@kongsiviralje Siang tadi singgah solat zuhur di masjid sebelah tasik Sri Rampai. Lebih daripada 20 orang lelaki dewasa termasuk rider Grab tidur di dalam ruang solat.
@kongsiviralje "Kita ni akan dapat apa yang hati kita cari" - Hamka.
Saya dah tua begini, tak pernah jumpa surau atau masjid halau orang. Kelmarin singgah solat masjid bulat di PJ, budak-budak sekolah agama bawah tu berlari-lari main di ruang bawah. Oang dewasa ramai tidur di ruang solat
@ZIMGODO@LimSianSeeEric Yang ni lawak. Hutang Najib buat rakyat bayar, hutang PMX, perdana menteri paling agung dalam sejarah peradaban dunia dan seluruh jagat raya tu sampai dah ber trilion tu nenek kau bayar ke?
@syvzwvns@zaryl2k@haikaldev Tahun 2015, moto hilang. Terpaksa naik train. Memang pagi² buta gelap 6:45 tu ketiak depa dah bau, belum start kerja lagi. Bangsa ni di negara dia sendiri pun dia gamak naik keretapi taknak keluar duit tiket, lagi sanggup duduk atas bumbung. Lagi nak suruh beli deodoran?
@mszik1@ZacZakirin13 Tak payahlah nak claim lebih sangat. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah Melaka (Malaysia) dah baik dengan China.
@arivinraj_turu Yang dikatakan orang kampung tu muka segak ala kerabat Perak, yang mengata orang kampung tu pulak muka macam kaum Aztec yang bina piramid kat Paraguay tu..
Lelaki Warga Asing Ditahan Intip Remaja Perempuan Mandi
GOMBAK – Seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun telah diberkas selepas disyaki mengintip seorang remaja perempuan yang sedang mandi di sebuah rumah di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang, dan laporan telah dibuat oleh mangsa, seorang remaja perempuan tempatan berusia 19 tahun.
“Mangsa menyedari kehadiran sebuah telefon bimbit di atas dinding penghadang tandas ketika sedang mandi. Dia kemudian mengesyaki bahawa perakamnya adalah bapa tirinya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Berdasarkan laporan tersebut, pihak polis bertindak menahan suspek sekitar jam 3 petang pada hari yang sama.
“Suspek kini direman selama empat hari, bermula Isnin hingga Khamis, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222.