KATAK
Saya cuba nak paham hujah 6 MP Bersatu itu katak politik dan patut kosongkan kerusi. Dari segi legal saya dah jawab, pemecatan ahli parti itu suatu pengecualian di bawah Perkara 44A (2).
Namun dari segi moral dan etika, saya nak bawak tuan puan bandingkan apa jadi tahun 2021.
Ketika PM Ismail Sabri jadi PM9, ada ugutan dari parti gabungan dan parti sendiri untuk jatuhkan dia. Jadi dia mencari olive branch.
MP pembangkang dari Pakatan Harapan akhirnya bersetuju menyokong dia jadi Perdana Menteri sampai habis penggal. Bukan setakat sokong, siap buat akujanji, kalau ada gerakan nak tumbangkan PM9, mereka akan selamatkan. Makanya, jadilah MOU Kestabilan.
Apa timbal baliknya? MP Pembangkang dapat peruntukan kawasan. Sama dengan MP Kerajaan.
Adakah disebabkan MP Pembangkang ketika itu sokong PM9 habiskan penggal, mereka dikatakan katak, melompat parti? Tentunya tidak. Mereka kekal dengan parti masing2. Dengan perjanjian win2.
***************
Kita bandingkan, apa yang 6 MP buat kini. Mereka sokong PM habiskan penggal, timbal baliknya mereka dapat peruntukan. Bukan mereka bertukar parti. Sama apa yang jadi dulu, ketika PM9.
Mind you, mereka bukan beri sokongan sebab nak jatuhkan Kerajaan. Kalau mereka tak beri pun, Kerajaan ini takkan jatuh punya. Sudah ada 2/3.
Bandingkan dengan pengkhianatan Langkah Sheraton, MP2 katak itu khianat parti masing2 untuk jatuhkan Kerajaan. Back stab Perdana Menteri.
******************
Definisi katak ini pun Kerajaan PN masa buat Akta ni dah setuju. Sokong parti lain bukan maksud lompat parti. Lainlah letak jawatan dan sertai parti lain.
PM8 cakap benda yang sama. Kenapa bila dah terceyduk, berdrama pula.
Pada saya, drama ini kerana parti Bersatu nak tutup kesalahan dan kelembapan mereka. Gagal pinda Perlembagaan parti sebelum pilihanraya. Bila parti lain sudah buat lama.
Sekarang sudah backfired. Makan tuan jua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
P/s- Boleh baca pandangan peguam kanan Haniff Khatri mengenai isu ini. Lagi segi legal, pandangan kami sama dari mula.
https://t.co/SfTigXWfTT
https://t.co/d5gQE2mTJq
https://t.co/Qq7eUKYjKK
https://t.co/3UjnJz0JA4
More than 10 Israeli men surround a 15 year old Palestinian girl and shøøt her...
Would you accept living like this or would you do something about it?
The Palestinians don't hate Jews. The Palestinians hate their occupiers.
The problem here isn't religion. The problem here is the killing, the occupation.
Just because it’s not reported doesn’t mean it’s not happening.
For 280 days, Israel has not stopped destroying and demolishing Palestinian homes, which is considered a war crime under international law. The international community remains silent.