalian? Saya sebagai ibu bapa tidak mengizinkan bahkan mengharamkan kalian menggunakan wajah anak saya!
Selain itu, pengisian jenaka “pickupline” juga wajar dihentikan. Saya tidak nampak apa keperluan. Nampak lebih menjadikan remaja berani menggatal. Jika mahu menjadikan mereka berani, wajar menggalakkan mereka buat public speaking atau berdebat. Jika mahu mereka berseni, budaya kita sudah ada pantun dan gurindam, sajak dan syair.
Saya faham ia hiburan, ia jenaka. Tapi, sebagai pasukan consultant, takkan kalian tidak mampu menghasilkan hiburan dan jenaka yang bersifat ilmiah dan matang. Saya rasa normalisasi perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah mesti segera dihentikan.
Saya mengharapkan sekolahlah benteng terakhir menjaga dan menerapkan gagasan budaya timur kita. Kita sudah tidak mampu mengawal media sosial, media massa, dan hiburan di luar sana.
Tetapi, apabila kalian juga membawa masuk budaya tersebut ke dalam sekolah. Apalah daya saya untuk menghalang. Saya orang biasa-biasa, tidak punya wang yang banyak, suara saya terhad.
Saya pernah tegur pihak Aikom dan Amir Lala, tetapi saya telah disekat selepas itu. Dan baru-baru ini, seorang individu telah memberi pandangan tentang aktiviti kalian di sekolah. Saya sangat bersetuju dengan beliau.
Justeru, saya mohon simpati kalian dan perhatian pihak sekolah untuk menghentikan kemasukan modul program motivasi yang tidak membawa budaya timur dan akhlak Islam.
Jadikanlah sekolah benteng terakhir pertahanan daripada segala pengaruh media sosial, viral, trending, dan apa saja yang tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anak bangsa kita.
Saya juga mohon mencadangkan supaya pihak sekolah menjemput penceramah yang ada track record atau success story yang sebenar untuk memberikan motivasi. Bukan sekadar influencer atau selebriti yang punya ramai pengikut di media sosial.
Akhir kalam,
Didiklah anak-anak saya supaya menjadi seperti Imam Syafie atau Imam Nawawi. Asuhlah mereka supaya lahir Elon Musk atau Mark Zuckerberg Malaysia. Bimbinglah mereka menjadi pejuang agama, bangsa dan negara. Pimpinlah tangan mereka supaya lahir manusia yang rajin, berani, berprinsip dan matang dalam kehidupan mereka apabila dewasa.
Sekian curahan hati.
Yang benar,
Seorang lelaki, ayah dan rakyat marhaen.
16/12/2023
—-
ps : Disalin semula daripada saudara Azrul Adnan
Bin, Binti atau Bte.
Ramai yg tidak faham sebenarnya maksud BTE, BIN dan BINTI itu. Ianya tiada kaitan dengan Islam pun sebenarnya!
BTE adalah singkatan untuk B=Belong, T=To dan E=Eve. Ini kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita itu adalah keturunan Eve @ Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama Adam. Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan "BINTI".
BIN adalah B= Belong, I=In dan N=Name (merujuk kpd nama keturunan keluarga) dan BINTI pula adalah B=Belong, I=In, N=Name, T=To dan I=Initial (ini kerana bagi wanita mereka sekali saja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selapas itu anak2 mereka akan menggunakan nama keluarga bagi suami mereka).
Ini adalah warisan kita dari zaman pemerintahan British dulu dan ianya tiada kaitan dgn agama Islam. Ini siapapun boleh menggunakannya TETAPI para pagawai di Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak tahu sejarah asal usul penggunaan BIN, BINTI dan BTE itu telah mengatakan bahawa ianya menunjukkan seseorang itu penganut agama islam. Sepatutnya tanggapan SALAH tentang perkara ini perlu diperbetulkan oleh pihak yang berkuasa.