Hati bapa mana yang tidak luluh apabila anak sulungnya ditimpa penyakit kronik secara tiba-tiba dan terpaksa diberhentikan sekolah sejak dua minggu lalu.
https://t.co/Ipxcyh5hps
Rasulullah SAW bersabda bahawa puasa pada hari ’Asyura menjadi sebab dihapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu.
Jangan lepaskan peluang meraih keampunan dan rahmat Allah.
Semoga Allah menerima amalan kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan istiqamah dalam ketaatan.
Waalaikumussalam
Doa, zikir, tasbih, istighfar, membaca al-Quran di dalam hati, selawat dan menuntut ilmu masih dibenarkan untuk orang yang uzur syarie (datang haid).
Tiada masalah untuk beribadah padanya seperti orang lain.
Assalamualaikum.. ada yg sudi bantu kibbles akak kucing ni x?dia xnk cash.. post je kibbles kt dia.. kalau ada yg sudi bantu,boleh dm KT ye utk alamat.. akk ni area Seri Kembangan..
Disyariatkan bagi orang yang berpuasa untuk memperbanyakkan doa pada keseluruhan harinya. Berdalilkan sabda Rasulullah SAW : “Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka” dan baginda menyebut antaranya : Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
Riwayat Al-Tirmizi & Ibn Majah.
Hari ini 165 tahun yang lalu, Bapa Nasionalisme Filipina, José Rizal, dilahirkan.
José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda lahir di Calamba, Laguna, dalam keluarga yang berada. Pendidikannya bermula di rumah, kemudian di Biñan, Manila, seterusnya dilanjut ke Madrid, Paris, Berlin, Heidelberg yang merangkumi pelbagai bidang.
Kedahagaannya terhadap ilmu menjadikan Rizal individu dengan pelbagai kebolehan - seorang juruukur, doktor mata, pendidik, penulis, pelukis & pengukir, antaranya. Beliau juga mahir menulis, membaca & bertutur dalam sekurang-kurangnya 10 bahasa.
Pengalaman berdepan diskriminasi di tanah airnya serta kelananya ke serata Eropah mendorong Rizal untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Lahir novel pertamanya, ‘Noli Mi Tangere’ (1887) yang mendedahkan kekejaman rejim Sepanyol di Filipina.
Novel sekuel ‘El filibusterismo’ (1891) mengukuhkan reputasinya sebagai seorang revolusioner. Memimpin Gerakan Propaganda & menerusi akhbarnya La Solidaridad, Rizal lantang menuntut reformasi, keadilan & hak bersuara rakyat Filipina dalam kerajaan Sepanyol.
Selepas bertahun berkelana, Rizal pulang ke tanah air pada 1892 & menubuhkan Liga Filipina di Manila. Persatuan reformasi aman itu dilihat sebagai ancaman oleh kerajaan Sepanyol, lalu Rizal ditangkap pada Julai 1892 & dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao.
Pada 1896, persatuan nasionalis Katipunan melancarkan pemberontakan yang memulakan Revolusi Filipina. Bagi mengelak dikaitkan dengan gerakan itu, Rizal memohon untuk dihantar ke Cuba, namun beliau dibawa ke Manila & dipenjara di Kubu Santiago.
Selepas dibicarakan, pada 26 Disember 1896, Rizal disabit bersalah atas tuduhan memberontak, menghasut & menubuhkan persatuan haram. Beliau dihukum bunuh pada 30 Disember itu di usia 35 tahun oleh skuad penembak di Bagumbayan (kini Luneta Park), Manila.
Keberanian, intelek & pengabdiannya kepada perjuangan memartabatkan bangsa & tanah air menjadikan Rizal seorang sosok keramat yang dikenang, disegani & dirujuk selamanya dalam sejarah Filipina & juga dunia.
Sumber: ThoughtCo., Owlnation, Britannica
#PeristiwaHariIni
Rumah Anak Yatim Pertama Bulan Muharram 💔
(Rumah Kebajikan Anak Yatim Miskin Semarak)
Teruskan menyebar kebaikan di muka bumi ini, kerana setiap usaha kecil kita, di sisi Allah SWT, mempunyai nilai yang amat besar.
