Ada sesetengah orang ni cenderung untuk menafikan fitrah manusia. Mereka fikir manusia semua kena berdiri di atas satu platform yang sama rata.
Islam tidak begitu. Islam meraikan fitrah manusia. Sudah pasti ada kawalannya agar fitrah itu tidak meliar dan merosakkan.
Di dalam hukuman Islam, ada qisas(Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 178-179 dan Al-Maidah ayat 47). Nyawa dengan nyawa. Mata dengan mata. Telinga dengan telinga. Gigi dengan gigi. Tapi bukan untuk dilaksanakan secara liar sesuka hati sendiri atau oleh orang awam. Dilaksanakan oleh hakim dan pihak penguasa, melalui tatacara undang-undang.
Kenapa Islam tak suruh maafkan sahaja?
Pun ada juga disebut perihal kemaafan. Dinyatakan di dalam ayat Qisas(Surah Al-Baqarah ayat 178) bahawa jika yang menumpahkan darah itu diberikan kemaafan, dia perlu membayar kepada yang memaafkan(diyat). Tapi memaafkan orang yang telah membunuh ahli keluarga kita, atau mencederakan kita, tidak dipaksakan ke atas keluarga si mati & orang yang dicederakan.
Kerana Islam faham fitrah manusia yang mahu melihat si pelaku kejahatan mendapat pembalasannya. Ini gelegak fitrah yang tidak dapat dinafikan. Jika gelegak fitrah ini dinafikan, maka kita akan lihat akan muncul vigilantism, yakni pihak-pihak yang melaksanakan undang-undang dengan tangan sendiri yang tidak berautoriti. Memburu orang-orang yang dianggap bersalah, tanpa tapisan penghakiman dan penelitian kes. Itu akan membawa kepada kebuasan hawa nafsu dan kacau bilau yang tidak akan ada hentinya. Jadi Islam mengawal fitrah itu dengan keadilan Hukum Qisas.
Di dalam ayat yang lain(Surah An-Nisa' ayat 148), Allah SWT menyatakan betapa Allah membenci perkataan yang buruk yang disebut secara terang-terangan, kecuali daripada orang yang dizalimi. Demikian sekali Allah SWT meraikan fitrah insan. Memahami bagaimana sakitnya orang yang dizalimi sampai diberikan kelonggaran pada situasinya.
Islam bukan agama para rahib, agama para malaikat.
Islam agama manusia.
Agama meraikan fitrah manusia.
Islam agama yang membenarkan makan dan minum. Islam agama yang membenarkan seks. Islam agama yang membenarkan kumpul kekayaan. Tetapi semuanya ada batas dan kawalannya, ada had dan peraturannya.
Islam tak suruh manusia jadi malaikat.
Tetapi Islam ajar manusia jadi manusia yang berperaturan, ada disiplin, ada kawalan.
Memaafkan itu lebih baik, benar, Islam pun kata begitu(Surah An-Nisa' ayat 149). Tetapi itu hak orang yang dizalimi sama ada dia nak maafkan atau tidak. Dia tidak boleh dipaksa-paksa. Hak dia untuk melihat dirinya dibela, untuk melihat yang menzaliminya atau menzalimi ahli keluarganya mendapat balasan setimpal.
Ini dijamin oleh Islam. Memenuhi fitrah insaniyyah.
Wallahua'lam.
Memandangkan masih ada yang belum faham, malah menyangka tindakan ini semata-mata bermotif politik, saya kongsikan infografik yang dibuat oleh Sdr Khairul Azri.
Alhamdulillah @jksm_official juga telah keluarkan kenyataan. Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bersedia menjadi amicus curiae. Beberapa Majlis Agama juga telah beri maklumbalas positif.
Rujuk perkembangan di FB Lukman Sheriff, peguam yang mula2 menimbulkan perkara ini 3 hari lalu. https://t.co/i35KW8nnHH
Saya berterima kasih kepada YBM Pendidikan kerana mengeluarkan garis panduan ini, cuma saya agak musykil dengan perkara ke-6 dan ke-7 itu sebabnya PMX sudah jelas menyatakan sokongan terhadap Palestin dan Hamas, jadi nak seimbang yang bagaimana? Nak jaga hati siapa?
Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang 'roket' pun boleh dianggap ganas. Kepada siapa kau ingin lancar roket mu itu? Siapa yang kau mahu hancur dan letupkan? Aku pun ingin bertanya seperti kau bertanya.
Jika diperhatikan, dalam ucapan pertama Abu Ubaidah, beliau tidak menyinsing lengan bajunya.
