Jadual bertemu rakyat saya senantiasa dipenuhi dengan pertemuan bersama semua lapisan masyarakat.
Hari ini saya bertemu beberapa NGO tempatan yang berminat untuk menganjurkan program serta aktiviti dalam masa yang terdekat. Sebagai wakil rakyat, saya menyokong apa-apa usaha demi kebaikan & manfaat masyarakat setempat. 👌💪
#jeramlestari #bertemu #rakyat #ngo #jeram
Sebagai wakil rakyat, skop gerak kerja bersama masyarakat terlalu besar. Dan sebagai pemudah cara, walaupun dalam kekangan, saya tetap bertekad untuk membantu rakyat dari apa segi sekali pun. Hari ini saya turun ke Kuil Sri Mariaman di Ladang Coalfields dan selepas itu ke Surau Nur Hijrah di Taman Alam Jaya. Insyallah saya berjanji untuk membantu bagi melengkapkan struktur di kedua buah rumah ibadat ini. 🙏🏻
#jeramlestari #rumah #ibadah #kuil #surau
Sebahagian penduduk di Zon B2, Fasa 2 Bandar Puncak Alam ini tidak asing bagi saya. Kerap kali bersua di masjid, surau, kedai makan mahupun acara-acara penduduk setempat. Namun pagi ini julung kali dianjurkan pemilihan bagi AJK penduduk Zon B2. Tahniah & selamat bekerja kepada yang menang 😀. Mandat serta tanggungjawab berkhidmat kepada komuniti setempat adalah penting. 💪💪
#jeramlestari #mesyuarat #komuniti #kerjasama
Saya turun ke Taman Bayu Suria (5A7) di Alam Suria, Puncak Alam bersama beberapa agensi tempatan. Aduan tentang jalan rosak dan debu / habuk dari kerja-kerja pembangunan ECRL berdekatan.
Alhamdullilah pihak MPKS & ECRL akan mengusahakan tindakan segera bagi ke dua isu ini.
#jeramlestari #jalanrosak #udarakotor #berdebu #alamsuria
Sebuah longkang besar di simpang 4 antara Jalan Residensi Warnasari 13/1 & Jalan Astana 13/1, Fasa 3 Puncak Alam ternyata amat berbahaya kepada orang ramai. Longkang yang dalam dan terbuka ini tidak di pagari. Saya turun dan telah menggesa pihak MPKS untuk mengambil tindakan segera pada bulan Mei lalu. Hari ini tindakan telah di ambil. TERIMA KASIH.
#jeramlestari #longkang #bahaya #puncakalam #mpks
Jalan simpang keluar dan masuk Felda Bukit Cherakah ke jalan utama (Jalan Meru - Bukit Cherakah) merupakan satu simpang yang amat sibuk. Terdapat beberapa isu yang menyebabkan simpang ini wajib diberi perhatian;
i) kesesakan pada waktu puncak
ii) keselamatan pengguna jalan raya
Bagi menangani isu tersebut, pihak JKR Kuala Selangor akan melebarkan jalan utama ini, bagi memudahkan kenderaan keluar masuk simpang dengan selamat. Pihak JKR juga akan membina ‘speed breaker’ bagi memperlahankan kenderaan yang menghampiri simpang ini.
#jeramlestari #kemalangan #felda #bukitcherakah #jkr
Hari Raya Aidiladha; Seharian saya meluangkan masa di kawasan hari ini. Bersolat sunat Aidiladha di Surau At-Taufiqiyah, Puncak Alam, bergegas ke Masjid Nurul Hidayah, Simpang Tiga Jeram dan mengakhiri sesi kerja korban di Surau Hj Subali, Kg Bukit Kuching Tengah. Alhamdullilah
#jeramlestari #raya #Aidiladha #ibadah #korban
Jalan Persiaran Daunan yang menghala ke kawasan perumahan Halya Daunan khususnya, menjadi jalan pintas oleh pelbagai pengguna jalanraya. Sehinggakan jalan ini rosak teruk akibat kenderan muatan berat. Terima kasih kepada pemaju Worldwide Holdings yang TELAH dan AKAN terus memperbaiki jalan ini. Namun semua kenderan berat TIDAK lagi dibenarkan menggunakan jalan ini.
