⚜️ BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI, GEN-S SESI 2023/2024 ⚜️
Assalamualaikum wrt wbt,
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Majlis Tertinggi, Generasi Selangor Sejahtera (GEN-S) bagi sesi 2023/2024.
[ JERITAN TANAH PALESTIN: KISAH HATI YANG TERPENJARA ]
Dalam suara puisi yang mendalam, terserlah kisah anak kecil yang hatinya penuh dengan keliru dan kepedihan. Dari desa yang musnah hingga kepada kepungan di Al-Aqsa, puisi ini mencerminkan keadaan kejam yang sedang berlaku.
[ BERSAMA MENUJU KEADILAN: HIMPUNAN UNTUK PALESTIN ]
Himpunan ini adalah titik tolak bagi perubahan,
Ia adalah suara bagi yang tidak bersuara,
Dan satu langkah ke arah keadilan yang lebih besar.
Dalam sinar harapan dan panggilan keadilan,
Bersama-sama kita merangkak ke
hadapan dalam satu himpunan untuk Palestin,
Dengan setiap langkah yang kita ambil,
Kita menegaskan hak asasi manusia dan kebebasan Palestin.
Ada yang pernah pergi himpunan buat rakyat Palestin?
Cuba share sikit pengalaman korang 👇
“MEMPERTINGKAT KEUNGGULAN, BELIA DIPERKASA”
[ PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL ]
🤢 "Aduhh.. tak larat dah nak makan je sepanjang raya ni"
🤭 "Jom la kita sambung puasa enam"
Nak tahu info tentang puasa enam? Jom kita tonton video ni sampai habis🤗
“MEMPERTINGKAT KEUNGGULAN, BELIA DIPERKASA”
[SALAM AIDILFITRI]
Dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
mohon ampun dan maaf atas segalanya,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin✨
Pimpinan Generasi Selangor Sejahtera ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Diharapkan, dengan kedatangan Syawal ini dapat menguatkan persefahaman dan mengeratkan jalinan kasih sayang sesama Muslim,
[ PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI ]
Pagi raya yang dinanti-nantikan adalah untuk kita sama-sama menghidupkan masjid atau rumah masing-masing dengan melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri sebelum sesi ziarah.
Ayuh kita hidupkan beberapa amalan sunnah dalam melaksanakan solat sunat
raya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir atas petunjuk yang diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)
Sayang kalau tak buat sebab setahun sekali je kita buat. Jadi, mari kita refresh
bulan-bulan lain" (Riwayat Ahmad)
Ayuh sama-sama kita pasang niat untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan pelbagai amal ibadah yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Moga-moga Allah SWT menerima setiap amal yang kita lakukan🤲🏻
[ MISI MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN ]
Ada apa dengan 10 malam terakhir Ramadhan? Ya, terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadr ✨ Kerap kali kita mendengar kelebihan-kelebihan yang ada pada malam Lailatul Qadr, antaranya ialah: