AGC asking for a GAG ORDER in a high profile case. which also involves public interest, glaringly shows Malaysia is sliding towards a banana republic! #Sorok #Derhaka #Madani
Saya dan keluarga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan. Fokus utama saya adalah untuk memastikan kemudahan penjagaan kesihatan Johor dan pembangunan infrastruktur dijalankan serta menyelesaikan keperluan rakyat"
"Saya sudah bersuara mengenai situasi hospital di Johor sejak 2018. Semasa kerajaan tidak memberi dana untuk membaiki kerosakan hospital di Johor, KDYMM Tuanku telah memberi sumbangan peribadi Baginda untuk membaiki fasiliti yang terbakar dan rosak."
"Saya ingin melihat hospital-hospital ini dibina tepat pada masanya dan beroperasi secepat mungkin untuk memberi perkhidmatan kepada Bangsa Johor," titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) hari ini (25 Mac).
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah demikian semasa lawatan ke tapak Hospital Pasir Gudang, Johor Bahru pada hari ini.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato' Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Dalam sesi lawatan ini, Baginda dipersembahkan dengan Perbentangan Projek Hospital Sultanah Aminah II Johor Bahru dan Perbentangan Projek Hospital Pasir Gudang secara terperinci. Baginda turut meluangkan masa berangkat ke ruangan model bangunan Hospital Pasir Gudang.
Kedua-dua hospital baharu ini yang bakal dibina adalah sangat penting untuk memberi kemudahan perubatan yang lebih baik kepada Bangsa Johor pada masa akan datang serta membantu menampung jumlah pesakit di hospital-hospital sedia ada di negeri ini.
Allah Peliharakan Sultan.
YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA 25,000 KAMPIT BERAS KEPADA ASNAF SEMPENA RAMADAN
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini (22 Mac 2024).
Majlis penyerahan beras disempurnakan oleh Dato’ Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, kepada Imam Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur dan penduduk sekitar.
Pengagihan sumbangan beras berkenaan diselaraskan oleh Istana Negara dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melibatkan 10 masjid di setiap zon di Kuala Lumpur.
Masjid-masjid yang terlibat adalah Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara; Masjid Amru bin Al-'As, Bandar Baru Sentul; Masjid Al-Imam Al-Shafie, Maluri; Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sri Rampai; Masjid Al-Akram, Datuk Keramat; Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan; Masjid Talhah bin Ubaidillah, Bukit Jalil; Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi dan Masjid Jamek Al Khadijiah, Pantai Dalam.
Hadir sama, Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP; Zulkarnain Umar, Pengerusi Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda dan Ustaz Ahmad Buhairi Nawawi, Ketua Pentadbir Agama Zon 1, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI.
https://t.co/sFRAUSY4t4
Menghormati 40 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Orang Ulu yang menghadiahkan saya Labong Tepo - topi masyarakat Orang Ulu dan Rantai Kabo, maka saya telah memakai topi dan rantai berkenaan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Keputusan yang sangat memalukan seluruh sistem kehakiman negara. Selepas 5 tahun perbicaraan, baru nak pinda tuduhan. Dunia akan gelakkan kita.
https://t.co/d8JGVUn1cL