Bil Elektrik Terasa Mahal, Ada Keluarga Terpaksa Mohon Bantuan Bayar Bil
Oleh Mynewshub
BEHRANG - Kenaikan kos bil elektrik kini semakin dirasai rakyat sehingga terdapat keluarga yang terpaksa mendapatkan bantuan bagi menjelaskan bil utiliti berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin berkata, perkara itu bukan sekadar rungutan yang dilihatnya di media sosial, sebaliknya berlaku dalam kalangan penduduk yang datang mendapatkan bantuan di Pusat Khidmat Rakyat.
Menurutnya, hampir setiap bulan terdapat individu yang hadir ke pusat khidmat berkenaan untuk memohon bantuan membayar bil elektrik.
โMemang bil elektrik sekarang terasa mahal. K.Ina bukan dengar daripada media sosial saja, hampir setiap bulan ada yang datang ke Pusat Khidmat Rakyat memohon bantuan untuk membayar bil elektrik.
โBila sampai bil utiliti asas pun ada keluarga yang terpaksa meminta bantuan, itu tanda beban tersebut memang sedang dirasai,โ katanya menerusi hantaran di media sosial.
Salina berkata, beliau memahami terdapat pengiraan, mekanisme serta sebab tertentu di sebalik setiap perubahan berkaitan bil elektrik.
Bagaimanapun, katanya, sebagai wakil rakyat beliau bertanggungjawab menyuarakan keadaan sebenar yang sedang dihadapi masyarakat di peringkat akar umbi.
Justeru, Salina berpandangan suara rakyat berhubung perkara itu perlu dibawa dan diteliti semula memandangkan bekalan elektrik merupakan keperluan asas, bukannya satu kemewahan.
โK.Ina faham ada kiraan, mekanisme dan sebab di sebalik setiap perubahan. Tapi sebagai wakil rakyat, K.Ina juga kena bercakap tentang apa yang berlaku di bawah.
โSuara ini perlu dibawa dan diteliti semula, sebab elektrik bukan kemewahan. Ia keperluan setiap rumah,โ katanya.
Dalam hantaran sama, Salina turut mendoakan agar rakyat yang sedang berdepan kesempitan hidup dipermudahkan urusan dan diberikan jalan keluar daripada beban yang dihadapi.
Beliau turut menggunakan tanda pagar #BilNaikTNB dalam hantaran tersebut. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Salina Samsudin
Salah satu effect smoking yang ramai tak sedar. Otak semakin bengap, common sense makin hilang, kebijakan semakin terhakis. Ni lah salah satu contoh dari jutaan kebengapan smoking effect yg ada.
B0d0h makan najis punya jantan....selepas kantoi dia kata dia kecewa sebab selama 3 tahun gf dia tak tanya dia straight ke gayyy....
Apa lanciooo bro?
So...mungkin lepas ni semua perempuan kena tanya balak diaorang gayyy atau straight kot