Bila pergi event buku dan ada beberapa kenalan tanya, “dah tak menulis ke sekarang?”First, happy ada orang tanya. Bukti pernah ada dalam dunia tu (tak banyak tapi ada). Second rasa malu. Rasa berhutang kat diri sendiri. Rasa nak berhenti membaca. Tapi tetaplah beli buku. Huh!
“…bila awak jumpa senaskhah buku yang bagus, kemudian buku tu berjaya menggetarkan. Pengalaman paling hebat dengan buku terjadi bila awak alami rasa yang macam tu.” - Wada.
Selesai baca buku terbitan @BiblioPress@bibliobuku
Terus berangan mahu pergi ke Jimbocho Book Town.
“Buku tdk perlu membekas dlm ingatan, tetapi dlm hati. Boleh jd ia wujud dlm ingatan jg, namun sbg sesuatu yg lebih drpd memori. Ketika berada di persimpangan hidup, sebaris ayat/ kisah yg kita baca bertahun2 dahulu blh kembali sbg tangan ghaib yg menuntun kita membuat keputusan”
Guru itu ada ketika gunung berapi yang meletus
panas lavanya mengalir ke segenap ruang kelas membawa segala rumus
tumbuh suburlah ingatan muridnya
Guru itu ada masanya musim sejuk yang pendek
berbutir-butir salji luruh dari mulutnya
memutih lalu membeku di hati muridnya
Kepada pak cik-mak cik Facebook yang rajin tangkap layar post di X dan bawa masuk ke Facebook:
Benda yang orang cakap di sini, bukan untuk kau. Mohon sedar diri.