Sediakan beg kecemasan lebih awal sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi banjir. Pastikan keperluan asas seperti pakaian, makanan dan minuman berbungkus serta kit kebersihan diri tersedia untuk kegunaan ketika kecemasan. ๐๐ง๏ธ
ASEAN pada masa sama memberi perhatian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi, manakala perbincangan bersama China, Korea Selatan dan Australia turut menyentuh sektor tenaga serta perdagangan. ๐๐ค
China bersetuju memperkukuh kerjasama kecerdasan buatan (AI) dengan Malaysia dan negara anggota ASEAN, termasuk dalam aspek pemindahan teknologi serta latihan tambahan. AI dan keselamatan siber turut menjadi antara fokus utama perbincangan bersama rakan dialog ASEAN. ๐ค๐ก๏ธ
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan sebanyak RM6.75 juta dikenal pasti untuk tindakan pemulihan, RM9.14 juta disita dan RM6.67 juta berjaya dipulangkan kepada mangsa, bersamaan 73 peratus daripada jumlah sitaan. ๐ฐ๐ก๏ธ
#RancakkanMADANI#MADANIBekerja#YakinMADANI
Menteri Komunikasi, YB Dato' Seri Fahmi Fadzil berkata, kerjasama serantau ini penting bagi meningkatkan tanggungjawab platform digital, khususnya dalam menangani kandungan berulang termasuk pemalsuan imej atau deepfake menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). ๐ค๐ก๏ธ
Penetapan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada kadar nominal RM1,000 mengambil kira perubahan status tanah daripada komersial kepada institusi serta nilai sejarah bangunan berkenaan. ๐๏ธ๐
Penetapan itu mengambil kira perubahan status tanah daripada komersial kepada institusi, sekali gus mengehadkan penggunaannya kepada kegunaan institusi dan pemeliharaan bangunan warisan serta tidak membenarkan pembangunan komersial seperti kondominium atau pusat beli-belah. ๐ข๐ก๏ธ
Premium tanah bagi pembaharuan pajakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) ditetapkan pada kadar nominal RM1,000 berbanding anggaran asal kira-kira RM4.67 juta. ๐๏ธ๐
Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kajian yang bermula pada 16 Mei 2025 itu dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) atas permintaan Kementerian Wilayah Persekutuan dan akan dibawa ke mesyuarat MPFN bagi pertimbangan lanjut. ๐๐๏ธ
Setakat September 2026, liputan Internet di kawasan berpenduduk mencapai 99.75% manakala langganan 5G mencecah 31.3 juta. Usaha turut diperkukuh melalui 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kempen keselamatan Internet serta pengukuhan keselamatan dalam talian. ๐ป๐ก๏ธ
Malaysia menggesa peluasan ketersambungan digital melangkaui kawasan berpenduduk dengan memberi tumpuan kepada lokasi ekonomi utama seperti pelabuhan, rangkaian kereta api dan lebuh raya melalui penerokaan konsep Coverage of Economic Areas (CoEA). ๐๐ถ
Pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dan terselaras melalui kerjasama MCMC, MKN, NACSA serta syarikat telekomunikasi, termasuk penyelidikan dan pembangunan bagi menguji penyelesaian serta memastikan perkhidmatan penting tidak terjejas. ๐ก๏ธโ๏ธ
Malaysia sedang membangunkan pelan nasional bagi peralihan infrastruktur maklumat kritikal negara kepada kriptografi pascakuantum sebagai persediaan menghadapi ancaman baharu susulan perkembangan pengkomputeran kuantum. ๐๐ป