Siapa yang tengah mengalami fasa bengang dengan tempat kerja and rasa macam nak berhenti kerja? Boleh tak ceritakan pengalaman yang korang hadapi sekarang ni.
Antara motivasi yang paling aku terkesan dari pesta buku adalah benda ni.
Kalau ayat macamni boleh post kat social media je kot. Takyah sampai buat buku 😭
Nak makan sedap tapi kedekut. Baik makan dekat rumah je kak.
Ikan tenggiri asam pedas nak RM5 ke? Ni kalau pergi 10 kedai jumpa orang macamni, buat bankrap je 😅
Memang bodoh lah orang yang rompak ni. Akak tu berniaga nasi bajet je apa yang bodoh sangat kau ni takde sifat kesian ke nak rompak pun.
Kejadian dekat Meru, Ipoh. Kesian dengar cerita akak tu ibu tunggal 4 anak. Semoga dipermudahkan urusan kak 🥹
Tanda-tanda kau dah matang dohh dalam dunia pekerjaan:
- Tak sentap bila kena tegur
- Tak heran pasal drama office
- Dah mulai faham yang kerja ni bukan hidup & mati
- Malas dah nak ambil tahu gaji orang lain berapa
- Bila kawan kerja palau kita, kita bersikap 'pergi mampos'
ALERTTT ‼️
scammer d KLIA , pakai full denim atau jacket. dorang cakap bahasa “pasar”.Mereka akan approach utk tolong checkin barang cabin/cargo. lepas sdh siap checkin, dorang mnta bayar melalui cash (mostly spya teda bukti transaction) & QR (klau mngsa tiada cash).
Pelakon veteran ternama tanah air, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah hari tadi.
Berita duka pemergian seniman berusia 69 tahun itu disahkan anak Allahyarham, Afiqah Jalil di akaun Instagram.
Menurut Afiqah, bapanya meninggal dunia selepas tertidur usai menunaikan solat Subuh.
Kata Afiqah, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya ketika masuk ke bilik tidur sebelum disahkan meninggal dunia di rumah.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://t.co/FDPt1goruG
Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.
Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.
Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
SCAM TERBARU DI MALAYSIA YANG RAMAI TAK SEDAR !
Hati-hati dengan taktik penipuan terbaru di Malaysia yang kini menyasarkan pemilik akaun bank tanpa kita sedari.
Bayangkan situasi di mana kita tiba-tiba menerima RM5000 dalam akaun simpanan.
THREAD
Ramai orang ingat burnout berpunca dari kerja yang banyak, tapi sebenarnya juga boleh disebabkan oleh
- Tak dihargai
- Tak ada kawan kat tempat kerja
- Kerja yang membosankan
- Tak ada career growth
- Kurang benefits
- OT tak dibayar
- Tak ada me time dan banyak lagi benda lain.