Akan tetapi, ketika ucapannya yang terkini, Abu Ubaidah melipat lengan bajunya. Dan inilah tanda-tanda kemenangan yang semakin hampir, insya-Allah ☝🏻
“Israel sekat akses Internet. Tapi macam mana berita dari Gaza masih lagi sampai kepada kita?”
Ini soalan yang saya tertanya-tanya juga.
Semalam syarikat pembekal Internet di Gaza, Paltel mengumumkan yang talian terakhir Internet di sana telah musnah setelah pengeboman dahsyat Israel.
Bermaksud di sana memang totally blackout. Gaza terputus daripada dunia luar sepenuhnya.
Pihak @netblocks yang memantau capaian internet di Gaza juga mengesahkan perkara yang sama. Sejak semalam sambungan internet jatuh mendadak.
Sekarang berita yang sampai kepada kita sangatlah sedikit.
Kita tidak tahu sebenarnya apa yang sedang berlaku.
Manakala wartawan di sana bergantung dengan internet satelit yang terhad.
Sebab itu masih ada berita dari sana walaupun sedikit.
Jadi sejak semalam dimulakan #starlinkforgaza untuk desak @elonmusk benarkan capaian internet di Gaza.
Sewaktu serangan Ukraine baru-baru ini, @Starlink memberikan internet percuma kepada penduduk di sana.
Adakah penduduk Gaza kurang manusia sehingga tidak dapat hak yang sama?
STARLINK IS COMING!
Macam korang tahu, Israel dah benamkan infrastruktur telekomunikasi kat Gaza.
Total blackout...
... tapi not for long dah. Pertama sekali, Democratic Party kat US dah terbelah antara Team Joe Biden dan Team Pro-Palestin. Jadi pagi tadi (waktu kita), Alexandria Ocasio-Cortez mengecam tindakan Israel sebab buat blackout ni pada populasi 2.2 juta Gaza.
“Wartawan, pakar perubatan, pasukan kemanusiaan dan insan tak bersalah semuanya terancam dah.” — Alexandria Ocasio-Cortez.
Dan ada seorang reply tweet dia.
The man himself.
Elon Musk.
Elon akan hantar Starlink!
Starlink akan bantu sambungkan balik telekomunikasi untuk dimanfaatkan organisasi bantuan antarabangsa.
Buat korang semua, teruskan berdoa tau. Berdoalah di mana-mana saja. Help can come despite the darkness of scant hope.
Dan korang boleh screenshot tweet ni dan naikkan kat TikTok korang. Tag saya. Saya akan like untuk bantu engagement.
Inilah sosok Tok Guru Haji Hadi yang sangat tidak asing dengan perjuangan Palestine. Diakui oleh para ulama dan pemimpin Hamas.
Tok guru juga bukan sahaja istiqomah menulis article berkaitan Palestin tetapi dia juga mengarang kitab bagi menyebarkan kesedaran tentang Palestin.
Semalam di UK, parlimen mereka terbuka menggelarkan HAM@S sebagai pengganas dan membela Zi0N!S sebagai hak membela diri.
Semalam juga di Malaysia, speaker parlimen larang sebut Zi0N!S, kafir.
"Siapa Sebenarnya Briged Al-Qassam?"
Haritu kita dah kenal siapa HAMAS. Harini pulak kita nak kenal siapa sebenarnya sayap bagi HAMAS iaitu Briged Al-Qassam.
Mari kita singkap asal usul pejuang Palestin yang sering dilabel pengganas, militan dan pelampau oleh media barat.
Jumaat semakin berlalu pergi (di Mesir). Sempadan Rafah masih BELUM dibuka.
Mesir nak buka tapi masih belum capai kata sepakat dengan Israel. Apa masalah?
Salah satu adalah, pihak mana akan periksa setiap lori yang masuk tu nak pastikan senjata tak masuk? Israel nak terlibat dalam proses pemeriksaan tapi...
... Israel TAK BENARKAN minyak masuk dalam Gaza.
Ni punca masalah sekarang. Israel tak peduli Gaza perlu minyak nak hidupkan penjana kuasa (generator) hospital dan loji rawatan air.
Mereka hanya benarkan makanan, ubat dan air jer.
Tudiaa, Kerajaan Madani jenis apa mcmni ? Program ni dah dpt kelulusan lama dah pastu ada arahan dr pihak atasan Ustazah Norhafizah Musa dibatalkan ceramah secara tibe2 🤦🏻
Konsert Coldplay dialukan, The 1975 LGBT dilepaskan, joget Kepci halal. Majlis ilmu asatizah byk disekat 🤦🏻