๐ Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Clement Roy de Cruz atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya. Semoga terus melakar kecemerlangan dan memberi impak kepada dunia akademik serta akuakultur negara. ๐
#IAQUAS#UPM#Tahniah
๐ฆ๐ Sertai Program Restorasi Stok & Kelestarian Ketam sempena #SinergiPutra2026!
Bersama memulihkan sumber perikanan negara dan memelihara ekosistem marin untuk generasi akan datang.
๐ 24 Jun 2026
โฐ 9.00 pagi โ 12.00 tengah hari
๐ I-AQUAS, UPM Port Dickson
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Sharifah Humaira Sy. Hamid atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 sempena Majlis Gemilang Putra 2026.
Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak kejayaan buat I-AQUAS. ๐โจ
Tahniah kepada ChM. Dr. Muhammad Raznisyafiq bin Razak, Penyelidik UDRP Emerging Pollutant, I-AQUAS UPM atas kejayaan menerima 2026 UAiTED Faculty Exchange Scholarship. Semoga terus cemerlang di peringkat antarabangsa. #UPM#IAQUAS
Tahniah Dr. Chong Chou Min dan pasukan penyelidik UDRP Aquaculture Management & Innovation, I-AQUAS UPM atas kejayaan menerima geran penyelidikan antarabangsa di bawah National Key Research and Development Programme 2026/2027. Syabas! #UPM#IAQUAS
Audit Dalaman I-AQUAS telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 6โ7 Mei 2026, diketuai oleh Ketua Juruaudit, En. Md Ali Rani bersama pasukan juruaudit terlibat.
Terima kasih kepada seluruh warga I-AQUAS atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang audit berlangsung.
Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) I-AQUAS telah berlangsung pada 14 April 2026 di I-AQUAS UPM Port Dickson.
Audit ini bertujuan memperkukuh pengurusan perjawatan dan organisasi ke arah tadbir urus yang lebih cekap, telus dan berintegriti. Terima kasih atas kerjasama
8 April 2026 - Taklimat pengurusan cuti, kehadiran & MyPutrafolio oleh Puan Syahirah Ibrahim (Penolong Pendaftar I-AQUAS) kepada warga kerja.
Perkongsian yang padat dan bermanfaat ke arah tadbir urus lebih cekap, telus dan berintegriti.
Tahniah Dr. Chong Chou Min atas kejayaan menerima Geran PPRN KPT berjumlah RM147,300!
Projek: โEngineering & Validating a Low-Energy Oxygen Injection System for Commercial Recirculating Aquaculture.โ
Syabas kepada beliau & pasukan. Semoga memberi impak positif kepada industri.
Seluruh warga International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences, UPM Universiti Putra Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
11 Mac 2026 โ Perjumpaan Staf bersama Pengarah I-AQUAS, UPM berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan. Terima kasih kepada semua staf atas komitmen yang diberikan. Semoga terus melangkah ke arah kecemerlangan bersama! ๐ชโจ
#IAQUAS#UPM#TeamIAQUAS
[Karnival True North Putra] ๐งญ
Warga universiti dijemput memeriahkan karnival sempena Perutusan & Amanat Naib Canselor UPM 2026. Pelbagai aktiviti menarik menanti!
๐ Dewan Besar PKKSSAAS, UPM
๐๏ธ 29โ30 Jan 2026
Majlis Perutusan & Amanat Naib Canselor UPM 2026 ๐๏ธโจ
Warga UPM dijemput hadir bagi mendengar amanat bertemakan โKelangsungan True North: Melonjak ke Puncakโ.
๐๏ธ 30 Jan 2026 | ๐ 9.00 pagi | ๐ Dewan Besar PKKSSAAS
Setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Siti Rozainah Rozlan atas pelantikan sebagai Pembantu Tadbir (N1) di Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia.
Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas A (VK5) berkuat kuasa 15 Dis 2025.
Semoga terus cemerlang menerajui I-AQUAS, UPM.
Latihan Kebakaran IAQUAS 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 24 Disember 2025 bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan warga kerja.
Keselamatan adalah keutamaan bersama.
16 Dis 2025 | Majlis Sanjungan Budi I-AQUAS
Dinner night bersama keluarga besar I-AQUAS ๐โจ
Terima kasih kepada para penyelidik & seluruh warga I-AQUAS.
Semoga ukhuwah terus terjalin dan kenangan ini kekal bermakna โจ
16 Dis 2025 | Hari Alam Sekitar I-AQUAS
Gotong-royong berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seluruh warga I-AQUAS.
Semangat berpasukan ini mencerminkan komitmen bersama terhadap kebersihan dan kelestarian alam.
Tahniah & terima kasih semua ๐ชด
TAHNIAH NAIB JUARA UPM DATATHON 2025!
Syabas kepada Pn. Nur Syahirah Ibrahim &
Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris atas kejayaan merangkul Naib Juara UPM Datathon sempena Bulan Digital 2025.
Semoga kejayaan ini terus memacu inovasi data & transformasi digital! ๐๐
Selamat maju jaya Cik Nurashimah Senin atas perpindahan ke Akademi Sukan.
Terima kasih atas komitmen dan dedikasi sepanjang bersama I-AQUAS.
Semoga langkah baharu ini membuka ruang kerjaya yang lebih cemerlang.