Saya rasa ramai yang mungkin bosan dengan perbincangan berat ekonomi seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Tapi saya nak fokus kepada menaikkan siling dan lantai ekonomi seperti disebut dalam Ekonomi MADANI.
Menaikkan siling bermaksud mengangkat ekonomi nilai tinggi dengan gaji tinggi, kandungan teknologi dan nilai yang lebih baik dan menarik pelaburan-pelaburan syarikat gergasi dunia.
Menaikkan lantai pula adalah pastikan ekonomi yang berkembang dinikmati dengan agihan yang lebih adil dengan fokus kepada golongan rakyat terbanyak seperti Dasar Gaji Progresif.
Untuk ketahui bagaimana sasaran-sasaran ini ingin dicapai oleh Kerajaan Perpaduan, saya jemput semua untuk ikuti pembentangan daripada YAB Perdana Menteri pada hari Isnin, 11 September.
RMKe-12 ini akan dibahas di Parlimen. Saya berharap semua pihak termasuklah pembangkang boleh berbahas dengan baik dan pastikan debat itu bermutu.
Mulai hari ini, saya akan memanggil kerajaan gabungan UMNO-BERSATU-PAS yg ada sekarang sebagai kerajaan PUS.
Saya harap kita sama2 panggil kerajaan ini sbg kerajaan #PUS