Didakwa curi telefon bimbit dalam kejadian di Pekan Sungai Besi, Cheras malam kelmarin.
Suspek berusia 39 tahun ini terjatuh ketika melarikan diri dengan telefon yang dicuri dari sebuah kedai.
Dia telah ditahan reman selama tiga hari.
Apa yang menari perhatian ialah dia sempat lagi nak berlagak samseng walaupun kantoi hidup2....
Rupa-rupanya tikus gigit ayam di pasar basah
PETALING JAYA – Rasa curiga seorang wanita membawa kepada penemuan jijik seekor tikus sedang menggigit ayam mentah di sebuah pasar basah.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik @_F4dhil4hm4d_ di akaun Tiktok miliknya berkata, dia mula menyedari kehadiran tikus itu selepas curiga dengan kelibat hitam berdekatan ayam tersebut.
“Aku tengok dari kereta sajalah, aku “zoom” dekat – dekat untuk tengok binatang apa itu. Rupa-rupanya tikus, rakam je lah mampu,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Tambahnya, dia juga menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli barang basah.
“Awak semua berjaga-jaga lah dalam membeli lauk basah yang terdedah, takut ada yang jadi begini. Beringatlah dalam membeli, risiko mesti akan ada,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pendapat mengenai video yang tular itu.
“Bahaya untuk kesihatan, boleh kena jangkitan kencing tikus,” komen Hazlyna.
“Patutlah sekarang selalu keracunan makanan,” kata Siti Anisah.
Setakat ini, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 126 ribu tontonan dan meraih 2,615 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
Oleh HAKIM MAHARI
19 Julai 2023, 5:45 pm
Awang hitam panjat, guling atas kereta, pemandu cemas diserang 'peminta sedekah' di Kampung Pandan
Oleh RIZAL ZAINAL
TULAR
Rabu, 19 Jul 20232:52 PM MYT
SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila didatangi lelaki warga asing yang memanjat keretanya ketika memandu di bulatan Kampung Pandan, menghala ke Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Isnin.
Difahamkan, individu terbabit terlebih dahulu menahan kereta si pemandu sebelum bertindak memanjat dan berguling atas kenderaannya.
Mendakwa dirinya dilanggar, pemandu wanita terbabit kemudiannya mengundurkan keretanya sambil menjerit dan menangis akibat ketakutan.
Turut meluahkan kekecewaannya susulan tiada bantuan diberikan mana-mana pihak, rakaman berdurasi satu minit 16 saat itu dimuat naik di laman Instagram dan meraih lebih 18,000 jumlah tontonan setakat ini.
Dalam pada itu, kelakuan individu terbabit kemudiannya dihentikan oleh seorang penunggang basikal lelaki yang bertindak membantu situasi terbabit.
Si pelaku diheret ke bahu jalan oleh lelaki terbabit dan wanita berkenaan terus beredar dari lokasi itu sebaik diselamatkan daripada gangguan tersebut.
Mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada hari kejadian, namun masih belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini.
Dalam pada itu, seorang lelaki dikenali sebagai @deanamirhussain di Twitter, turut berkongsi pengalaman apabila pernah melalu situasi sama.
Menurutnya, dia dan sekeluarga pernah diserang warga asing terbabit yang dikatakan sengaja ingin dilanggar dan meminta duit sebagai bayaran ganti rugi.
Mendakwa ia sebagai salah satu taktik untuk meminta sedekah, dia menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati sekiranya memandu di laluan sekitar Kampung Pandan. — Majoriti
Satu tangkap layar tular di media sosial mendakwa Pas telah mengarahkan seramai 200,000 ahli, khususnya di Selangor dan Kedah untuk turun ke Mahkamah Sesyen Selayang.
https://t.co/YSPXG9vcDA
MAHKAMAH | Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah pada September 2021.
Berita lanjut menyusul.
Target kewangan sebelum umur 25 tahun
1) Dah ada akaun ASB dan Tabung Haji
2) Simpanan RM10k
3) Cari pekerjaan yang disukai
4) Tidak terjebak hutang tak sepatutnya. eg: kad kredit dan personal loan
5) Life takaful min 100k, basic medical card
6) Dh boleh survey² rumah untuk aset