Rumah ini menempatkan puluhan anak yatim & anak-anak pelbagai latar belakang yang tiada tempat berlindung. Mereka seringkali mengharapkan belas ehsan orang ramai untuk sebarang bantuan kerana sering kekurangan kos perbelanjaan bulanan. Tapi suara mereka seringkali tidak didengari..
Marilaha meneruskan perjalanan kita ini dengan sedekah yang disukai Rasulullah SAW. Semoga urusan rezeki kita serta semua urusan dipermudahkan Allah SWT asbab memudahkan urusan hambaNya yang lain. Aamin Ya Rabb.
Jemput Ke Link Untuk Belanja Makan :
👉🏻 https://t.co/WxOjNvQ7pI
👉🏻 https://t.co/WxOjNvQ7pI
👉🏻 https://t.co/WxOjNvQ7pI
Hari ini 194 tahun yang lalu, Perang Naning yang tercetus di antara pejuang Melayu pimpinan Dol Said dan British berakhir.
Naning merupakan sebuah wilayah kecil yang berada di persempadanan Negeri Sembilan-Melaka. Ketika penjajahan Belanda, pentadbiran tempatan di Naning tidak diganggu dan mereka hanya perlu membayar 400 gantang padi sebagai ufti kepada Belanda.
Susulan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, berlaku pertukaran wilayah jajahan antara dua negara itu di Kepulauan Melayu, menyaksikan Melaka diserahkan kepada British. British menyangka Naning berada di dalam wilayah Melaka yang dikawal Belanda.
Maka dituntut pentadbir Naning membayar ufti sebagaimana diberi kepada Belanda dahulu, ditambah dengan cukai 1/10 daripada hasil keluaran, dan British mahu menerapkan pentadbirannya di daerah itu. Hal ini ditentang oleh Penghulu Naning, Dol Said.
Dol Said enggan membayar cukai kepada British, menghalang kerja-kerja banci dilakukan dan macam-macam lagi bentuk penolakan. Ini dikhuatiri British akan mempengaruhi lebih ramai orang Melayu lain untuk berani bangkit dan menentang.
Lalu British menghantar seangkatan 150 tentera sepoi dari Melaka menyerang Naning pada 6 Ogos 1831, namun pertempuran di dalam hutan memberikan kelebihan buat orang-orang Dol Said yang turut dibantu angkatan dari daerah sekitarnya.
Kekalahan itu menjadi satu tamparan hebat buat British, yang kemudian mengatur semula strategi bermula dengan gerakan halus memaksa Rembau memutuskan hubungan dengan Naning dan menandatangani perjanjian dengan British.
Dengan kekuatan seramai 1,500 tentera, British melancarkan serangan kedua ke atas Naning yang kini bersendirian tanpa bantuan daripada Rembau yang sudah bersama British. Dengan mudah, British akhirnya menawan Naning pada 15 Jun 1832.
Dol Said melarikan diri dari Taboh ke Melaka, dan British menawarkan 2,000 dolar Sepanyol kepada sesiapa yang berjaya menangkap pejuang Melayu itu. Beliau akhirnya menyerah diri pada 4 Februari 1834.
*Gambar diorama Perang Naning di Muzium Warisan & Sejarah Naning.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Twitter/Melaka In Fact
#PeristiwaHariIni #AWANInews
Hari ini 132 tahun yang lalu, kumpulan pejuang Pahang menawan pos kawalan British di Kuala Tembeling.
Pelantikan J.P. Rodgers sebagai Residen British yang pertama di Pahang pada 24 Ogos 1888 menjadikan negeri itu sebahagian daripada Persekutuan Negeri-Negeri Bersekutu. Ia tak diterima beberapa pemimpin tempatan khususnya Dato Bahaman.
