Setiap hari kami sekeluarga mendoakan buat Almarhum Ayahanda dan Almarhumah Bonda mereka kerana kedua-duanya penyebab saya berpeluang solat sunat di dalam Kaabah. Doa kami pagi ini buat Almarhumah Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah.
Semoga para Alim Ulama’ dan Pemimpin Gerakan Islam memuliakan ILMU yang ada pada mereka dam mampu menjaga AKHLAK dan tutur kata mereka.
DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS
Usai solat Terawih, Di masjid, saya disapa pemilik kedai “Sharwarma Go” kedainya sebelah Masjid Bandar Sri Putra, Bangi. “Saya pernah dengar ceramah Ustaz semasa saya belajar di UK”. Terima Kasih & maafkan saya kerana tak ingat audience yg hadir ceramah saya lebih 15 tahun lalu.
Mendoakan di Bulan Ramadhan buat sahabat saya YB Steven Sim Chee Keong Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Semoga kembali cergas berkhidmat kepada Negara dan seluruh rakyat Malaysia
Bersama Tuan Khairul Faizi Mohd Shatar yg lebih dikenali dgn panggilan AYAH APAI. Banyak pengalaman semasa berkhidmat dlm tentera, selepas bersara menggerakkan pelbagai NGO demi perjuangan agama, bangsa & tanah air. Semoga sentiasa sihat utk perjuangan bersama anak-anak muda.
Di majlis kenduri rumah Mantan Ketua Kampung Sg Machang, Semenyih; Tok Abdul Rashid Mohammad Ali. Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi, mendidik anak-anak sentiasa berdikari berniaga & kerap solat jemaah di Masjid/Surau. Orang kuat Almarhum Pak Yai (mantan ADUN Semenyih).
Semasa kami melakukan senaman “Brisk Walk” di Tasik Cempaka Bangi, terserempak dengan seorang petugas YADIM, isteri dan 2 anaknya. Warga YADIM terlatih untuk menjaga kesihatan demi stamina untuk terus BERDAKWAH dan BERDAKWAH.
Semua pemimpin layak untuk beribadah, beramal, berdakwah, berjuang dan mengurus negara, mereka semua cuba melaksanakan tugas KHALIFAH.
Allah SWT, RasulNya dan orang-orang beriman selayaknya menilai amalan mereka dan kita semua
Berpeluang memberi TAZKIRAH RINGKAS di Kursus PEMECAHAN Siri1/2026 anjuran Kelab SILAT GAYUNG Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU). Tahniah dan Terima Kasih dengan iringan DOA, buat Panglima Singa Malaya, Cikgu Idris Shafie, Cikgu Aqtar, Cikgu Bulat dan semua yang terlibat.
Rupa2nya 2 ekor ibu ayam ini boleh bertelor di tempat yang sama walaupun telah disediakan beberapa petak2 untuk bertelor. Mereka mengeramkan bersama dan telah menetas beberapa ekor pula ALHAMDULILLAH
Hari ini tak ke sekolah (Majlis Sama’ Hadith Sohih Muslim 2025, telah selesai), pungut sendiri telor ayam dan angsa di awal pagi.
Semasa ke sekolah, anak-anak tolong pungutkan.
Sangat BERSYUKUR dan paling BAHAGIA ketika hidup begini
Setiap insan ada kelebihan dan kelemahannya.
Sahabat2 saya di Media YADIM; mata, telinga dan jari jemari mereka sentiasa awas untuk menyebarkan risalah DAKWAH samada dari YADIM sendiri atau rakan kongsi dakwah mereka.
Sanah Helwah buat sahabat saya yang GIGIH dalam perjuangan.
Teruskan samada perjuangan memimpin keluarga atau memimpin kerja-kerja DAKWAH melalui media.
24 Oktober tarikh penting dalam hidup sahabat saya