Doa Murah Rezeki
ﺇِﻥَّ ﻫَٰﺬَا ﻟَﺮِﺯْﻗُﻨَﺎ ﻣَﺎ ﻟَﻪُۥ ﻣِﻦ ﻧَّﻔَﺎﺩٍ
Inna hatha larizquna ma lahu min nafadin
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.
-Surah Saad, ayat 54
Kalau 3.000 tubuh bisa hilang tanpa jejak dan dunia tetap diam, berarti yang mati bukan cuma mereka tp rasa kemanusiaan.
Ini bukan konflik, bukan perang. Ini pembantaian terdadis, terbrutal sepanjang sejarah manusia 😭 Melanggar hukum perang karena sangat tidak manusiawi.
@TheRedz_ Dari satu sudut, itulah realiti sosial media.
Orang yang tiada pelajaran, sampailah orang yang intellectual dia tinggi, dari orang yang miskin sampai level jutawan, semuanya bebas bagi pendapat berdasarkan sosio-ekonomi mereka.
Ia bentuk naratif umum pelbagai.
Aku geram baca reply psl isu kesihatan ni.
“Tak bina hospital.”
“Doktor malas, tak nak kerja.”
“Gaji dah naik, masih bising.”
Weii bro.. simple gila cara korg fikir eh? Hospital bkn takde buat langsung. Budget dah letak tepi siap2 duit repair, upgrade, ganti mesin lama. Byk hospital lama dah uzur — paip bocor, OT outdated. Nak bina baru pun amek masa, bkn dok hentam je boleh terus siap.
Pasal doktor pulak.. bkn takde kerja. Isu dia org taknak sistem placement hancur.
Offer gi Sabah/Sarawak ada, tapi:
– family kat Semenanjung
– kerja overload kaw2
– takut career stuck
– burnout gila, penat mental
– luar negara offer lagi baikk
Bkn semua org sanggup korbankan keselesaan hidup semata “demi negara” kalau sistem tak jaga kebajikan manusia.
Yg ramai buat2 tak nampak: Minat STEM tengah jatuh. Budak pandai ada, tapi takde minat masuk science stream.
Kalau hari ni pipeline dah bocor,
10 tahun lagi korg ingat doktor nak turun dari langit ke? Pikir elok2 sikit!
Isu ni bkn satu benda. Dia campur-aduk:
– hospital lama
– doktor penat mental
– sistem placement huru-hara
– doktor, nurse cabut keje obersi
– gen-z, gen-Alpha taknak keje health line..
Nak marah boleh. Nak kritik silakan. Tapi jgn sembang mcm masalah ni boleh settle dgn satu ayat simplistik je. Lemah bro!
Kalau nak debate, bagi facts laa! Bkn dok main emosi semata je! ✌🏽
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata pembinaan hospital baharu bukan isu utama, sebaliknya cabaran sebenar ialah kekurangan tenaga kerja untuk mengisinya.
Beliau menegaskan usaha meningkatkan graduan perubatan dan menambah baik kebajikan petugas kesihatan perlu diperkukuh bagi memastikan kemudahan baharu dapat beroperasi sepenuhnya.
Almighty. Keep us focused as we approach #Ramadan. Starting the race is always much easier than what comes later. We ask You for endurance & resilience. Keep our hearts firmly attached to You, knowing You always have our backs. Aameen.
Orang yang bersyukur bukan bermaksud hidup mereka sempurna tanpa masalah. Tapi mereka tahu, dalam setiap ujian, Allah tetap baik. ✨
Ini 7 rahsia mereka:
1. Fokus apa yang ada, bukan yang tiada.
2. Kurang banding, lebih hargai.
3. Sebut nikmat dengan lisan.
4. Guna nikmat di jalan yang betul.
5. Sabar waktu sempit, rendah diri waktu lapang.
6. Yakin hikmah di sebalik ujian.
7. Sentiasa kembali kepada Allah.
Kredit: Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah
Memilih suami itu seperti kamu memilih untuk akhirat kamu. Baik suami kamu, maka hebatlah akhirat sekeluargamu kerananya.
Dan, memilih isteri itu juga seperti memilih madrasah. Jika hebat madrasah, hebatlah diri kamu serta anak-anak kamu dan sekeluarga kerananya.
Anak lelaki bakal menjadi pemimpin. Maka ibu bapa perlu membina mereka dengan iman yang kuat, adab yang tinggi dan rasa tanggungjawab.
#ustazwadiannuar
Kadar tolakan tawaran haji bagi musim Haji 2026 sekitar 18% je. Paling rendah. Biasanya tahun-tahun lepas yang tolak tawaran haji cecah 50%.
Maksudnya, yang merayu dan dapat tawaran haji makin sedikit. Kuota PJH (swasta) sebenarnya banyak dari jemaah rayuan. Mungkin tahun ni akan beri kesan sikit kat mereka.
Hotel-hotel Jemaah Muassasah TH juga pertama kali cuma ada 2 zon je. Zon A dan Zon B.
Zon A ada 3 hotel (lalu area Jabal Omar). 2 hotel baru Al-Tayseer dan Al-Kiswah tu hotel besar. Tapi jauhnya 1.6km termasuk mendaki bukit. Hotel Rehab Janadriyah yang paling jauh sebelum ni, jadi hotel terdekat di zon ni.
Zon ni gantikan zon Hotel Land Premium yang dah tak jadi lokasi maktab Jemaah TH 2026
Zon B ada 2 hotel. Abraj Janadriah (HQ TH lama) dan Qasr Jadadriah.
Maksudnya sekarang dah takde lagi hotel-hotel dekat (kurang 1km) bagi jemaah Muassasah TH. Kena jalan jauh sedikit.
Mulai 1 Ramadan esok, yang dah confirm terima tawaran haji akan tahu tarikh penerbangan haji mereka secara berperingkat. Semua tengah berdebar sekarang.
Semoga dipermudahkan urusan haji mereka semua, Ameen!
Keajaiban Zikir Dari Sudut Neurosains
Pernah terfikir tak kenapa dalam Al-Quran, kita sangat digalakkan untuk sentiasa berzikir? Bukan sekadar pahala, rupanya ada impak fizikal yang berlaku pada struktur otak kita.
Berdasarkan perkongsian Dato' Dr. Rizal Abu Bakar mengenai kajian dari Harvard Medical School, amalan mindfulness (yang sangat selari dengan konsep zikir) selama 8 minggu secara konsisten mampu mengubah 3 bahagian utama otak:
1. Hippocampus (Pusat Memori): Saiznya membesar. Kesannya? Daya ingatan lebih kuat, fokus meningkat, dan kita lebih mudah belajar perkara baru.
2. Amygdala (Pusat Ketakutan): Menjadi kurang aktif. Ini berita baik untuk yang sering rasa anxious atau panik. Zikir membantu 'menenangkan' pusat amaran ini agar kita lebih damai.
3. Prefrontal Cortex Kanan: Bahagian yang mengawal empati dan kebahagiaan ini menjadi lebih aktif. Kita akan rasa lebih penyayang dan tenang dalam hubungan sesama manusia.
Sains membuktikan bahawa apa yang diperintahkan dalam agama bukan sekadar ritual, tapi satu bentuk 'neuro-maintenance' untuk otak kita tetap sihat dan bahagia.
Sudahkah anda berzikir hari ini?
Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita.
Dengan siapa kita kenal.
Dengan siapa kita berkawan.
Bila kita jumpa jodoh.
Bila ajal kita tiba.
Jadi usah risau akan perjalanan hidupmu. Kita hanya merancang. Tetapi, Allah SWT sebaik-baik perancang.