#jeramlestari #jalan #rosak #lubang #worldwide
Bila berkesempatan, saya meneruskan gerak kerja Team Pejabat ADUN Jeram turun ke lapangan menziarahi dari rumah ke rumah. Tidak henti usaha saya untuk cuba membantu sehabis baik beberapa buah keluarga yang ditimpa kesusahan. Semoga tabah jua🙏🏻.
#jeramlestari#ziarahkasih #kongsirezeki #tambakjawa #jeram
Satu ‘spot’ di jalan ini kerap kali dinaiki air ketika hujan lebat, menyebabkan banjir kilat. Saya memanggil kontraktor / pemaju berserta wakil-wakil pihak JKR & JPS turun ke lapangan. Ternyata longkang di sebelah jalan sebelum ini tidak diselenggara dan menyebabkan air mudah tersumbat. Tindakan telah diambil. Terima kasih.
#jeramlestari #banjir #kilat #ft54 #kualaselangor
Saya memanggil wakil MPKS turun bersama saya untuk melihat beberapa isu di sekitar Puncak Alam.
1. Pokok di sepanjang jalan Lorong Mahkota Impian 2/1, Fasa 1 menuju ke Felda Bukit Cherakah. Pihak MPKS & Pemaju akan menebang pokok-pokok yang condong melintasi jalan raya.
2. Padang awam di Taman Doriz, Fasa 3. Permohonan di buat ke pihak MPKS untuk membina gelanggang serbaguna.
3. Longkang terbuka di jalan masuk Alam Suria Enclave. Pihak MPKS akan mendirikan ‘railing’ / palang bersesuaian sebagai langkah keselamatan.
#jeramlestari #longkang #padang #pokok #MPKS
Sebagai Ketua Bahagian BERSATU Kuala Selangor, saya tidak ketinggalan untuk turun dan menziarahi beberapa keluarga di sekitar Kg Asahan, Kuala Selangor. Meneruskan gerak kerja saya seperti biasa, saya mengambil peluang ini untuk beramah mesra bersama penduduk kampung sambil ‘minum kopi’ ☕️ digerai kampung dan ziarah rumah ke rumah. Alhamdullilah semua lancar 🙏🏻☺️.
#jeramlestari #ziarahkasih #kongsirezeki #kualaselangor
Buat 3 tahun berturut-turut saya hadir pada Kejohanan Bowling Tertutup Penduduk Fasa 2, Puncak Alam - Piala ADUN Jeram 😁🥳. Kali ini dianjurkan di Alam Lanes, Aeon Shah Alam. Istimewa nya tahun ini, team Pejabat ADUN Jeram juga turut menyertai dan ‘pulun habis’ 🤣. Amat meriah sekali apabila saya dapat bersama-sama beramah mesra dengan sebahagian penduduk & masyarakat Fasa 2. Terima kasih. Kita jumpa tahun depan, Insyallah🙏🏻.
#jeramlestari #bowling #fasa2 #puncakalam
Isu pembukaan jalan pintas (jalan awam) selari dengan Lorong Cakera Purnama 12/14, di Fasa 3, hari ini SELESAI.
Janji dan cadangan saya pada 6/5/26 kepada penduduk bahawa isu ini dibawa ke perhatian tertinggi pihak MPKS, termaktub hari ini. Pengarah Kejuruteraan MPKS, Encik Jamzuri hadir bersama sebahagian besar wakil penduduk, mencapai satu kata putus. Win/win solution. Penduduk yang terkesan di sini & keseluruhan penduduk Puncak Alam yang menggunakan jalan ini, akan dapat menikmati hasil dari perbincangan & tolak ansur sesama kita. Tahniah semua. Alhamdullilah 🤲
#jeramlestari #jalanpintas #mpks #PuncakAlam
Hari Jumaat yang lalu, saya bersama tuan Hj Rahman, Nazir Masjid Nurul Amin, turun menziarahi beberapa rumah di Kg Bukit Kuching Tengah. Kami menyampaikan juga sedikit bantuan kepada yang uzur.
Di akhir ziarah, kami singgah ke rumah saudara Samsol, untuk membantu menggantikan dinding rumah yang reput. Alhamdullilah selesai 🙏🏻.
#jeramlestari #ziarahkasih #kongsirezeki #bukitkuchingtengah