Maka beliau bersama Tok Gajah & anaknya Mat Kilau melancarkan kempen penentangan, bermula dengan serangan terhadap pos kawalan British di Lubuk Terua pada 21 Disember 1891 disusuli beberapa lagi siri serangan.
Penentangan demi penentangan saling dibalas British yang lebih berkeupayaan, sehingga akhirnya memaksa kumpulan pejuang Melayu Pahang berundur ke persempadanan negeri Kelantan pada September 1892.
Selepas mendapat bantuan Sultan Kelantan, mereka ke Terengganu untuk berada di bawah lindungan Tokku Paloh, seorang ulama besar negeri tersebut. Di sana, mereka menyusun gerakan kebangkitan untuk mengusir British dari Pahang.
Pengaruh & pengikut dikumpul, maka pada 14 Jun 1894 mereka menyerang & berjaya menawan balai polis British di Kuala Tembeling. Kejayaan itu memberi mereka ruang untuk membina pertahanan di Jeram Ampai tak jauh dari situ.
British mengumpul kekuatan dari Selangor & Perak lalu melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap kumpulan penentang di Jeram Ampai. British berjaya menawan semula pos itu namun gagal menangkap para pemimpin Melayu terlibat.
British terus memburu mereka ke segenap pelusuk Pahang, Kelantan & Terengganu hingga pada Oktober 1895, Dato Bahaman, Tok Gajah & Mat Kilau dikatakan ditahan kerajaan Siam di mana Tok Gajah & Mat Kilau dilaporkan mati dalam tahanan.
Sebaliknya, mereka berpindah-randah & berselindung di balik identiti palsu. Tok Gajah lari ke Hulu Terengganu & meninggal dunia pada 1901 di Kg. Pasir Nering. Dato Bahaman dikata memakai nama Tok Guru Peramu & meninggal dunia di Kg. Peramu, Pahang pada 1977.
Pada 1969, seorang tua berusia lebih 100 tahun di Kg. Pulau Tawar, Pahang yang dikenali sebagai Mat Siam telah mendedahkan dirinya yang sebenar adalah Mat Kilau.
Sumber; Arkib Negara Malaysia, Utusan Online, The Patriots, Negeri Pahang
#PeristiwaHariIni
Empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 6 bulan dipercayai maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah lori treler yang terbabas di kilometer 43.3 arah Timur Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah.
Maklumat lanjut menyusul...
Foto Ihsan : AFA Prime
#malaysiagazette
Jom sedekah kat anak yatim ni.
Sempena penutup Jumaat terakhir tahun Hijrah dalam Islam. Kemudian mohon kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa kita pada pada tahun ni. Semoga dipermudahkan urusan kalian di tahun yang mendatang, aamin.
Paling sedih, Agihan Jun masih belum boleh berjalan sebab fund yang ada tak mampu nak cover even 35 family.
Bayangkan yg menunggu bantuan almost 500 families. 💔💔
Kalau ada yang boleh support untuk agihan ni;
552189537243
Maybank
We Listen My
Ref: Agihan Jun
Thank you ❤️
If u beli ticket from reseller, please dont pay if they only give qr. Ask for their bank details instead. If nama ticket tu lain daripada nama bank, ask them why lain. Kalau dia cakap guna ts, ask for proof chat dengan ts tu. Ask for their ts username too, tengok legit ke tak
Dapat repost je pun takpe. 😭🙏🏻
Dengan rendah diri saya perlu open donation untuk Nio. Nio ada breast tumor/cancer dan ada nanah pada rahim. Vet suggest untuk surgery sebab dah tak ada option lain. Nio kucing tua 10 tahun jadi high risk untuk surgery tapi dah tak ada option lain
🧠 Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak (meninges), pangkal otak dan bahagian yang lain.
‼️ Kenali risiko, simptom dan rawatan tumor otak. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Kegembiraan tujuh sekeluarga yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 baharu yang diterima beberapa jam sebelum itu bertukar tragedi apabila enam daripada mereka maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani pada Ahad.
Berikut merupakan kronologi kemalangan maut yang meragut enam nyawa sekeluarga di Sungai Petani.