Misi mengemas rumah Cik Kiah nak siap dah. Boleh la ya buat rotation tahun lepas bersungguh dari depan sampai dining area, tahun ni focus dapur je. Sekarang tinggal nak lap semua rak-rak and kalau sempat nak kemaskan fridge dia. π
Cik Kiah to anak buah: Kau kalau keluar dengan alang (adik I) sampai kena tanya nak itu, nak ini tak. Kalau dengan along (I), awal-awal dia dah tanya nak beli untuk apa, harga, kena warn jangan membazir kalau tak perlu.
Me: π³ππ³π€£
Produk makanan & minuman di Mix Store ini dijual sepenuhnya tanpa label Bahasa Malaysia.
Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, label BM adalah wajib.
Ini bukan isu bahasa semata-mata, tetapi soal keselamatan & hak pengguna.
Pihak berkuasa perlu semak pematuhan segera.
πππππ¨ π¦π£π₯π πππ π§ππ£ππ¦ π¦πππππ¨π πππππ‘π§ππ, πππ‘ππ£π π£ππ π£ππ‘ππ‘ πππ‘ππ‘ π§ππ§ππ£ π₯ππ¦π¨ππ?
Saya ada satu plot twist yang saya nak ajukan kepada pimpinan negara, terutamanya Datoβ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan skandal rasuah bersabit perolehan angkatan tentera. Beberapa orang pimpinan terkanan Angkatan Tentera Malaysia ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
Tapi ada satu plot twist yang saya masih belum ada jawapan.
Masa saya jadi menteri dahulu, setiap lantikan yang melibatkan pegawai kerajaan perlu ditapis terlebih dahulu oleh SPRM. Ini bukan untuk lantikan kanan pun, lantikan yang melibatkan gred 52, 54 pun kena ditapis oleh SPRM.
Tapisan SPRM ini memang syarat untuk kenaikan pangkat pun. Ini kenyataan media dari JPA sendiri dalam tahun 2017 mengesahkan perkara ini:
https://t.co/L4HfF9nWFG
Ini pula adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 mengenai syarat pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, yang secara khusus menyebut sebarang kenaikan pangkat bukan sahaja perlu melepasi tapisan SPRM, tetapi perlu mengisytiharkan harta.
https://t.co/GKAZDAQkcp
Nampak tak plot twist?
Saya ambil contoh dua kes yang telah dibawa ke mahkamah.
Kes terhadap Tan Sri Hafizuddeain Jantan. Beliau dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 23 Mac 2023, kemudian dilantik Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023.
Mengikut laporan berita semasa beliau didakwa, kes rasuah beliau adalah berhubung dengan kontrak-kontrak perolehan sejak 2023.
Masa dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat dalam Mac 2023 - SPRM luluskan tapisan.
Masa dilantik Panglima Tentera Darat dalam September 2023 - SPRM luluskan tapisan.
Sedangkan kes yang beliau kena dakwa adalah bersabit kontrak sejak 2023 lagi - sebenarnya apa bentuk tapisan yang SPRM buat ni? Bukan ke perlu semak pengisytiharan harta? Kalau beliau dah ada kes berhubung kontrak perolehan sejak 2023, macam mana SPRM boleh luluskan tapisan beliau?
Begitu juga dengan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Nizam Jaffar.
Dilantik pada 31 Januari 2025, maksudnya selepas tapisan diluluskan oleh SPRM.
Salah satu dakwaan rasuah adalah perolehan sebanyak RM1.725 juta kepada Helmee Resources pada 24 Jun 2024; iaitu sebelum beliau dinaikkan pangkat.
Bila beliau nak dinaikkan pangkat, SPRM yang bertanggungjawab semak dan buat tapisan.
Tapi bolos.
Tapisan yang bolos. Pengisytiharan harta yang bolos.
Yang ini Tan Sri Azam Baki tak pernah jawab atau komen.
Bukan ke kalau SPRM buat tapisan betul-betul, semua ini telah dikenal pasti awal-awal? Ini bukan kes 1MDB atau Jho Low yang melibatkan wang di seluruh dunia. Ini kes beli hamper raya je pun.
Tan Sri Azam Baki dengan gah keliling podcast tunjukkan dia berani lawan rasuah - tetapi prevention is better than cure.
Ada benda yang tak kena ni sehingga tapisan SPRM tidak berkesan untuk menyekat mereka yang ada kes dari dinaikkan pangkat.
Bila jadi macam ni, jangan salahkan rakyat kalau rakyat sinis.
Masa nak dinaikkan pangkat semua cantik, SPRM lulus semua.
Bila ada yang tak berkenan atau tak kena, korek balik semua yang dulu-dulu.
Kami bukan cerdik atau hebat atau berani macam Tan Sri Azam Baki.
Bila dah jadi macam ni dan tapisan SPRM macam mencukupkan syarat, rakyat fikir macam tu la.
Jadi apa jaminan yang tapisan SPRM atau pengisytiharan harta tu sebenarnya ada makna untuk memastikan sesiapa yang ada kes tidak dinaikkan pangkat?
RM10,000.00 diperlukan. Di sebalik senyuman mereka, tersimpan harapan untuk masa depan. Hulurkan sedikit rezeki kita, agar hidup mereka lebih bercahaya dan penuh kasih sayang.
Pertubuhan Kebajikan Raudhatul Al-Faeez
8606050267 (CIMB)