#LiputanHajiMPB Pemandangan indah Masjidil Haram dari balkoni Menara Jam. Kami adalah pasukan media pertama dari Malaysia yang dibawa melawat Muzium Menara Jam Makkah ini sejak ia dibuka 6 Mei lalu. Alhamdulilah. Nantikan laporannya dalam rangkaian berita MPB @NewsMPB
#LiputanHajiMPB Majlis Penghargaan Sahabat Maktab. Ikuti laporannya malam ini di rangkaian berita Media Prima. Ini juga adalah laporan terakhir kami sebagai petugas Media musim Haji 1440H sebelum kembali ke tanah air. #Haji1440H@NewsMPB
#LiputanHajiMPB Jemaah Haji melakukan persiapan pulang dengan sistem city check-in, di mana proses menimbang dan daftar masuk bagasi dibuat di bangunan penginapan, 36 jam sebelum berlepas. Penerbangan pulang pertama jemaah Isnin depan, jam 1.10 pagi. #Haji1440H@NewsMPB
#LiputanHajiMPB Jemaah Haji sedang berada di Mina dan menunggu untuk melakukan ibadat Melontar Jamrah Kubra selepas Asar atau 9 malam waktu Malaysia. @NewsMPB#Haji1440H
#LiputanHajiMPB Bermulanya waktu wukuf, waktu mustajab doa. Jemaah Haji Malaysia antara lebih 2 juta umat Islam berhimpun di bumi Arafah ketika ini. Semoga semua doa kami dimakbulkan Allah. @NewsMPB#Haji1440H
Makcik Jamilah terharu berpeluang melawat muzium Haramain yg menempatkan khazanah Islam dan mungkin juga rindukan keluarga di Malaysia. Semoga dipermudahkan semua urusan dan beroleh Haji Mabrur. Amin. @NewsMPB#LiputanHajiMPB#HaniHajj1440H#Haji1440H
#LiputanHajiMPB Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat oleh Petugas Haji di Mina. Lebih 30,000 Jemaah Haji Malaysia akan mula bergerak ke Arafah untuk ibadat wukuf Jumaat depan. Semoga dipermudahkan. @NewsMPB